SIAPAKAH MAMAT INI???? MAMAT NI SUATU KETIKA DULU PERNAH MENGELUARKAN SUATU KENYATAAN KONTROVERSI KONONNYA ORANG INDIA KURANG KERJA KERAJAAN SEBAB SURAT PERMOHONAN DIKOYAK SEBELUM DIBACA OLEH PENEMUDUGA.....KATA NAK BUKTIKAN TAPI SAMPAI SEKARANG HARAM.....SAMPAI MAMAT NI MAMPUS PUN BELUM TENTU........
SEKRANG DI NAK JADI HERO FILEM TAMIL PULAK....TAPI LAKONANNYA DI KRITIK HEBAT....
PULAU PINANG 15 Jun - Pada pilihan raya umum lalu, penduduk di Ladang Batu Kawan, Seberang Perai Selatan mengundi pembangkang selepas dijanjikan kebajikan serta nasib mereka akan dibela.
Namun, setelah tiga tahun kerajaan DAP Pulau Pinang mentadbir, semua janji manis itu hanya tinggal janji.
Merasakan diri mereka diperdaya demi kepentingan politik peribadi, kira-kira 100 penduduk ladang itu berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini.
Kumpulan itu pada Mei lalu pernah melancarkan mogok lapar berhampiran Stadium Batu Kawan kerana isu sama.
Mereka berkumpul kira-kira 30 minit sambil membawa bendera berwarna hitam sebagai tanda tidak puas hati terhadap wakil rakyat DAP.
Kumpulan penduduk itu mendesak untuk berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyerahkan memorandum menuntut perkara-perkara yang pernah dijanjikan oleh Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pengerusi Kuil Sri Mahamuthu Mariamman, A. Nallakumar yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, mereka mahu berjumpa sendiri dengan Guan Eng kerana sudah tidak mempercayai Ramasamy.
"Kami mahu berjumpa sendiri Ketua Menteri selaku pemegang amanah rakyat.
"Kami mahu Ketua Menteri selesaikan masalah kami yang telah berlanjutan begitu lama.
"Ramasamy telah berjanji untuk berbuat demikian dulu, tapi sampai sekarang tidak diendahkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berjumpa Pembantu Pegawai Komunikasi, Pejabat Ketua Menteri, D. Bhaveneswary untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Kumpulan tersebut kemudiannya bersurai selepas diarahkan oleh polis.
Antara isu yang dibangkitkan penduduk adalah cadangan Ramasamy untuk menyerahkan tanah perkuburan berusia lebih 200 tahun seluas enam hektar di ladang itu kepada badan tanah wakaf Hindu bagi tujuan pembangunan.
Turut dibangkitkan adalah janji untuk memberi tanah dan rumah kepada 105 keluarga di Ladang Batu Kawan beserta geran dan membina dewan orang ramai serta padang bola sepak untuk kegunaan penduduk.
Janji lain adalah menyediakan tiga tanah kebun untuk aktiviti penternakan dan pertanian serta 1.2 hektar tanah untuk pembinaan sebuah sekolah di Ladang Batu Kawan.
KPS : LAKONAN HERO FILEM TAMIL INI DIKRITIK HEBAT.....TKM 2 MEMANG X PANDAI BERLAKON
Tidak ada komentar:
Posting Komentar