AIDCNews -15/06/11 – Benarkah BERSIH mahu menuntut pilihanraya yang bersih atau mereka mempunyai agenda tersembunyi yang lain ?
Kenapa mesti Ambiga Sreenevasan menjadi ketua ? Adakah beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi ahli politik ? Siapa di belakangnya ?
Untuk mendapat jawapan-jawapan di atas ikutilah wawancara kami dengan YB Datuk Zulkifli Noordin, di bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.
AIDC : Kenapa perlu BERSIH ?
YB Zulkifli Nordin : Pertama sekali kita kena faham justifikasi BERSIH. Di atas kertas, 7 point tu konon-konon cerita berkenaan pilihanraya. Membersihkan proses pilihan raya. Kalau atas paper, itu isunya, dibentuk di bawah tak apa, kita faham.
Tapi persoalannya, betul ke tak betul ?
Kita tak kata pilihan raya yang kita ada ni sempurna, masih ada cacat-cela, macam juga sistem negara lain.
Semalam saya bincang panjang dengan beberapa orang pegawai Anwar sendiri. Tengok pilihan raya di Turki, walaupun AK hanya mendapat 72 peratus sahaja undi, tapi AKP menjadi majoriti. Dia sistem dia. Sama macam di India, sama di Australia, sama macam di UK, sama macam di US. Ada kelemahan juga, tak sempurna.
Tapi kalau kata tak bersih itu, bermakna kita kata pemerintah yang ada itu main kotor. Itulah mahfumnya.
Kalau main kotor, takkan dapat empat..lima negeri. Takkan dapat Parlimen yang ramai macam ni.
Tapi, nak kata kita tak bersih, saya pertikailah. Nak kata tak sempurna, betul. Dan kalau ada tak sempurna, ada cara nak perbetulkan..
Di Parlimen, mereka ramai Ahli Parlimen. Boleh bangkitkan dari segi usul atau dari soalan atau dari bahas titah Diraja, bahas bajet.
Ataupun mereka boleh mengadakan pertemuan direct dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tak pernah buat. Orang yang dikata tak bersih itu, mereka tak jumpa pun.
Mereka mahu berhimpun…
Mereka nak menunjukkan bahawa proses pilihanraya tak bersih, tapi cara (kaedah) itu yang kita pertikaikan.
Kita tahu Artikel 10 beri hak kebebasan bersuara. Tapi, cara yang macam mana? Sebab setiap kebebasan itu ada had bukan kebebasan mutlak, bukan ikut suka.
Jadi, kita tengok kalau sekadar nak berhimpun, polis dah bagi dah stadium besar. Stadium Bukit Jalil boleh isi hampir 80,000 (orang). Itu atas stage sahaja, yang kat padang? Saya ingat 100,000 (orang) boleh muat.
Kalau sekadar nak berhimpun, nak menyatakan protes, keadaan yang terkawal, tak menganggu rakyat, tak menganggu perjalanan hidup biasa, buatlah di stadium. Tapi mereka tak mahu.
Mereka memerintah negeri Selangor, ada stadium Shah Alam, besar. Boleh isi 80,000 ke 100,000 (orang) kapasiti. Kenapa tak buat?
Kenapa mesti pilih jalanraya juga. Dalam keadaan mereka tahu, itu akan menyusahkan rakyat, merosakkan perniagaan, menganggu perjalanan hidup biasa, dan lain-lain.
Mesti mereka ada sebab lain.
Kedua, kalau sekadar nak serahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong, buat sajalah appointment dengan Istana Negara. Tak pernah buat.
Jadi, kita tengok semua ni, mereka ada (agenda) lain. Niat mereka lain.
Maksudnya ?
Ada agenda yang mala fide. Ada agenda berniat jahat. Baik, apa dia agenda niat jahat? Kita boleh baca sendiri.
Saya punya facebook (fb), tweeter, bila kita lontarkan idea ini, tengok respon mereka, kaum-kaum taksub Anwarinas, mereka punya jawapan, ‘kita akan jadikan Medan Darah’, ‘kita akan jadikan Tahrir’, ‘kita akan tumbangkan Husni Mubarak’…
Ambiga, Pengerusi BERSIH 2 sendiri pernah buat statement yang sama. Dia buat statement yang sama menyatakan bahawa kalau tidak dapat pilihan raya di Sarawak, dia minta supaya orang ramai buat macam di Mesir.
Jadi kita nampak tujuan dia. Tujuan dia adalah nak mewujudkan alasan sahaja untuk berkumpul secara haram. Itu saja.
Kalau sekadar nak perbaiki sistem pilihan raya, hari ini saya tengok jawapan Tan Sri Aziz, Pengerusi SPR. Bagus jawapannya berkenaan tujuh perkara yang dibangkitkannya itu.
Takkanlah Pengerusi Bersih, sebagai bekas Pengerusi Peguam (Bar Council) tak faham apa yang SPR tak boleh buat, tak boleh pinda Perlembagaan Persekutuan.
Kalau nak pinda, bangkitkanlah dalam Parlimen.
Maknanya, kita tengok semua ini, mereka sebenarnya tidak ada niat langsung untuk mencapai matlamat itu.
Sebenarnya matlamat mereka lain. Matlamat mereka nak cetuskan huru-hara. Matlamatnya nak cetuskan rusuhan, ketegangan. Itu sahaja matlamatnya.
Kalau mereka nak bercakap tentang proses pilihan raya yang bersih, mereka kena cerminkan diri sendiri dulu.
Parti Keadilan Rakyat (PKR), pilihan raya mereka berkotoran. Orang yang kritik, orang yang tegur dibuang, dipecat.
Calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub kemukakan bantahan, sampai ke hari ini tak jawab.
Calon Ketua Pemuda (AMK) CheguBard (Badrul Hisham Saharin) kemukakan bantahan, sampai ke hari ini tak jawab.
Yang buat aduan-aduan menunjukkan betapa kotornya pilihan raya PKR.
Kalau pilihan raya parti sendiri kotor, nak ajar orang bersih?
Kenapa Ambiga yang harus mengetuai BERSIH 2 ?
Saya mengenali mereka semua ini. Kalau mereka guna platform parti politik partisan PKR-DAP-PAS, orang tak akan pergi. Orang dah muak pun sebenarnya dengan isu Anwar Ibrahim yang tak boleh selesai sampai hari ini.
Jadi, orang sebenarnya dah muak dan dia pun tahu. Kalau kita tengok, program-program yang mereka buat berdasarkan parti, dia tahu orang tak sambut dah. Orang tak sambut. Jadi, mereka punya strategi gunakan NGO, dan antaranya adalah Majlis Peguam.
Pada saya, penggunaan NGO ini adalah untuk mengelabukan rakyat kepada dalang di sebalik tujuan perhimpunan BERSIH ini.
Contohnya macam Mat Sabu. Saya tak ada masalah dengan Mat Sabu, saya baik dengannya.
Tapi Mat Sabu, dia perlu tunjukkan sesuatu, you get to deliver something. Yang berbaloi jadikan dia Timbalan Presiden (PAS). Jadi dia kena tunjukkan sesuatu.
Memahami politik Mat Sabu, orang yang pernah menjuborkan Anwar, yang pernah memaki-hamun Anwar, hari ini…kena tunjuk dia hero lah. Jadi, masing-masing ada niat, masing-masing ada agenda
Pada saya, rakyat ramai yang dah sedar bahawa NGO-NGO ini sekadar menjadi kuda tunggangan untuk agenda tertentu untuk individu tertentu.
Bukankah Ambiga ini juga yang menjadi penganjur kepada Forum Memeluk Islam?
Saya ambil dari sudut tidak memahami mentaliti dan pemikiran khususnya ahli-ahli Pas, ulama-ulama dalam Pas.
Bagaimana mereka boleh memberi ataupun membenarkan seorang seperti Ambiga menjadi ketua mereka untuk “demo BERSIH”, sedangkan mereka tahu Ambiga ni bekas Pengerusi Majlis Peguam.
Semasa saya menjadi Exco Majlis Peguam, Ambiga ini Timbalan Pengerusi. Masa itu Datuk Yeo Yang Poh Pengerusi Majlis Peguam. Dan kita tahu aktiviti Majlis Peguam.
Jangan lupa, Ambiga dan Majlis Peguam ini antara tokoh yang menonjol dalam isu Interfaith Commission (IFC).
Isu IFC ini PAS tentang habis-habisan. Malahan saya ingat, saya bersama beberapa pemimpin PAS, termasuk Pemuda PAS berdemonstrasi menentang IFC.
Ada pemimpin-pemimpin PAS yang masuk penjara, dihukum mahkamah kerana menentang IFC. Ambiga terlibat secara langsung dengan IFC.
Hari ini, macam mana mereka (PAS) boleh bersengkokol dengan orang macam ini?
Kedua, Ambiga ini antara orang yang menyokong penuh kes murtad Lina Joy (Azlina Jailani). Orang PAS tak kan lupa ini.
Kita berhujan panas menentang kes murtadnya Lina Joy. Ada antara kita masuk lokap Ada kepimpinan PAS termasuk di peringkat Dewan Pemuda termasuk Ulama yang mengisytiharkan jihad.
Kafir harbi mereka isytiharkan orang yang menyokong kes murtad Lina Joy ini. Ambiga antara kepalanya.
Hari ini, saya hairan macam mana mereka boleh tidur sekongkol dan menjadikan dia ketua pula ?
Ketiga, Ambiga adalah antara mereka yang menonjol dalam membawa isu murtad. Dia orang yang menjadi dalang dalamForum Memeluk Islam. Pemimpin PAS takkan lupa. Benda tu baru berlaku 2008.
Mereka antara orang yang hadir dengan saya semasa kita membuat himpunan membantah isu memeluk Islam yang diketuai oleh Ambiga.
Jangan lupa takbir-takbir yang mereka laungkan, jihad-jihad yang mereka laungkan di depan bangunan Majlis Peguam menentang Ambiga.
Hari ini mereka boleh duduk sebantal dan boleh pula menjadikan yang paling teruk menjadikan Ambiga ketua.
Jadi, Ambiga ada niat nak memartabatkan Islam ke? Tak ada. Ada nak mempertahankan Islam? Tak ada.
Jadi, pada sayalah, kepada ahli-ahli akar umbi PAS, pemimpin mereka rosak, sedarlah. Kita ini dipergunakan sahaja. Dipergunakan.
Ramai yang kata saya ini tak konsisten. Saya cabar, siapa yang tak konsisten sebenarnya.
Saya menentang Ambiga semasa saya Exco dalam Majlis Peguam. Saya menentang mereka semasa saya menjadi Wakil Rakyat PKR. Dan saya menentang mereka hari ini. Dalam keadaan apa pun, saya konsisten.
Kalau dulu, Ambiga dan Majlis Peguam adalah kafir harbi yang perlu ditentang habis-habisan. Ini kata mereka sendiri. Hari ini jadi ketua.
Siapa yang tak konsisten sebenarnya? Siapa yang hipokrit sebenarnya?
Jadi, adakah kita ini begitu parah politiking, begitu taksub nak kan kuasa, sampai kita buang semuanya, kita jual kalimah Allah kepada Kristian, kita buang perjuangan Negara Islam, kita jadikan kafir harbi ketua kita.
Saya ingat ada masalah besar di situ.
Adakah Ambiga bercita-cita hendak menjadi ahli politik ?
Saya cabar Ambiga kalau beriya-iya sangat, bertandinglah dalam pilihan raya. Kalau beriya-iya sangat, lawanlah dalam pilihan raya.
Tengok macam mana. Jangan berselindung di sebalik NGO, di bawah skirt Bar Council untuk menjadi juara.
Adakah pemilihan warna kuning (BERSIH) itu meniru warna merah di Thailand?
Sebab itu saya sebut tadi, niat mereka bukan untuk proses bersih pilihan raya sahaja. Niat mereka lain. Meniru agenda-agenda jahat yang dibuat oleh negara-negara lain, di tempat-tempat lain dan dibawa ke sini.
Adakah YB syak ada pihak luar yang sedang mengatur himpunan BERSIH ini ?
Sama ada pihak luar yang mengatur atau tidak, kita tidak ada bukti lagi. Walaupun kita ada maklumat tapi kita tidak ada bukti lagi.
Cumanya pada saya, negara luar terutamanya negara Barat, negara yang anti-Islam, mereka akan melihat dengan bangga menunggu perkara ini berlaku.
Sebab itu, kita tengok, perkara-perkara ini berlaku di negara-negara orang Islam. Yang malangnya ialah orang-orang Islam yang dah tak sedar diri ini sanggup bersengkokol.
Dah tak nampak gambaran besar dah.
Rabu, 15 Juni 2011
KENAPA AMBIGA KENA JADI KEPALA YANG LAIN JILAT KAKI- TEMURAMAH DENGAN YB ZULKIFLI NORDIN
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar