KARTUN DALAM UTUSAN MALAYSIA SEMALAM TELAH MENYEBABKAN BEBERAPA PIHAK TIDAK SENANG DUDUK. BUKAN KERANA BISUL DI PUNGGUNG ATAU SOPAK TAPI KERANA TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI.
ANTARA PERSOALAN YANG MENARIK IALAH...DEPA KATA BOIKOT UTUSAN TAPI DOK BACA JUGAK
TAJUK LUKISAN BERKENAAN ADALAH JELAS SEPERTI HUJAHAN BLOGER OTAI DALAM BPN IAITU "KEKELIRUAN KES ROGOL".
MALAH YANG LEBIH TRAGIS AYAT TERSEBUT DIMULAKAN OLEH HAJI HADI(PRESIDEN PAS) PADA MUKTAMAR PAS BARU-BARU INI. APAKAH HAJI HADI TELAH MENGHINA ISLAM?
TAPI KENAPA HANYA KARTUNIS UTUSAN SAHAJA YANG INGIN DIPERSALAHKAN? APAKAH INI TINDAKAN MEMILIH BULU SEPERTI PAS MEMILIH BULU PAK NUAR SEMASA KES VIDEO SEKS KETUA PEMBANGKANG ITU DIBAHASKAN?
MENAMBAH PERISA IALAH:-
PEMUDA PAS MELAKA
Pemuda PAS kutuk Utusan hina hukum Allah
Ahmad Danial
MELAKA, 15 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengutuk Utusan Malaysia kerana dengan terang-terang menghina dan mempersenda hukum Islam.
Ruangan kartun yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Aizat Baharuddin berkata, tindakan akhbar tersebut jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya daripada Allah.
"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam di tuduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan 4 orang saksi yang tidak fasiq,” katanya.
Namun, katanya dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.
Tambahnya, ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa 4 orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.
Katanya lagi, kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis.
Aizat berkata tidak hairanlah apabila khutbah Jumaat di Selangor mengenai tentang qazaf dan fitnah, pemuda Umno pula buat laporan, kononnya agama politikkan.
“Mereka sebenarnya mahu membiarkan orang menjadi jahil dan buta agama seperti mereka.
"Inilah akibatnya apabila akhbar menjadi alat Umno. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda,” katanya.
Tegasnya, Utusan Malaysia perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.
“Janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri," katanya.
0LEH PAS KELANTAN
Lagi kecam Utusan hina syariat Islam
Aslani
KOTA BHARU, 15 Jun: Ketika pemimpin Umno masih ‘trauma’ pendekatan baru diperkenal PAS, Negara Berkebajikan, tiba-tiba Utusan Malaysia menyiarkan kartun disifatkan menghina syariah Islam.
Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan sistem keadilan dan mempersenda-sendakan syariat Islam.
Ekoran itu Pemuda PAS Kelantan turut tampil mengecam keras lakaran kartun disiarkan akhbar Umno terbabit hari ini.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jelas sekali mesej yang cuba disampaikan Utusan betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat saksi dalam penghakiman kes zina, liwat dan rogol.
Lakaran kartun yang disiarkan Utusan cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikan dengan rakaman handphone ditolak tok penghulu kerana tiada empat saksi.
Manakala ketika wanita sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima.
Sindiran yang menghina itu dipercayai sengaja dicipta selepas PAS menolak ciptaan terbaru pemimpin Umno dengan video seks didakwa mereka membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Sedangkan firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima, namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada awam.
Dalam perkembangan lain katanya, menteri yang menjaga agama pula membuktikan tiada kes murtad di Kelantan sejak 10 tahun lalu.
“Ini menggambarkan pentadbiran berteras Islam di negeri ini berjaya mengekang gejala tersebut, sedangkan mahkamah syariah di negeri lain menerima 863 kes murtad dalam tempoh tersebut,” ujarnya.
Kelantan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai pemohonan murtad sepanjang 10 tahun lalu.
Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS merakam setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri dan seluruh umat Islam di atas kejayaan mengekang gejala muryad yang sedang melanda negara sekarang.
“Ini ada hubung kaitnya dengan kejayaan dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan kerajaan negeri semenjak 1990,” katanya.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan statistik perrmohonan murtad di seluruh negara daripada tahun 2000 hingga 2010.
Dalam tempoh tersebut sebanyak 863 permohonan direkodkan di Sabah dengan 238 kes, Negeri Sembilan (172 kes) dan Selangor (99 kes).
DAN YANG MENARIKNYA LAGI, KITA RENUNGI ANTARA KATA-KATA KETUA PENERANGAN PAS NEGERI KELANTAN AHMAD FADHLI SHAARI............
Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima, namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada awam.
PETIKAN MALAYSIAKINI PENDAPAT PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA(PUM)
Hina Islam: Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa
Jun 15, 11 6:00pm
Kongsi 3104
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.
“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.
Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.
“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.
“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.
Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.
Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.
Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.
Dia hanya Besi
Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”
Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.
“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.
Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.
"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.
"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."
Begitu jahil
Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.
“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.
“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.
Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.
"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.
Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.
"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.
SILA RENUNGI PETIKAN BERIKUT:-
Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”
MUNGKIN PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA TERLEPAS PANDANG BAHAWA AYAT INILAH YANG TERPANCUL DARI MULUT HAJI HADI......KALAU AYAT INI SALAH....HADI JUGA SALAH.....DAN YANG MEMULAKANNYA JUGA ADALAH HADI......TEPUK DADA TANYA IMAN.....
LAGI HUJAHAN KPS.....
INILAH WAJAH PELUKIS ZUNAR DAN ISTERINYA YANG TERDEDAH DADA....KENAPA NAK KAITKAN PULAK SI ZUNAR PEMBUAT ONAR INI......BIKIN PANAS PULAK.........KPS TIDAK PERNAH LUPA ISU LUKISAN ZUNAR INI SUATU KETIKA DULU.....ISU APA......YANG PASTI BUKAN ISU VIDEO SEKS.........TIDAK TERLIBAT CHINA DOLL DAN JANTAN DOLL DAN JUGA PANADOL.....
TAPI MELIBATKAN AKIDAH......JOM KITA BONGKAR.....
INI LUKISAN ZUNAR.....APA YANG KITA KENA PERHTIKAN????
Bahagian kartun Ulama ditulis perkataan Muhammad dan Allah , manakala bahagian kartun Ulama Umno ditulis pula Mahathir Muhammad dan AbdulALLAH Badawi.
ALLAH DAN NAMA RASULULLAH DIMAINKAN SEBEGINI RUPA.....
DI MANA SUARA PEMUDA PAS MASA INI??????
DI MANA PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA SAAT DAN KETIKA INI?????
TIDAK KAH SAMA DENGAN KARTUNIS BARAT YANG MENGHINA RASULULLAH SI ZUNAR INI....????
KPS: TEPUK DADA TANYA IMAN.....SEBELUM ALLAH TANYA DI AKHIRAT.....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar