Rabu, 25 Januari 2012

UMNO HULUQ 100 000 RIBU......AZIZAN YANG RUMAH DEKAT SAJA HULUQ BERAPA ????




RM100 RIBU BANTUAN BUAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDZAH
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000.00 untuk SABK An Nadhzah Bukit Besar, Kota Sarang Semut yang mengalami kebakaran asrama melalui Dato' Latt Shariman Abdullah,Tindakan pantas Dato' Latt menghubungi YAB Perdana Menteri yang menjadi pembuka RM100K untuk pihak sekolah. Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada pukul 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Pengetua sekolah Adnan Osman berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu setelah seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar katil, tilam serta buku-buku sekolah sahaja," katanya.

Katanya blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.

Sekolah itu merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak Abdul Muin Ayob, yang mengetuai operasi memadam kebakaran, berkata bomba menerima panggilan pada pukul 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah membaik pulih asrama itu. – Bernama

KPS: MASA LALU NAK BALIK DARI KULIM KE JITRA KPS ADA NAMPAK LORI BOMBA DEPAN SEKOLAH NI. SEKOLAH NI SAPA NAK KENAI MUDAH SAJA, KAT SIGN BOARD ADA TULIS BANTUAN PENUH KERAJAAN DAN ADA LAMBANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. AZIZAN TAK HULUQ KA???? SEKOLAH NI DENGAN RUMAH MB AZIZAN SIKIT PUNYA DEKAT KA.....KA MB AZIZAN DEMAM KENA SERANG DENGAN SMM ISU AUKU????? UMNO BANTU RAKYAT...PR PEROSAK RAKYAT, MANA MUNGKIN DAPAT DISANGKAL LAGI KENYATAAN YANG NYATA INI....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar