Minggu, 12 Februari 2012

REGIM AZIZAN RAZAK BURUK SIKU





MCA Kedah mahu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberikan penjelasan mengenai isu badan bukan kerajaan (NGO) perlu memulangkan semula antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew mendakwa lapan NGO di negeri ini memaklumkan kepada pihaknya mengenai pemulangan balik atau rebet antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan.

Katanya, perkara itu didedahkan oleh NGO yang menyertai dialog dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Sungai Petani dua hari lalu dan isu rebet itu dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina hari ini.
.
Beliau berkata, laporan itu juga memetik kenyataan anggota Exco kerajaan negeri, Tan Chow Kang mengaku setiap NGO yang bersetuju menerima sumbangan daripada peruntukan kerajaan, Exco atau wakil rakyat hendaklah memulang balik 30 peratus kepada pihak-pihak tertentu.

“Jika benar kenyataan Chow Kang ini, saya minta Menteri Besar jelaskan. Jika dia enggan, saya akan minta Chow Kang pula (beri penjelasan), jika Chow Kang juga diam, tahulah kami apa nak buat,” katanya kepada pemberita di Alor Setar, hari ini - BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar