Minggu, 12 Februari 2012

TABUNG CERAMAH PAS MAMPU PENUH SETIAP TAHUN SEKIRANYA BN TERUS MEMERINTAH





Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, bantuan secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini.

"Tak menjadi masalah (beri bantuan setiap tahun), kalau keadaan ekonomi kita tumbuh dengan pesat dan kita berpeluang untuk memerintah negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadikan bayaran RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah sebagai satu program tahunan.

Terdahulu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merasmikan program seminar transformasi keusahawanan Mara di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shafie berkata bantuan yang diberikan kerajaan itu tidak mengira kaum sebagai usaha membantu rakyat golongan miskin.

"Ini (bantuan) bukan bermotifkan politik, kita beri bantuan kepada rakyat yang berhak menerimanya. Lagipun duit kerajaan mencukup untuk biayai skim ini,” katanya. — BERNAMA


KPS: KERAJAAN MALAYSIA MENJUARAI KEBAJIKAN RAKYAT

1 komentar:

  1. Ini boleh berlaku,x dinafikan apabila Negara Malaysia sudah memcapai 100% menjadi sebuah negara maju seperti Eropah ,Malaysia juga mampu beri bantuan rm100 kepada pelajar dan BRIM rm 500 kepada rakyat yang berpendapatan rendah serta penganggur yg masih perlukan bantuan.Ia nyer bergantung kepada pertumbuhan ekonomi yg pesat dan juga kadar pengganguran yg rendah.Seperti negara2 Eropah yg telah maju sudah ada bantuan seperti baitulmal iaitu bantun harian kepada wargA miskin tegar...kenapa Malaysia x boleh pulak,Yasng pasti nyer MALAYSIA BOLEH

    BalasHapus