Senin, 30 April 2012

BUKU TUN MAHATHIR DALAM BAHASA MELAYU DILANCAR

Buku Dr Mahathir versi bahasa Melayu dilancar PUTRAJAYA, ISNIN, 30 April, 2012: – Buku “A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad” versi bahasa Melayu dilancarkan hari ini selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan. Bertajuk “Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad”, buku tulisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90. Bercakap pada majlis pelancaran itu di sini, Dr Mahathir berkata, apa yang diharapkan beliau ialah orang ramai akan gembira dan berpuas hati dengan hasil terjemahan tersebut. Buku yang mengambil masa lapan tahun untuk dihasilkan itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Kadir Jasin. Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara. – BERNAMA

5 komentar:

  1. Saya dah baca buku ini dalam bahasa Inggeris. Sebelum membacanya, dah sayang kat Tun M. Lepas baca, semakin sayang kat dia.

    BalasHapus
  2. bagus.... alhamdulillah.... sy pun syg sgt & kagum dgn kepimpinan Tun Dr M

    BalasHapus
  3. Syabas Tun....sy amat kagum dgn Tun...teruskan perjuangan.....

    BalasHapus
  4. dah baca juga buku ni..jelas dan faham tindakannya... terlalu kagum dgn kepimpinannya..moga Allah selalu melindunginya..

    BalasHapus