Tampilkan postingan dengan label islam agama rasmi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label islam agama rasmi. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 04 Februari 2012

PERUTUSAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DARI PERDANA MENTERI MALAYSIA



Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah....

Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah; Saudara dan saudari sekalian,

1. Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.
2. Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

3. Menjejaki sirah gemilang ini, kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.
4. Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi. Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.
5. Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia). Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.
6. Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara. Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.

Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

|
Perutusan Hari Wilayah 2012 »

Rabu, 11 Mei 2011

HUJAH SAYA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN menyanggah pendapat Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam - PENDAPAT PERIBADI KPS



PETIKAN DARI BLOG RAKYAT MALAYSIA:-

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.
“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.
Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan Johan mengulas perkara ini ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Kita menunggu pakar Perlembagaan kita, termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan , Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk memperjelaskan perkara ini.

Selain itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga mampu memberitahu rakyat apa kedudukan sebenar agama Islam di Malaysia.

Selain itu, apakah benar apa yang dikatakan oleh Syahredzan bahawa seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

Menurut beliau: “Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Lebih jauh beliau mengatakan Menteri pun tidak tahu mengenai perkara ini.

Setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.

Jawablah wahai Pak Menteri dan pemimpin UMNO. Anda kini sedang dicabar dan lebih jauh mengatakan Islam Bukan Agama Rasmi Malaysia.





PENDAPAT PERIBADI KPS:-

DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH DISEBUT

YANG DITIMBULKAN OLEH Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam IALAH merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

PENDAPAT KPS:-
-MENURUT WASIAT RAJA-RAJA MELAYU, PERKARA YANG 5 DARIPADA 7 IAITU;-

=KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan. Dan merujuk perlembagaan berdasarkan wasiat ini telah digariskan bahawa

-"ISLAM - Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)
Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya."

-tafsiran adalah luas,agama persekutuan bererti agama rasmi persekutuan, memang benar perkara ini boleh dipertikaikan namun kita perlu tafsir dengan sebijak-bijaknya. bahawa agama persekutuan adalah agama rasmi persekutuan.
-Menguatkan lagi hujah ialah agama islam diketuai oleh sultan\raja di setiap negeri, bagi negeri yang tidak mempunyai sultan YANG di-Pertuan Agong sebagai ketua agama islam. Undang-undang tubuh negeri juga bergitu bagi negeri-negeri yang ada undang-undang tubuh negeri.
-malaysia telah diiktiraf dunia sebagai sebuah negara islam dan telah mengasaskan OIC dan menjadi pengerusi pertama.
-peruntukan khas(bajet) juga ada untuk agama islam.
-ketua negara juga dikhaskan kepada orang islam sahaja.
-majoriti rakyat beragama islam.
-telah mengamalkan islam semenjak sebelum dijajah portugis lagi.
-penemuan artifak islam dan membuktikan masyarakat asal telah memeluk islam selepas menganuti kepercayaan lain suatu masa lampau.

kps: pendapat peribadi dan hujahn balas kps.