Senin, 16 April 2012

RAYUAN MEMILIKI KAKI PALSU.....





Seorang siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kehilangan kaki kirinya setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2002 memohon bantuan kaki palsu baru bagi membolehkannya bergerak aktif.

Mohd. Sari Adam Ahmad, 27, yang ketika kejadian itu berusia 17 tahun terpaksa menerima hakikat kaki kirinya dipotong dari paras peha akibat kemalangan jalan raya yang berlaku tidak jauh dari rumahnya di Taman Rakyat Fasa II, Mergong di sini.

Katanya, selepas kakinya dipotong beliau bernasib baik kerana keluarganya ketika itu mampu untuk membeli kaki palsu yang bernilai RM12,000 bagi memudahkannya berjalan dan melakukan aktiviti harian. Namun kaki palsu yang berusia 10 tahun itu kini rosak dan menyebabkan kesakitan pada bahagian pehanya malah beliau sukar untuk berjalan ke tempat kerja dan tidak mampu untuk melakukan pekerjaan yang berat di tempat kerjanya, sebuah mini market di sini.

"Kos kaki palsu bernilai RM20,000 menyebabkan saya tidak mampu untuk membelinya memandangkan pendapatan sekitar RM700 sebulan dan bapa Ahmad Abdul Hamid, 56, juga tidak mampu untuk membantu memandangkan terpaksa menyara tiga lagi adik yang masih bersekolah,”

katanya ketika ditemui di kediamannya di sini. Mohd. Sari, anak ketiga dari enam beradik yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan berkata, walaupun menggunakan kaki palsu beliau tetap optimis meneruskan pelajarannya sehingga ke peringkat lebih tinggi dan akhirnya berjaya menerima segulung ijazah pada 2010.

Orang ramai yang bersimpati dan ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubunginya di talian 019-4414323 atau terus ke akaun CIMB Bank 0216-0005701-20-7 (Mohd. Sari Adam Ahmad).— BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar