Selasa, 09 Oktober 2012

HARON DIN 'RHEBIAH'(JENTIK) TELOQ PAK NUAR...SYAITAN BISU DALAM PAS PENING KEPALA

Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara. Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar. Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia. Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), “sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia” hari ini. Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia. "Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara,” tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain. Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR. Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS. "Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. "Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan. “Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas beliau. Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR. “Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," kata Haron. Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna. "Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya. "Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia. Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap,” kata beliau. "Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad," tambahnya. Anwar melancarkan buku Akbar yabg juga Pengarah Editorial majalah mingguan India Today berjudul 'Tinderbox: The Past and Future of Pakistan'. Majlis pelancaran itu berlangsung di Royal Lake Club Kuala Lumpur.
-SUMBER: ANTARAPOS

Tidak ada komentar:

Posting Komentar