Sabtu, 14 Mei 2011

FATWA TERBARU NIK AZIZ : SAH MEMILIH BULU MR. Y, MAT SABU TERPAKSA MENJILAT KAKI ANWAR UNTUK MASUK SYURGA.





Tok Guru Nik Aziz ni KPS pon ada benda setuju dengan dia ni. Tapi lagi banyak yang tak setuju. KPS setuju dengan pendapat nik aziz berkaitan mat rempit. Kata TGNA "jangan promosi sangat mat rempit dalam tv". Itu jawapan TGNA bila ditanya ditanya oleh wartawan macam mana nak kurangkan kegiatan lumba haram ini. Yang ini KPS setuju sangat tapi memang banyak lagi dan lagi yang tak setuju dan tak sekepala dengan TGNA ni. Contoh mudah fatwa yang terbaru ni.Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks(chiness doll) yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.Berikut petikan tersebut oleh TGNA:-

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah tak masuk syurga. Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka.

"Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan mengaibkan itu tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan internet sudah menayangkan video seks ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti.

“Selagi tidak membuat kenyataan balas atau taubat atau sebagainya, tidak ampun dosa. Untuk menyucikan atau hapuskan dosa, hendaklah memohon maaf,"

Dari mesej TGNA ini, KPS dapat menangkap beberapa perkara yang tidak menyebelahi puak PR, antaranya:-

1)Mat sabu pernah gelarkan ANWAR sebagai 'al-juburi'. Apakah mat sabu akan menjilat kaki ANWAR untuk endapatkan syurga?

2)mengikut fakta, ANWAR pernah menggelarkan TGNA sebagai 'wali selipar' semasa dalam UMNO dahulu, sudikah ANWAR menjilat kaki TGNA?

3)Juak-juak pembangkang pernah menuduh PM dan isteri terlibat dalam pembunuhan altantuya, apakah sekalian puak-puak pembangkang akan menjilat kaki PM najib dan rosmah?

4)Kenapa TGNA menggunakan perkataan "mengaibkan" tetapi bukan perkataan "fitnah". Apakah TGNA sudah mula mempercayai lelaki dalam video itu merupakan papa nurul izzah?

KPS: jilat-jilat kaki ni macam ayah pin pon, biar betul mu pok nik.

Kamis, 12 Mei 2011

MAHARAJA LAWAK VS LAWAK PR






Pakatan pembangkang terus-menerus melakukan lawak bodoh tidak bertempat. Berbeza dengan lawak yang ditonjolkan dalam rancangan MAHARAJA LAWAK(astro), lawak yang ditonjolkan oleh puak PR jauh lebih lucu dan bermesej. Yang lucunya mereka bukan hanya membodohkan rakyat, tetapi memperbodohkan diri mereka sendiri. Mesej yang disampaikan pula ialah mereka memang bodoh dan suka memperbodohkan. PR menganjurkan suatu program yang digelar sebagai "jelajah maruah- muafakat rakyat antipolitik fitnah dan lucah".

Persoalannya kini, apakah akan ditampilkan YB ELI wong yang gambar ghairahnya tersiarkan tidak lama dahulu?

Apakah seorang pemimpin yang dikaitkan dengan china doll, jantan doll, dan panadol akan turut 'mem pandy kuttykan' hadirin.

Munkinkah akan diadakan senam robik bersama yb teo nie ching pada majlis itu dan disertai oleh lebai-lebai PAS seperti yang berlaku di suatu perkarangan masjid di selangor tidak lama dahulu?

Sebagai satu program yang ingin mengelakkan fitnah, apakah akan ada penjelasan dari pihak paper parti keadilan yang memfitnah haron din?

yang paling ditunggu-tunggun ialah pendedahan Mr. Y siapakah chinese doll dalam rakaman seks yang sedang hangat sekarang ini.?

KPS: KLAU YANG TERAKHIR ITU BERLAKU(KALAU SAJA) SIAPAKAH MADU KAK WAN JIJAH DAN SIAPAKAH GERANGANNYA IBU TIRI NURUL IZZAH AKAN TERJAWAB. KALAU SAJA BERLAKU LA, TIDAK BERHARAP, JANGAN SEBUT "PANDY KUTTY" DAH LA PAK NUAR.

:

BANGSA MELAYU DAN ISLAM TERUS DIPERCACAI DI DALAM FB(FACEBOOK)




Melayu satu bangsa yang hebat. Benar, sejarah telah membuktikan. Siapakah yang mengelilingi dunia dan membuktikan bumi ini bulat? cari sendiri jawapan, yang pasti dia seorang melayu dan beragama islam.

Itu dulu, sekarang? sekarang tengoklah satu wall dari pada fb di atas. Ditegaskan, ini cuma satu, beratus-ratus lagi ada. Bukan hanya Melayu dihina malah Islam pun dicerca. Kerana apa ini semua berlaku? Kerana hujan di langit air dalam tempayan dicurahkankah? salah siapa? Salah mereka dan keluarga merekakah? Pada hakikatnya Melayu dan Islam itu lemah disebabkan kita sendiri. berpuak-puak, berbalah, tidak mahu bersatu. sebabnya ini. Jika kita tidak bersatu anasir lain akan mengambil kesempatan. Lihat sejarah Hamas-Fatah di Palestin. Jadi semuanya sebab kita sendiri.

KPS: KEPADA PEMILIK WALL, BLOG ATAU LAMAN WEB RASIS, KALAU ANDA BERANI JANGAN BALING BATU SEMBUNYI TANGAN, LEBIH BAIK KLAU BALING BATU ANGKAT TANGAN UNTUK MEMUDAHKAN MELAYU ISLAM MENGAJAR ANDA MAKNA TAHAP KESABARAN ADA HADNYA.

SELAMAT ULANG TAHUN PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU @ UMNO YANG KE- 65. KPS TERUS SETIA BERSAMA UMNO.







COPY DARI BLOG PRO-UMNO




SEJARAH UMNO

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.

Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.

Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.

Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.

Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.

Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.

Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.

Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.


KRONOLOGI KELAHIRAN UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


baca juga kisah pertemuan pejuang-pejuang negara dengan Dato' Onn Jaafar di Besut untuk menubuhkan Umno dan bagaimana Umno ditubuhkan dengan semangat yang ingin membebaskan negara dari cengkaman British di sini http://www.umno-besut.org/ meskipun perjuangan mereka mendapat tentangan hebat dari British.


FASA PEMULIHAN UMNO

Demi membina masa depan dan mendaya bangsa Melayu ahli Umno harus melalui beberapa fasa pemulihan.


· Fasa pertama dan terpenting memperakui kelemahan dan masalah yang hadapi.

· Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar mustajab memperbaiki kekurangan.

· Fasa ketiga memulakan gerak kerja.



JASA UMNO KEPADA ORANG MELAYU

Presiden Parti juga menekankan peranan UMNO sebagai parti unggul orang Melayu. Antara peranan UMNO adalah seperti berikut:

* Komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.

* Merubah orang Melayu daripada bangsa tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.

* Menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.

* Kepemimpinan Umno berjaya menjadi teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini.


UMNO HARI INI




2010 menjadi dimensi baru bagi UMNO Malaysia, yang telah memulakan tahun baru dengan pelancaran program ‘UMNO Juara Rakyat’. Program itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Haji Abd. Razak.

Program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Ia juga akan bertujuan meletakkan UMNO berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan UMNO. Malah jika berlaku malapetaka maka UMNO yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras agar menjadi nombor satu.

Program tersebut bukanlah untuk bermegah atau sombong khususnya apabila menyebut juara, tetapi hakikatnya selama ini UMNO dan BN yang merancang dan melaksana semuanya termasuklah projek pembangunan.

Sememangnya tiada siapa yang dapat menafikan apa lagi memadam hakikat pembangunan untuk rakyat dalam semua bidang termasuk pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan, kerohanian dan lain-lain lagi adalah merupakan perjuangan UMNO dan BN yang melaksanakan tetapi ada rakyat yang kurang sedar bahawa yang menjuarai kehidupan mereka adalah UMNO/BN.

Melalui Program UMNO Juara Rakyat, turut disediakan aktiviti seperti Forum Perdana, pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan nasyid, futsal serta pertunjukan kebudayaan 1Malaysia.

Selain sambutan peringkat negeri, semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara telah melaksanakan program tersebut pada skala lebih kecil selama dua hari satu malam setiap bulan.


7 ELEMEN PENTING

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 telah menggariskan tujuh elemen bertema ‘Mendahulukan Rakyat’ sebagai asas pengisian dalam Model Transformasi UMNO untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 serta memastikan kuasa orang Melayu terus dipertahankan.


Tujuh Elemen penting tersebut ialah:

• Perlunya mengamalkan sikap mementingkan pasukan dan bukan kumpulan sendiri.

• Ahli dan pemimpin UMNO pada semua peringkat mesti menentukan maruah dan kepentingan parti lebih besar daripada kepentingan diri.

• Ahli dan pemimpin UMNO perlu memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat supaya parti dilihat inklusif.

• Mahir teknologi dengan menguasai media baru, terutama laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

• Memberi tumpuan kepada empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya umum akan datang.

• UMNO mesti menuju sifar masalah, termasuk mengelakkan pertelagahan pada peringkat bahagian; dan

• Amalan mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.



Perdana Menteri turut mengingatkan orang Melayu jangan terkeliru dengan dakyah pembangkang kononnya orang lain juga boleh mempertahankan Perlembagaan, walaupun UMNO dan Melayu kehilangan kuasa politik.


AMANAT PRESIDEN KEPADA AHLI


Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah menekan dan memberi perhatian pada kedudukan orang-orang Melayu masa kini .

Antara saranan dan kupasannya terhadap orang-orang Melayu adalah seperti berikut:

* Melayu abad ke-21 wajib mempersiapkan diri memanfaatkan segala hak dan peluang yang ada.

* Tidak mempersiakan kuota, rizab dan permit yang diperuntukkan. Peluang yang ada sekiranya digadai adalah dalam keuntungan jangka pendek.

* Orang Melayu pada masa ini harus bersifat glokal, mampu bersaing dengan yang terbaik, mampu bertarung dengan yang paling kuat dan mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.

* Anak Melayu jangan menjadikan alasan masih lagi lemah kerana dari kesan penjajahan yang hampir lima kurun.

* Bangsa Melayu jangan menjadi bangsa yang meminta-minta.

* Tidak menjadi bangsa berpuas hati dengan momokan rezeki secupak kerana ia takkan jadi segantang.

* Pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa berilmu, siapa menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran.

* Mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding .

* Tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut di tepi gantang.

* Bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri








sumber :


http://umno-online.com/?page_id=2883

Rabu, 11 Mei 2011

HUJAH SAYA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN menyanggah pendapat Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam - PENDAPAT PERIBADI KPS



PETIKAN DARI BLOG RAKYAT MALAYSIA:-

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.
“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.
Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan Johan mengulas perkara ini ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Kita menunggu pakar Perlembagaan kita, termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan , Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk memperjelaskan perkara ini.

Selain itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga mampu memberitahu rakyat apa kedudukan sebenar agama Islam di Malaysia.

Selain itu, apakah benar apa yang dikatakan oleh Syahredzan bahawa seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

Menurut beliau: “Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Lebih jauh beliau mengatakan Menteri pun tidak tahu mengenai perkara ini.

Setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.

Jawablah wahai Pak Menteri dan pemimpin UMNO. Anda kini sedang dicabar dan lebih jauh mengatakan Islam Bukan Agama Rasmi Malaysia.





PENDAPAT PERIBADI KPS:-

DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH DISEBUT

YANG DITIMBULKAN OLEH Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam IALAH merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

PENDAPAT KPS:-
-MENURUT WASIAT RAJA-RAJA MELAYU, PERKARA YANG 5 DARIPADA 7 IAITU;-

=KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan. Dan merujuk perlembagaan berdasarkan wasiat ini telah digariskan bahawa

-"ISLAM - Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)
Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya."

-tafsiran adalah luas,agama persekutuan bererti agama rasmi persekutuan, memang benar perkara ini boleh dipertikaikan namun kita perlu tafsir dengan sebijak-bijaknya. bahawa agama persekutuan adalah agama rasmi persekutuan.
-Menguatkan lagi hujah ialah agama islam diketuai oleh sultan\raja di setiap negeri, bagi negeri yang tidak mempunyai sultan YANG di-Pertuan Agong sebagai ketua agama islam. Undang-undang tubuh negeri juga bergitu bagi negeri-negeri yang ada undang-undang tubuh negeri.
-malaysia telah diiktiraf dunia sebagai sebuah negara islam dan telah mengasaskan OIC dan menjadi pengerusi pertama.
-peruntukan khas(bajet) juga ada untuk agama islam.
-ketua negara juga dikhaskan kepada orang islam sahaja.
-majoriti rakyat beragama islam.
-telah mengamalkan islam semenjak sebelum dijajah portugis lagi.
-penemuan artifak islam dan membuktikan masyarakat asal telah memeluk islam selepas menganuti kepercayaan lain suatu masa lampau.

kps: pendapat peribadi dan hujahn balas kps.

Selasa, 10 Mei 2011

KELAS BAHASA TAMIL BERSAMA PAK NUAR : "PANDI KUTTY"







Nak kata bodoh tak tergamak, tak mau kata tak kena jugak. Selepas satu, satu yang ditimbulkan oleh papa nurul izzah. Selepas tidak cukup dengan gelaran mr. y, dikaitkan pulak dengan china doll, sedangkan wan azizah dah setaraf korean doll boleh dia tak puas lagi, habis jantan doll serta panadol pulak dikaitkan dengan mr. y ini. Ini semua berkaitan dengan ungkapan 'PANDI KUTTY' yang membawa makna 'anak babi' yang ditujukan oleh papa nurul izzah ini kepada PM najib semasa galak memaki dalam satu ceramah dihadapan masyarakat India di Klang pada ahad lalu. Ini sebenarnya bukan kali pertama, pada awal mac ketika video seks yang dikaitkan kasanova songsang ini tersebar, terpancul dari mulut 'manusia anugerah tuhan'(menurut wan jijah@mama kandung nurul izzah) ini perkataan 'haram jadah' dan beberapa lagi yang sememangnya keji perkataannya. Ini bab Pak Nuar. Sebenarnya mencarut, maki-memaki, kutuk sana- kutuk sini, gelar macam-macam kat pihak lawan telah sebati dengan PR bak kata perpatah seperti 'darah daging'. Sudah lupakah anda akan kenyataan TOK GURU NIK AZIZ (POK NIK) yang menggelarkan ALLAH pun mencarut dan kita dibolehkan mencarut juga. Kepada tok guru ingin saya menegur, ALLAH itu MAHA SEGALA-GALANYA, ALLAH berhak, kita cuma hamba-NYA, APA HAK KITA NAK MENIRU ALLAH dalam perkara ini. Sila rujuk surah AL-IKHLAS Sekian.


VIDEO AKAN DILETAKKAN DALAM MASA TERDEKAT BERKAITAN NIK AZIZ KATA BOLEH MENCARUT.


Untuk pengetahuan semua juga, kisah babi@khinzir ini bukan asing oleh puak pembangkang ini. Malah seorang pemimpim PAS (arwah dan nama tidak akan disebutkan) pernah mengeluarkan kata-kata yang telah menitiskan air mata seorang ibu. Siapakah ibu malang itu dan siapakah pula anaknya yang begitu sabar dalam menghadapi kejian puak pas ini?

