SUMBER: (http://unitmediasiber.blogspot.com/2012/04/memo-palsu-terbaru-pembangkang-fitnah.html).
MEMO PALSU MEMBURUKKAN PEMIMPIN UMNO DAN BEKAS PEMIMPIN UMNO TERSEBAQ........JANGAN ANDA TERPEDAYA,,,LIHAT ALAMAT PEJABAT PM....ITU ANTARA BUKTI PALSU YANG NYATA.....
ALAMAT SEBNAR.....
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
MALAYSIA
]
Berikut adalah maklumat mengenai bangunan pejabat YAB PM dari laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri (http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1656). Sejak berpindah ke Putrajaya iaitu dari Tun Mahathir sehingga Dato’ Sri Najib, pejabat YAB tidak pernah berubah dari blok utama dan daripada tingkat 5 (bukan tingkat 3 seperti dalam memo palsu di atas).
Perdana Putra adalah Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Ia berkedudukan dalam Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru, Putrajaya berada dalam linkungan Multimedia Super Corridor (MSC) dan lebih kurang 40km daripada Pusat Bandar, Kuala Lumpur.
Perdana Putra mempunyai 6 blok bangunan yang terdiri daripada Blok Utama dan diapit oleh East Wing dan West Wing.
Pejabat Perdana Menteri berada di Blok Utama dan mempunyai keunikan tersendiri dengan adanya rekabentuk kubah diatas yang mengambarkan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.
West Wing mengandungi pejabat-pejabat Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dan juga Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri. Disamping itu juga ia terdiri daripada Pejabat Lembaga Penasihat dan MIGHT.
East Wing diduduki oleh pejabat Ketua Setiausaha Negara, Bahagian Kabinet dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan.
Kedudukan tempat
Aras 1 - Pentadbiran Am dan Kewangan
Aras 2 - Bahagian Teknologi Maklumat
Aras 3 - Bilik-bilik Mesyuarat
Aras 4 - Bahagian Tugas Khas dan Bahagian Akhbar
Aras 5 - Pejabat Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Sulit.
Dari pemerhatian kami, penggunaan BLOK BARAT bagi merujuk kepada Pejabat Perdana Menteri adalah khalayan pencipta kerana terlalu banyak menonton drama Hollywood “THE WEST WING”. Jika di Amerika Syarikat, memang benar Pejabat Presiden Amerika di WEST WING (Blok Barat) tetapi bagi di Malaysia, Blok Barat hanyalah Pejabat Timbalan Perdana Menteri.Semoga informasi ini dapat menjernihkan satu lagi FITNAH terbaru pembangkang kepada Tun Mahathir. Peliknya bagi penyokong pembangkang, mereka mempercayai sesuatu yang dusta seperti memo di atas, tetapi menolak bulat-bulat bukti berbentuk video yang sememangnya mustahil untuk dipalsukan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar