Pecah tanah stadium akhir April Rizal Tahir, 03 Apr 2012 KOTA BHARU, 3 April: Majlis pecah tanah untuk projek pembangunan rumah mampu milik dan Kompleks Sukan di Merbau Pasir Putih akan diadakan akhir April ini. (Husam berucap dalam forum 'Putrajaya bermula di sini') Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata Kompleks Sukan dan 250 buah rumah mampu milik di Bandar Baru Bukit Merbau itu bakal menelan kos lebih RM159 juta. Menurutnya, kompleks dan rumah mampu milik ini bakal dibina dibina di atas tanah seluas 250 ekar. “Majlis pecah tanah itu akan dilakukan sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,”ujarnya. Beliau menambah, sebanyak tujuh syarikat juga memohon untuk mengambil bahagian dalam tander terbuka ini. Bagaimanapun tambahnya, hanya dua yang memenuhi syarat kerajaan dari tiga buah syarikat yang berjaya di bawa ke mesyuarat penilaian terakhir. Husam yang juga Naib Presiden PAS seterusnya berkata, mereka bukan sahaja perlu membayar pendahuluan sebagai tanda persetujuan untuk mengambil tander ini, sebaliknya mempunyai dana yang besar dalam akaun mereka. “Alhamdulillah, syarat yang kerajaan negeri tetapkan dapat dipenuhi oleh dua syarikat ini, bagaimanapun mesyuarat exco pertengahan April ini akan tentukan siapa yang layak,”ujarnya. Projek pembangunan Bandar Baru Bukit Merbau oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini akan turut menempatkan sebuah Kompleks Sukan, termasuk sebuah stadium yang mempunyai 40,000 kapasiti tempat duduk. Kompleks yang berharga lebih RM159 juta ini akan dibina di atas tanah milik kerajaan Negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Rekabentuk stadium dikatakan akan menggabungkan ciri stadium dan masjid, yang menyediakan kemudahan tempat bersolat di setiap aras bangunan.DI ATAS ADALAH JANJI PAS YANG BARU TENTANG STADIUM.....SEBELUM NI JANJI TERSEBUT GAGAL DITUNAIKAN.....SEPERTI DI BAWAH..... KITA TUNGGU LAGI.....KALAU TAK DAK KITA BASUH CUKUP-CUKUP....
Sabtu, 21 April 2012
APAKAH KALI INI JANJI DITEPATI????
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar