Selasa, 31 Januari 2012

KENAPA PAK NUAR MASUK UMNO TAK MASUK PAS???? SEBAB KALAU MASUK PAS MANA MUNGKIN JADI PM...




“Saya sendiri pun terperangkap. Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) betul-betul warak, sebab itu saya bawa masuk Umno, ingat boleh bawa nilai Islam di dalam parti,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, katanya selepas Anwar menyertai Umno, beliau menyedari tujuan asal Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

“Beliau masuk Umno, kerana kalau (masuk) Pas tak mungkin beliau akan jadi Perdana Menteri. Beliau punya cita-cita satu saja,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Anwar yang menyokong penuh kepada semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

“Beliau memang dekat dengan Israel. Beliau nak dilihat sebagai seorang yang moden dan mengikut trend, sebaliknya kita ini dianggap lapuk, memang beliau tak setuju dengan cara kita,” katanya.


Sementara itu, Dr Mahathir dalam syarahannya mengingatkan, pemimpin berkualiti ialah mereka yang sentiasa memikirkan rakyat dan negara, bukannya untuk kepentingan sendiri.

Malah, katanya, pemimpin juga sentiasa menerima kritikan daripada orang lain demi kepentingan negara.

“Seorang pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran dalam semua bidang termasuk ekonomi dan kewangan, tak cukup hanya tahu mengenai dasar semata-mata supaya kelak boleh membuat keputusan terbaik demi negara.

“Pada masa sama, pemimpin berkualiti juga perlu mendapatkan idea atau pandangan orang lain mengenai sesuatu perkara, sebelum membuat keputusan.

“Idea boleh datang dari banyak pihak, tetapi yang penting kita sendiri sebagai pemimpin perlu membuat keputusan bijak,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar