Rabu, 11 Mei 2011

HUJAH SAYA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN menyanggah pendapat Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam - PENDAPAT PERIBADI KPS



PETIKAN DARI BLOG RAKYAT MALAYSIA:-

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.
“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.
Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan Johan mengulas perkara ini ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Kita menunggu pakar Perlembagaan kita, termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan , Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk memperjelaskan perkara ini.

Selain itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga mampu memberitahu rakyat apa kedudukan sebenar agama Islam di Malaysia.

Selain itu, apakah benar apa yang dikatakan oleh Syahredzan bahawa seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

Menurut beliau: “Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Lebih jauh beliau mengatakan Menteri pun tidak tahu mengenai perkara ini.

Setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.

Jawablah wahai Pak Menteri dan pemimpin UMNO. Anda kini sedang dicabar dan lebih jauh mengatakan Islam Bukan Agama Rasmi Malaysia.





PENDAPAT PERIBADI KPS:-

DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH DISEBUT

YANG DITIMBULKAN OLEH Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam IALAH merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

PENDAPAT KPS:-
-MENURUT WASIAT RAJA-RAJA MELAYU, PERKARA YANG 5 DARIPADA 7 IAITU;-

=KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan. Dan merujuk perlembagaan berdasarkan wasiat ini telah digariskan bahawa

-"ISLAM - Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)
Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya."

-tafsiran adalah luas,agama persekutuan bererti agama rasmi persekutuan, memang benar perkara ini boleh dipertikaikan namun kita perlu tafsir dengan sebijak-bijaknya. bahawa agama persekutuan adalah agama rasmi persekutuan.
-Menguatkan lagi hujah ialah agama islam diketuai oleh sultan\raja di setiap negeri, bagi negeri yang tidak mempunyai sultan YANG di-Pertuan Agong sebagai ketua agama islam. Undang-undang tubuh negeri juga bergitu bagi negeri-negeri yang ada undang-undang tubuh negeri.
-malaysia telah diiktiraf dunia sebagai sebuah negara islam dan telah mengasaskan OIC dan menjadi pengerusi pertama.
-peruntukan khas(bajet) juga ada untuk agama islam.
-ketua negara juga dikhaskan kepada orang islam sahaja.
-majoriti rakyat beragama islam.
-telah mengamalkan islam semenjak sebelum dijajah portugis lagi.
-penemuan artifak islam dan membuktikan masyarakat asal telah memeluk islam selepas menganuti kepercayaan lain suatu masa lampau.

kps: pendapat peribadi dan hujahn balas kps.

3 komentar: