Tampilkan postingan dengan label PEKIDA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PEKIDA. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Maret 2013

AMARAN: TIAN CHUA HARBI AKAN TURUN KULIM 16 MAC 2013

KOMANDOPERANGSIBER@Irwan Irwan Hadzly Abd Rahim II : SI BANGSAT TIAN CHUA HARBI AKAN TURUN JUNJONG, KULIM 16 MAC INI UNTUK BERKONGSI PENTAS DENGAN PAS. MOHON DIKOORDINATORKAN SEGERA KETUMBUKKAN UMNO KULIM, UMNO PADANG SERAI, PERKASA KULIM, PERKASA PADANG SERAI, PEKIDA, PERSATUAN VETERAN ANGGOTA KESELAMATAN, TIBAI KEDAH DAN NGO-NGO DALAM USAHA MENGHALAU 'BANGSAT' TIAN CHUA BAGI TERUS MENGHINA PEJUANG NEGARA DI BUMI KULIM. SAYA SECARA PERIBADI TELAH 'MENJATUHKAN' BEBERAPA POSTER TIAN CHUA DAN BERIKRAR AKAN MELAKUKAN UNTUK BEBERAPA KALI LAGI. AYUH, JANGAN DIBIAR MARUAH DIPIJAK. KALAU BUKAN KITA SAPA LAGI????? MAMPUS TIAN CHUA, NEGARA KEKAL BERDAULAT.
PERINGATAN UNTUK TIAN CHUA HARBI.....LU LANGSI....LU LUNYAI

Sabtu, 10 November 2012

SELEPAS PERKASA, PEKIDA BUAT BAI'AH SOKONG BARISAN NASIONAL PRU-13

Lebih 200 ahli PEKIDA negeri Perak melafazkan ikrar baiah menyokong Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang. Mereka yang diketuai Presidennya, Jamaludin Yusof melafazkan ikrar itu di hadapan Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir semalam. Jamaludin berkata, PEKIDA menyokong kepimpinan kerajaan BN Pusat dan negeri ini kerana yakin parti itu mampu menjamin masa depan yang lebih baik untuk rakyat. Kita melihat tidak ada kerajaan lain yang lebih baik dan hanya kerajaan BN sahaja ternyata membawa jaminan masa depan rakyat,'' katanya kepada media di Majlis Sepagi Bersama Menteri Besar Perak di Dewan Shukeri, Gunung Semanggol.Majlis tersebut diadakan sempena Kursus Motivasi dan Kepimpinan PEKIDA. Jamaludin turut menolak sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu kononnya PEKIDA merupakan pertubuhan `samseng', sebaliknya ia adalah pertubuhan yang sentiasa membuat kebaikan dan memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Katanya, tanggapan buruk ini sebenarnya sengaja dibuat oleh pihak tertentu kerana ingin melaga-lagakan PEKIDA dengan pertubuhan lain. -SUMBER DARI BLOGER PERAK

Jumat, 09 Desember 2011

KHALID SAMAD CEMBURU PEKIDA 'INTIM' DENGAN NAJIB




PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah(kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya.
generation 709 220711 khalid samadTimbalan pesuruhjayanya, Khalid Samad medakwa, Pekida adalah
sebuah organisasi yang meragukan sehinggakan pernah Umno sendiri pun tidak berani menjalin hubungan rasmi dengannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Khalid turut mengecam apa yang didakwanya sebagai pendirian keras yang diperlihatkan dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Katanya, mereka cuba memberitahu orang Melayu bahawa jika Umno dicabar, ia bermakna orang Melayu dicabar dan bahawa Melayu adalah Umno dan Umno adalah Melayu.

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata cabaran kepada Umno bukan sebenarnya cabaran kepada orang Melayu, tetapi satu usaha untuk meningkatkan kedudukan kaum tersebut.
NONESebaliknya, tambah beliau, pihaknya bukan cuba untuk menjatuhkan struktur politik Melayu, tetapi hanya berharap untuk menurunkan kepimpinan korup Umno dan menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang bersih dan berkemampuan.

Isnin lalu, Najib merasmikan sesi bertemu perdana menteri anjuran Pekida dan dihadiri oleh kira-kira 12,000 ahlinya.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Najib menyambut baik sokongan Pekida kepadanya dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, dan sebagai balasan, beliau berjanji untuk 'membantu' pertubuhan tersebut.