Jumat, 10 Juni 2011

KHUTBAH POLITIK DI SELANGOR PADA 10/06/2011 DIDEDAHKAN OLEH BLOGER PRO-BN

KHUTBAH JUMAAT BERMOTIF POLITIK DI SELANGOR PADA 10/06/2011.


Antara isi khutbah yang berkaitan ialah :



" Termasuk dalam kategori ini, mereka yang mendedahkan maklumat secara
terbuka, dalam pelbagai bentuk dengan maksud menuduh melakukan zina juga
telah melakukan jenayah Qazaf. Malah mereka yang mempercayai fitnah
tersebut dan menyebarkannya sudah pasti mendapat dosa dan boleh dikenakan
hukuman kerana gagal membuktikannya mengikut ketetapan syarak "


" Fitnah boleh menjatuhkan maruah si tertuduh apabila disiar oleh media
massa, media cetak mahupun media elektronik termasuk telefon bimbit. Lebih
memburukkan keadaan, apabila si pemfitnah enggan menerima kebenaran dan
tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam serta hasad
dengki yang terhadap orang yang dituduh. Orang yang memfitnah sama ada
sedar atau tidak telah melaksanakan sumpahan iblis dan syaitan yang memang
ingin merosakkan iman dan aqidah umat Islam sehingga hari kiamat."


" Adakalanya fitnah itu diulas, diperbesar dengan memetik kenyataan oleh
pihak-pihak tertentu ke arah menggambarkan bahawa si tertuduh memang
bersalah. Inilah budaya buruk sangka dan hasad dengki oleh mereka yang tidak
berakhlak dengan akhlak Islam. Setiap individu yang bersama melakukan
perbuatan terkutuk ini, atau mempercayai atau sama-sama menyebarkan akan
menerima pembalasan dari Allah S.W.T "


" Bagi tujuan mendidik dan mengawal umat Islam daripada melakukan
jenayah qazaf, yang mempunyai kaitan langsung dengan nilai, maruah dan
keharmonian masyarakat, maka hendaklah diperjelas peraturan, larangan dan
kesan jenayah qazaf, serta hukuman yang boleh dikenakan menurut peraturan
syarak. Martabatkanlah undang-undang Islam yang memberikan pengiktirafan
dan hak kepada Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes jenayah syariah
yang melibatkan orang Islam. Dengan ini kita boleh melaksanakan sistem
perundangan yang adil, diredhai dan patuh kepada hukum syarak. "




KLICK
http://e-masjid.jais.gov.my/index.php/ekhutbah/rumi
KPS : TERIMA KASIH PANGLIMA PERANG SIBER KERANA BERJAYA MEMBONGKAR PERKARA INI.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar