Rabu, 10 Oktober 2012

ULAMA TERSOHOR LUPA DOAKAN POK NIK DAN ANWAR

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin. Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. ''Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin. ''Beliau juga menghargai sumbangan berjumlah AS$5 juta oleh Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bagi membiayai pembinaan sebuah kolej kesihatan di Al-Quds,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Nasharudin, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia. ''Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,'' katanya.- UTUSAN MALAYSIA

SYIAH SEMAKIN BERBAHAYA DI MALAYSIA

SEMAKIN BESAQ KEPALA SYIAH DI MALAYSIA......SEMAKIN DEPA BERANI NAK UGUT DAN SAMAN....SEMAKIN BERANI UNTUK MEMBERONTAK.....TAPI KPS BERIKRAR AKAN SEMAKIN BERANI UNTUK BERHUJAH MENENTANG MEREKA INI......ISLAM AGAMAKU, SUNNI PEGANGANKU, MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU, MELAYU BANGSAKU, UMNO WARDAH PERJUANGANKU

Selasa, 09 Oktober 2012

AMARAN.....SYIAH SUDAH 'MENDARAT' DI PERLIS

KALAU DI KEDAH, MELAKA, SELANGOR DAN KINI PERLIS PULA TERDAPAT FAHAMAN SYIAH,,,,,SAPA YANG SECARA TERANG-TERANG MENGAKU DIA SYIAH DI PERLIS.......ORANG POLITIK RUPANYA......DARI PARTI MANA PULAK DAH??????? PENGARAH PENGERUSI PKR PERLIS.....MOHAMMAD FAISOL......
KPS TEGASKAN DI SINI....NAWAITU KPS DI SINI IALAH MEMBERI AMARAN KEPADA PKR BERHATI-HATI DENGAN FAHAMAN SYIAH DALAM PARTI BERKENAAN,,,,JANGAN JADI SEPERTI PAS YANG SEMAKIN MEMBARAH SYIAH

SUARA ANAK HARAM JADAH(SUARAM) KANTOI SUDAH

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan. “Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam. Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua “hakim siasatan” bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini. Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia. Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media. Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta “hakim siasatan” untuk menyiasat. “Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata ‘ya’ atau ‘tidak’. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia. “Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” kata Charpenel. Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media. Seperti yang dikatakannya, “Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media. Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semulajadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia. “Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi. Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya. “Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai.” Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah. “Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain,” kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan. Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.
-BERNAMA
DULU KATA TAK BOLEH SELAM....BILA DAH KANTOI DEPA MAIN ISU ADA RASUAH PULAK DALAM ISU NI....RAMAI PENCACAI MAIN ISU NI WALAU SEPATAH HARAM PUN TAK TAU BUANG SEDUIT....KPS BERSETUJU DENGAN PENDAPAT BBLOGER PECAHPALAKMIKIR.....
Sebelum ini Pecah Palak Mikir ada mendedahkan percanggahan fakta yang menyebabkan skandal ciptaan Pakatan haram nampak sangat tahap auta maha dewa! Jika benar kenapa Najib Razak dituduh makan suap USD 1 bilion! Manakala harga kapal selam RM 3.6 Bilion! Cuba hintung balik RM3.6 bilion hampir bersamaan USD 1.4Bilion Jadi kalau Najib Razak sudah makan USD 1Bilion bermakna TLDM macam dapat kapal selam free. Abis apa untungnya syarikat kapal selam tu. Ada salah tulis ke atau sememangnya puak-puak ni memang bangang! Dan banyak lagi percanggahan fakta boleh rujuk disini Sekarang lagi terbaru bukti auta dari Suaram dan Pakatan Rakyat Tiada perbicaraan di Perancis berhubung Scorpene, kata pendakwa terkemuka Perancis
PR HANYA NAK DEDAHKAN ASET NEGARA KEPADA NEGARA LUAQ UNTUK DISERANG NANTI....JANGAN HARAP WAHAI HARAM-JADAH HARAM JADAH PR SEKALIAN......

PAS HANYA PENJILAT DAP...SHAHNON AHMAD BERSEDIH

APAKAH SHAHNON AHMAD DIBAYAQ OLEH UMNO.....JAWAB PENCACAI-JAWAB......
GEORGE TOWN – Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad. Beliau berkata apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam. Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam. “Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS,” katanya kepada Bernama pada Isnin. Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP. DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan PAS. Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama PAS dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan. Terdahulu itu, beliau menghadiri perasmian pameran ‘Shahnon Ahmad dalam Media, Persidangan Kebangsaan Shahnon Ahmad dalam Sastera, Budaya, Media’ dan pelancaran buku serta prototaip e-novel “Mahabbah” di Universiti Sains Malaysia di sini. Menyentuh e-novel ‘Mahabbah’, Shahnon berkata ia mengenai perjuangan seorang tua yang sudah tidak mempunyai kuasa tetapi ada hati yang kuat untuk menyatu padukan orang Melayu menerusi doanya kepada Allah. Katanya e-novel itu turut melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tetapi bersatu walaupun masing-masing berpegang kepada cara tersendiri untuk hidup damai dan harmoni. -BERNAMA

HARON DIN 'RHEBIAH'(JENTIK) TELOQ PAK NUAR...SYAITAN BISU DALAM PAS PENING KEPALA

Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara. Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar. Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia. Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), “sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia” hari ini. Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia. "Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara,” tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain. Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR. Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS. "Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. "Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan. “Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas beliau. Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR. “Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," kata Haron. Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna. "Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya. "Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia. Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap,” kata beliau. "Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad," tambahnya. Anwar melancarkan buku Akbar yabg juga Pengarah Editorial majalah mingguan India Today berjudul 'Tinderbox: The Past and Future of Pakistan'. Majlis pelancaran itu berlangsung di Royal Lake Club Kuala Lumpur.
-SUMBER: ANTARAPOS

Senin, 08 Oktober 2012

ABBY HINA NABI.....INSAF LA

WOI ABBY.....HANG TENGOK HADIS DI BAWAH.....
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.., Aisyah r.a pernah menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesiapa pun, tidak juga kepada isteri dan pembantu Baginda, kecuali dalam berperang di jalan Allah. Dan dia tidak pernah membalas sedikitpun kepada seseorang yang menyakiti hatinya, kecuali dalam hal larangan Allah.”