KISAH INI MELIBATKAN ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. KISAH INI TIDAK DITULIS ATAS DASAR UNTUK MENGAITKAN SESIAPA, SEKADAR SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA KITA. :-

Kisahnya begini, pernah anda mendengar penyakit JE yang berkaitan dengan nyamuk dan babi yang telah membunuh beberapa rakyat negara ini satu ketika dulu? . KPS pada masa itu sekitar umur 6 atau 7 tahun. Seorang pemimpin PAS telah menyerang menteri dalam negeri(pak lah) ketika itu dengan mengatakan lebih kurang begini “ orang badwi di arab bela unta, tetapi orang badawi di Malaysia bela babi”. Kata-kata ini lantas telah menghiris hati seorang ibu tua. Ibu itu sebenarnya ialah ibu kepada pak lah hingga menitis air mata ibu ini. Tetapi PAK LAH seorang yang berjiwa besar. Semasa kematian pemimpin PAS ini hanya PAK LAH menteri kabinet yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin PAS ini( semoga roh beliau dicucuri ilahi).

Sekali lagi saya ulangi, kisah ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk teladan kita semua, insya-ALLAH.



KPS: KECIK-KECIK DULU, MAK KATA KLAU MENCARUT TUHAN KERAT LIDAH.

LUAHAN HATI SEORANG MELAYU KEPADA KENYATAAN KEPADA YB PEMBANGKANG




Dr Melayu said...

Salam YB..
aku cuma nak war2kan satu kisah mengenai hidup aku.......
PERTAMA:
apa2pun dulu aku sekolah..bangunan sekolah kerajaan BN yg buat,selesa sgt..blh la aku dpt pendidikan awal,alhamdulillah
KEDUA:
aku bljar BN bg biasiswa,senyum ckit bapa aku,duit yg ada blh beli makan keluarga aku..
KETIGA:
ptg2 aku dpt pendidikan KAFA,kementerian pendidikan masa 2 yg rangka program..BN jugaaakkk!!dpt jgk blaja agama yg xder selit sentimen politik melampau...alhamdulillah
KEEMPAT:
aku dpt jd pelajar yg berjaya SPM..BN bagi hadiah RM 1000,dpt aku beli buku2 dan kelengkapan nk masuk U,alhamdulillah lagi..
KELIMA:
aku masuk U..peluang kerajaan BN yg bagi..U pun diorg yg bina,dpt la aku menuntut ilmu ke puncak menara gading...syukur Ya ALlah..aku dpt menuntut ilmu yg bermanfaat..
KEENAM:
masa dkt U..duit blanja xcukup BN bagi lagi PTPTN,syukur dpt beli apa yg patut..buku mahal2,klu hrp keluarga aku mmg xmampu..kesian ayah aku d kmpung..BN dah meringankan beban dia,terima kasih BN
KETUJUH:
aku kuar U dpt degree 1st class,dpt anugerah diraja..pihak U bagi lagi duit blanja,alhamdulillah..
KELAPAN:
aku diterima bekerja di dlm perkhidmatan kerajaan..aku mnjadi seorg pegawai kerajaan yg berbedikasi,x rasuah...keja kerana Allah Taala..sumenya krn kerajaan BN yg bagi sedangkan aku,bapa&keluarga aku bkn pun penyokong BN yg fanatik..bapa aku bkn kroni mereka,tp aku ttp dpt mengejar cita2 aku...
bagi aku x wujud pun birokrasi dlm BN..saudara YB atau org2 lain d luar sana pun tentunya dh byk merasa arus perdana/kemajuan yg diberikan kerajaan BN..dh byk manfaat kan?mgkin lebih byk drpd saya..jlnraya yg saudara guna utk blk ke pokok sena..sekolah saudara YB dahulu..universiti..sapa yg bina?
cuma silapnya semangat melawan/membangkang dlm jiwa saudara YB & penyokong adalah terlalu natural dan sukar utk dilawan...saudara persis ke arah menentang walaupun suatu benda 2 adalah benar..jd secara psikologi saudara kena kawal segala kemahuan melawan saudara itu agar tidak menjadi terlalu ekstrem..syukur la dgn apa yg ada..kita perbaiki apa yg kurang,bkn melawan spt Napoleon di medan perang..
Walalahuwalam