Minggu, 14 Oktober 2012

PENYOKONG TEGAR PR KELUAR PARTI DI PAHANG

‎80 PENYOKONG DAN ANGGOTA PARTI PEMBANGKANG SERTAI UMNO
BERA, 13 Okt — Seramai 80 penyokong tegar dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP cawangan Felda Bukit Mendi dan Pucong menyertai UMNO selepas kecewa dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang cuma mementingkan diri. Mereka mengisi borang menyertai Umno dan menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis ‘Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat’ di Felda Bukit Mendi, Bera, semalam. Ia turut disaksikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bera Mohd Fadzil Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan dan ADUN Guai, Norol Azali Sulaiman. Wakil kumpulan tersebut Ismail Yusoff berkata, walaupun ada di antara mereka merupakan penyokong tegar dan anggota parti pembangkang sejak lebih 20 tahun lalu namun tiada apa yang dilakukan pembangkang bagi membela mereka. “Contohnya saya sendiri sebagai penyokong tegar DAP, tetapi tiada apa yang dilakukan parti tersebut untuk membela nasib orang Melayu. “Setelah memikir dan melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh membela dan membantu rakyat membuatkan hati saya terpanggil Untuk menyertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut. Beliau dan rakan-rakan yang kini menyertai Umno berikrar akan memberikan sokongan kepada pimpinan dan akan memastikan UMNO dan BN menang pada pilihan raya umum ke 13 nanti. Katanya, pemimpin pembangkang bukan sahaja tidak sekata, malah lebih mementingkan diri daripada membela nasib rakyat. Dalam pada itu, Ismail menyeru mereka yang masih menyokong pembangkang terutamanya parti DAP kembali ke landasan asal dan menyokong UMNO dan BN. “Hanya BN yang berjaya dan terbukti membela rakyat di mana segala kenikmatan dan kemewahan yang dirasai terutamanya bagi peneroka Felda ini adalah hasil daripada perjuangan UMNO dan kerajaan BN,” katanya.

2 komentar:

  1. Hebat!! mereka yang keluar PR membuktikan mereka masih dapat gunakan akal mereka dengan baik. Tahniah.

    Pak Mus

    BalasHapus
  2. tinggalkan PAS kerana kecewa tidak menjadi kesalahan setakat ni belum ada yg berani keluarkan fatwa hukumnya murtad.

    wong pencen


    BalasHapus