Jumat, 17 Juni 2011

LUBUK FITNAH SUARA KEADILAN





PUTRAJAYA 15 Jun –Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah di sini hari ini kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.

Prof. Madya Dr. Samsul Adabi Mamat berkata, beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi dan laporan muka depan bertajuk UMNO Putih Mata.

Dr. Samsul Adabi menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya menyatukan suara-suara sumbang yang menyokong kerjasama antara Pas dan UMNO.

“Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan selepas Muktamar Pas baru-baru ini, beliau meminta saya mengulas mengenai kekalahan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pemimpin lain yang mencerminkan parti itu dikuasai oleh PKR.

“Jadi, saya memberi kenyataan bahawa disebabkan kekalahan Nasharuddin maka isu kerajaan perpaduan Pas dan UMNO seolah-olah tiada harapan kerana beliau antara pemimpin yang memberikan reaksi positif.

“Malangnya wartawan terbabit dalam tulisannya menggambarkan seolah-olah saya mengatakan UMNO berputih mata tentang kerajaan perpaduan dan itu bukan maksud saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini hari ini.

Laporan muka depan Suara Keadilan pada 7 Jun lalu memetik Dr. Samsul Adabi sebagai berkata, UMNO akan berputih mata apabila kerajaan perpaduan akan berkubur ekoran kemenangan besar kumpulan bukan ulama pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti tersebut baru-baru ini.

Katanya, akhbar tersebut turut memutar belit kenyataannya mengenai peluang tipis UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana suasana ekonomi sekarang tidak memihak kepada kerajaan.

“Wartawan itu memanipulasikan kenyataan saya, sebenarnya saya mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) walaupun tanpa Pas tetap boleh menang selesa berdasarkan beberapa penyelidikan yang dilakukan oleh pasukan saya,” katanya.

KPS; YANG FITNAH ITU PKR DAN PKR ITU LUBUK FITNAH

Tidak ada komentar:

Posting Komentar