Selasa, 07 Juni 2011

PAPER SUARA KEADILAN DAN HARAKAH DISANGGAH OLEH PEMIMPIN PAS SENDIRI.

HARAKAH DISANGGAH OLEH OSTAZ AZIZAN:-




Azizan selar Harakah cuba laga dengan Hadi

KUALA LUMPUR 5 Jun – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyelar lidah rasmi parti itu, Harakah, kerana didakwa cuba melagakan beliau dengan Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang.

Azizan bertindak demikian kerana berang dengan laporan Harakah kononnya beliau tidak menghormati Abdul Hadi dalam isu tindakan tatatertib ke atas pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin), di Kedah.

Kontroversi itu mula timbul apabila kenyataan beliau yang juga Menteri Besar Kedah bahawa Abdul Hadi tiada locus standi untuk campur tangan dalam isu Kuin ditafsirkan sebagai biadab oleh Harakah.

“Wartawan Harakah yang tulis itu faham tak apa itu locus standi? Wakil Perlis (perwakilan Perlis yang bangkitkan isu itu) pun faham ke tidak maksud locus standi.

“Locus standi ini maksudnya keupayaan untuk bertindak dalam konteks undang-undang dan dalam kes Kuin ini hanya pengurusan kolej sahaja yang ada locus standi.

“Bukan pihak lain termasuk tuan guru (Abdul Hadi),” katanya semasa diberi slot khas untuk menjelaskan kontroversi tersebut semasa Muktamar Tahunan Pas Ke-57, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azizan turut menyelar perwakilan Pas Perlis kerana bertindak menyerangnya secara terbuka tanpa mendapat maklumat tepat terlebih dahulu tetapi kemudian mahu merayu pula.

Malah, beliau menyamakan perbuatan perwakilan Perlis tersebut sebagai sama dengan perbuatan memukul kepala beruk.

“Lepas dia hentam, dia gosok. Orang kalau nak sekeh (pukul) kepala beruk ini, dia gosok dulu. Gosok sampai beruk itu pejam mata baru dia bagi sekeh, lepas itu dia gosok balik,” katanya.

Sehubungan beliau secara seloroh memberi amaran kepada perwakilan Perlis bahawa kerajaan negeri Kedah akan mengambil semula negeri Indra Kayangan kerana ia hak Kedah.

“Saya cadang nak ambil balik Perlis, saya nak ambil dengan Pesuruhjaya Pas negeri sekali. Hang (kamu) mai (mari) dok (tinggal) Kedah balik, pasal Perlis ini hak Kedah,” jelasnya.

HARUN DIN 'MENYEKEH' PAPER SUARA KEADILAN( SUARA PUAKA)




Haron Din tampil pertahan Utusan

KUALA LUMPUR 5 Jun – Ketika Utusan Malaysia diserang kiri dan kanan sepanjang muktamar Pas, muncul Datuk Dr. Haron Din menentang arus apabila beliau mempertahankan akhbar itu yang difitnah akhbar Suara Keadilan.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu berkata, Suara Keadilan sengaja memutar-belit kenyataannya bagi memburuk-burukkan Utusan Malaysia dengan menuduh kononnya, beliau mengeluarkan fatwa haram membaca akhbar berbahasa Melayu paling berpengaruh itu.

“Akhbar ini (Suara Keadilan) telah menyiarkan berita muka hadapan ‘Membaca Utusan Malaysia haram: Haron Din’. Bila keluar begitu, memanglah pihak Utusan tidak senang dan apabila mereka menghubungi, saya kata tidak.

“Tidak mungkin semudah itu bagi saya untuk mengeluarkan fatwa bahawa membaca Utusan haram. Akhirnya Utusan tanya adakah saya bercadang nak saman (Suara Keadilan) dan saya kata sedang dalam fikiran.

“Kemudian bertalu-talu telefon daripada Suara Keadilan, mereka minta maaf kerana silap lapor dan kemudiannya betulkan balik bahawa saya tidak pernah berkata demikian,” katanya semasa menyampaikan ucapan pengulungan sempena Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini.

Pada 26 April lalu, Suara Keadilan memutar-belit kenyataan Haron dengan melaporkan kononnya hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram dengan alasan ia menyebarkan fitnah.

Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu agar Majlis Syuara Ulama Pas diberi kuasa audit bagi menilai setiap pemimpin parti itu, Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut.

Katanya, inilah kali pertama satu syor yang jelas disuarakan oleh pucuk pimpinan mengenai bagaimana hendak memperkasakan Dewan Ulama kerana sebelum ini para perwakilan hanya memberi pengharapan dan bukan cadangan.

“Sepanjang ini hanya perkataan itulah yang kita dengar, perkasakan Majlis Syura Ulama tetapi jarang kita dengar apakah cadangan daripada ahli, apa lagi yang perlu dibuat Majlis Syura ulama melainkan yang kita baru dengar sekejap ini,” jelasnya.

KPS : HARAMKAN SAJA PAPER PEMBANGKANG

Tidak ada komentar:

Posting Komentar