Tampilkan postingan dengan label BN. UMNO. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label BN. UMNO. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 18 Agustus 2012

GEMPAQ....KARPAL KATA "ANWAR SUDAH BERTAUBAT"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Kesejahteraan.
Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri. Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya. Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya. Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain. Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka. Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan. Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara. Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan. Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya. PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana. Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia.
“SEBANGSA SEJIWA SENEGARA”
Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun
Anwar Ibrahim,
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
18 Ogos 2012.
MUNGKIN ESOK KING KARPAL AKAN BUAT SIDANG MEDIA...."ANWAR IBRAHIM SUDAH BERTAUBAT". TAPI KPS BARU DAPAT MAKLUMAT DARI PENGENDALI BLOG PAK NUAR BAHAWA KENYATAAN DI ATAS ADALAH BUKAN DARI PAK NUAR KERANA BLOG PAK NUAR TELAH DIGODAM....PEGHHHHH....LEPAS NI MESTI DEPA SALAHKAN UMNO. BACA DI BAWAH KENYATAAN DARI PENGENDALI BLOG PAK NUAR....
Salam hormat. Untuk makluman pembaca, blog (AnwarIbrahimBlog.com) ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dimuatnaik di blog ini. Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan posting tersebut serta merta. Pihak kami difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh cybertroopers UMNO bertujuan memburuk dan memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sekian, harap maklum. PASUKAN PENTADBIR BLOG DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Kamis, 15 Desember 2011

KETUA UMNO BAHAGIAN MANA DITERJAH NGO ???


SUMBER MAKLUMAT DARI BLOG POLITIK HARIAN...

KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS DISERANG ALA 'TERJAH' DI MELODI DI PEJABAT BELIAU DI JALAN PEEL, CHERAS. INI BERIKUTAN BELIAU MENGGELARKAN SHARIZAT SEBAGAI 'BIAWAK HIDUP'.


BEBERAPA NGO SEPERTI PERSATUAN GABUNGAN NGO MALAYSIA, PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA, NATIONAL WOMEN ENTREPRENEURS OF MALAYSIA (NAWEM), KELAB SAHABAT KEBAJIKAN NUSANTARA.


KPS : SETIA BERSAMA SHARIZAT DAN MELAWAN FITNAH PEMBANGKANG SELAKU BLOGER KECIL.

EDISI WAJIB SEBAR: 6 SERANGAN PENSABOTAJ KE ATAS BANTUAN RM 500 KERAJAAN

DALAM MASA TIDAK SAMPAI SEMINGGU PIHAK PENSABOTAJ MELANCARKAN 6 SERANGAN KEPADA BANTUAN RM 500 BAGI YANG LAYAK. MUNGKIN ORANG LUAR TIDAK TAHU. TETAPI HAKIKAT BAHAWA PARA PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA PASTI MENGHIDU PERKARA TERSEBUT. 4 SERANGAN DIKESAN OLEH BLOG MyMASSA. KPS MENGAMBIL MAKLUMAT SERTA MENGULAS SERTA MEMBUAT SEDIKIT PENAMBAHAN.


AYUH RAKAN-RAKAN SEKALIAN....SEBARKAN BERITA INI

SERANGAN PERTAMA

MAT SABU KATA HARAM AMBIK BANTUAN RM 500 SEMASA CERAMAH DI BALING....



SERANGAN KE-2

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS MENGHINA SESIAPA YANG MENERIMA RM 500...


SERANGAN KE-3


BORANG PALSU UNTUK MENGSONGLAP DUIT RAKYAT...


SERANGAN KE-4

SURAT LAYANG...



SERANGAN KE- 5

FITNAH KONONNYA PERLU MENGISI PUSAT MENGUNDI...



DAN YANG KE- 6

MENCURI SECARA TERANG-TERANGAN...


Jumat, 09 Desember 2011

KHALID SAMAD CEMBURU PEKIDA 'INTIM' DENGAN NAJIB




PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah(kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya.
generation 709 220711 khalid samadTimbalan pesuruhjayanya, Khalid Samad medakwa, Pekida adalah
sebuah organisasi yang meragukan sehinggakan pernah Umno sendiri pun tidak berani menjalin hubungan rasmi dengannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Khalid turut mengecam apa yang didakwanya sebagai pendirian keras yang diperlihatkan dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Katanya, mereka cuba memberitahu orang Melayu bahawa jika Umno dicabar, ia bermakna orang Melayu dicabar dan bahawa Melayu adalah Umno dan Umno adalah Melayu.

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata cabaran kepada Umno bukan sebenarnya cabaran kepada orang Melayu, tetapi satu usaha untuk meningkatkan kedudukan kaum tersebut.
NONESebaliknya, tambah beliau, pihaknya bukan cuba untuk menjatuhkan struktur politik Melayu, tetapi hanya berharap untuk menurunkan kepimpinan korup Umno dan menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang bersih dan berkemampuan.

Isnin lalu, Najib merasmikan sesi bertemu perdana menteri anjuran Pekida dan dihadiri oleh kira-kira 12,000 ahlinya.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Najib menyambut baik sokongan Pekida kepadanya dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, dan sebagai balasan, beliau berjanji untuk 'membantu' pertubuhan tersebut.

Kamis, 01 Desember 2011

'AMANAH' TERKENA PEDAS......YANG TERSIRAT DI SEBALIK BATU


PERDANA MENTERI SELAKU PRESIDEN UMNO DENGAN LANCAR MENGUNGKAPKAN SUATU PERKARA. SATU PERKARA YANG TERLEPAS PANDANG ATAU TIDAK DISEDARI BANYAK PIHAK....TETAPI KPS AMAT MENYOKONG PENUH KENYATAAN TERSEBUT......CUBA ANDA SEKALIAN MENEKA ??????


BELIAU TIDAK MAHU KESETIAAN YANG SEKERAT-SEKERAT(50/50)....JADI SIAPA AKAN TERASA PEDAS DENGAN KENYATAAN INI ?????


ANGKATAN AMANAH MERDEKA......


KPS : KPS MENGHORMATI KREDIBILITI KU LI.....TETAPI TIDAK DALAM PENUBUHAN 'AMANAH' INI......INI MENGIMBAS "SEMANGAT 46"......

JANGAN DI KECILKAN LAGI 'KEK POLITIK' MELAYU.....SEKIAN. TITIK.

Sabtu, 26 November 2011

ADUN BN ADA BUKTI VIDEO BAPAK DAP RASIS HINA MB PERAK


DAP BUKAN HANYA RASIS DI PENANG....TAPI JUGA DI PERAK....TETAPI HAKIKATNYA DAP RASIS SEGALA RASIS DI DUNIA INI......

IPOH 25 Nov. - Gelaran 'Zambry Hitam Metalik' menggamatkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini apabila Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) mendakwa Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mencaci peribadi Menteri Besar, Zambry Abd. Kadir dalam ceramah-ceramah beliau.

Insiden itu berlaku apabila Khusairi yang mencelah semasa Zambry menggulung perbahasan, mendakwa beliau mengikut ceramah ADUN Sitiawan itu dan mendapati Koo Ham menghina peribadi pemimpin-pemimpin BN termasuk Zambry.

Beliau turut mendakwa mempunyai bukti rakaman video untuk menyokong tuduhan itu dan akan menyerahkannya di luar DUN.

Ekoran itu, Koo Ham bangkit mencabar Khusairi supaya menyatakan ceramah yang mana satu atau menarik balik kenyataan tersebut.

"Ini merupakan tuduhan melulu dan satu fitnah. Pangkor (Zambry) pun tahu saya tidak pernah mencaci peribadi seseorang," tegasnya.

Speaker DUN, Datuk R. Ganesan kemudian meminta Khusairi menarik balik tuduhan terhadap ADUN Sitiawan itu selepas beliau gagal memberikan jawapan kepada Koo Ham.

Zambry turut meminta Khusairi menarik balik kenyataan itu kerana katanya, Koo Ham tidak pernah mencaci secara peribadi tetapi cuma dari segi dasar.

"Saya tidak ambil berat sangat cacian terhadap saya termasuk warna kulit. Bayangkan kalau saya sebagai Menteri Besar memanggil ADUN Pantai Remis dengan warna kulit serta bentuk matanya, sudah tentu akan dicanang satu Malaysia yang saya rasis.

"Tidak baik mempersoalkan warna kulit seseorang kerana ia dijadikan oleh Tuhan. Apakah kita sanggup menghina Aulong dengan gelaran capik? Kita hormat dia," katanya.

Selepas namanya disebut, Yew Tian Hoe (DAP-Aulong) bangkit mencelah memberitahu, terdapat dua jenis orang kurang upaya (OKU) iaitu yang baik dan tidak baik sehingga membuatkan semua ahli dewan ketawa

Rabu, 23 November 2011

PEMBERIAN RM SERATUS DIPERLUAS OLEH KERAJAAN. INILAH KERAJAAN MEMBELA RAKYAT




KERAJAAN BARISAN NASIONAL AKAN MEMPERLUASKAN PEMBERIAN WANG SERATUS RINGGIT KE SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAN SEKOLAH PERSENDIRIAN DAN SWASTA DENGAN PERUNTUKKAN TAMBAHAN RM 50 JUTA.


KPS : DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT.