Kamis, 26 Januari 2012

Permainan "Aku Jimat" - "Character Assassination" Terbaru Terhadap DS Rosmah Mansor...PENDEDAHAN BLOGER CUCU TOK SELAMPIT


Terbaru, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah cuba mewujudkan satu permainan yang dinamakan "Aku Jimat" yang meletakkan watak utama permainan tersebut dengan kartun mirip seperti DS Rosmah Mansor. Kartun berkenaan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor. Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu untuk pengguna alat elektronik Apple sepert iPod, iPad dan iPhone. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.

Menurut pengusaha permainan Antartica Group, permainan ini kononya adalah 'untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung' sejak kecil dan 'lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan'. Boleh belajar cara cara menabung sejak dari kecil kemudiannya boleh beli cincin berlian $24juta, beg birkin, rumah banglo, kereta mewah dan sebagainya.


Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15,000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000). Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta). Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.


Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom. Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk 'bersara' pada usia 99 tahun.



Pelbagai dakyah halus digunakan untuk memaparkan imej negatif isteri Perdana Menteri, kononnya beliau adalah seorang yang boros. Terbaru adalah melalui satu permainan interaktif. Ini secara langsung atau tidak akan memberi sedikit sebanyak impak kepada imej Perdana Menteri. CTS menyarankan agar sudah sampai masanya DS Rosmah Mansor menyaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti di atas, bagi memberi pengajaran ke atas tindakan melampau mereka itu.


DARI BLOG CUCU TOK SELAMPIT

Tidak ada komentar:

Posting Komentar