Rabu, 10 Oktober 2012

ULAMA TERSOHOR LUPA DOAKAN POK NIK DAN ANWAR

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin. Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. ''Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin. ''Beliau juga menghargai sumbangan berjumlah AS$5 juta oleh Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bagi membiayai pembinaan sebuah kolej kesihatan di Al-Quds,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Nasharudin, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia. ''Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,'' katanya.- UTUSAN MALAYSIA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar