Saiz Teks: A A A
Hidup idealogi komunis tuduhan gila -SAMM
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Umno-BN kini semakin terdesak apabila mendakwa terdapat usaha untuk menghidupkan semula idealogi komunis.
Beliau mengulas tangkapan 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Pulau Pinang dalam kempen bertemakan ‘Udahlah..Bersaralah..” Jumaat lalu.
Menurut Chegu Bard, polis menuduh aktivis berkenaan menghidupkan semula gerakan Komunis dan cubaan memerangi yang Dipertuan Agung, yang jika sabit kesalahan mengakibatkan hukuman gantung sampai mati.
Justeru beliau menyifatkan tuduhan terhadap kesemua aktivis tersebut sebagai tidak berasas dan ‘gila’ yang dilakukan Umno-BN- bertujuan menyekat Perhimpunan aman Bersih 9 Julai.
“Lebih gila lagi kesemua mereka kini disiasat dan mungkin didakwa dengan tuduhan berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agung.
“Tuduhan ini kononnya kerana polis menjumpai kemeja dan risalah dengan gambar pejuang kemerdekaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani,”
“Tindakan ini juga boleh diterjemahkan sebagai bukti Umno merupakan pewaris penjajah dengan meneruskan dendam penjajah terhadap penentang penjajah yang menuntut kemerdekaan ‘total’ ke atas rakyat dan tanahair ini,” ujarnya.
Menurut Badrul, pihak berkuasa Malaysia menafikan hakikat bahawa Sultan Perak sendiri pernah bertemu dengan tokoh-tokoh pejuangan kemerdekaan tersebut di istananya.
“Malah Rashid maidin dan isterinya juga telah dibiayai urusan ibadah hajinya,”
“Ini semua usaha menakutkan dan mematahkan kebangkitan rakyat. Regim bertambah panik dengan memperkudakan sepenuhnya polis khususnya takut dengan kebangkitan rakyat menjelang Bersih 2.0,” ujar Badrul.
Badrul mempersoalkan hubungan Malayisa dengan negara fahaman komunis seperti China, Vietnam dan seumpamanya.
“Jawapannya mudah, sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan ideologi atau fahaman.
“Ia hanya kerana keselamatan dan kepentingan regim semata – mata. Malaysia ialah negara hipokrit dan oportunis, lihat sahaja bagaimana selaku kononnya negara Islam kita punya hubungan dagang erat dan menyumbang dana besar dalam ekonomi Israel sebagai rakan dagang,” ujar beliau.
IKUTI HUJAHAN BALAS DARI BLOGER OTAI 'THE FLYING KICK' MEMBASUH MINDA PKR ATAU (PARTI KOMUNIS RAKYAT)
Menantu saudara Anwar Ibrahim merangkap orang yang kalah bertanding jawatan Ketua AMK di tangan si gemuk pendek telinga kelepek, Chegu Bard menganggap alasan yang diberikan oleh polis untuk menangkap dan menahan 30 orang aktivis PSM sebagai mengarut. Katanya, kepala komunis yang tertera pada t-shirt yang mereka pakai adalah kepala pejuang kemerdekaan negara.
Kata Chegu Bard lagi, semua yang dilakukan oleh polis adalah untuk menyelamatkan UMNO-BN semata-mata.
Betapa dangkalnya pemikiran Pengerusi SAMM ini. Dengan menganggap komunis bukan lagi satu ancaman apatah lagi Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis, jelas menunjukkan bahawa Chegu Bard adalah seorang manusia yang sangat bodoh, bahlol dan tolol!
Hubungan diplomatik dengan membiarkan fahaman komunis berkembang biak dalam negara adalah dua perkara yang berbeza. Ketika Malaysia berhadapan dengan ancaman komunis, Tun Razak telah merintis jalan mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara China sekaligus pada masa yang sama hubungan diplomatik tersebut telah memutuskan bantuan China kepada Parti Komunis Malaya. Komunis-komunis Malaya yang hidup di China terpaksa meninggalkan Tanah Besar China.
Itu contoh mudah yang membezakan antara hubungan diplomatik dengan membiarkan pengaruh komunis berkembang luas dalam negara.
Beranggapan bahawa komunis bukanlah satu ancaman kepada negara, merupakan tindakan paling biadap yang pernah dilakukan terutama sekali daripada seorang pemimpin politik berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Soal sama ada Rashid Maidin dan isterinya telah diampunkan oleh kerajaan Malaysia kerana perjuangan bersenjata mereka dahulu, itu perkara lain. Yang menjadi masalahnya ialah Rashid Maidin adalah seorang KOMUNIS. Itu adalah fakta. Dan Komunis bukanlah pejuang kemerdekaan total seperti yang dinyatakan oleh Chegu Bard, sebaliknya mereka adalah PENJENAYAH!
Menganggap pengganas komunis sebagai pejuang, samalah seperti mengangkat Botak Chin, Mokhtar Komando, Bentong Kali dan seribu satu macam nama yang lain sebagai perwira rakyat. Padahal apa yang mereka lakukan sewaktu hidup adalah menyusahkan rakyat!!!
Nampaknya kebencian kepada UMNO telah memesongkan pemikiran Chegu Bard. Mungkin kalau dibiarkan nanti, dia akan mengatakan Islam adalah sebuah agama retorik semata-mata, terutama apabila hukum-hukum Islam tidak menyebelahi Anwar Ibrahim seperti yang dijangkakan!!!
KPS : PKR = PARTI KOMUNIS RAKYAT
check my site browse around this website read the full info here see this check this link right here now https://www.dolabuy.ru/
BalasHapus