Minggu, 28 Oktober 2012

BAH TONY KELUAR DAP,,,,,PERAK SEMAKIN PASTI MILIK BN

KUALA LUMPUR: Tindakan aktivis Orang Asli, Bah Tony meletak jawatan dan keluar daripada parti DAP tidak menjejaskan persiapan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan perlibatan peguam berusia 58 tahun itu dalam parti sebagai minima. Nizar juga menjelaskan beliau hanya mengenali Bah Tony di dalam program-program kemasyarakatan Orang Asli dan bukannya di dalam program anjuran DAP atau PR. "Kalau tengok peranan dia dengan PR, saya rasa buat masa ini agak minima. Sepanjang saya kenal dia melalui DAP adalah hanya melalui program-program kemasyarakatan Orang Asli yang dia hadir. "Penglibatannya dalam program DAP atau PR tak nampak juga, jadi (Pakatan) tak terjejas. Tetapi di kalangan Orang Asli saya tak tahu lah, kena tanya Orang Asli lah," katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui di lobi Parlimen disini semalam. Dalam perkembangan yang berkaitan, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan pengumuman serta perletakan jawatan Bah Tony, yang nama sebenarnya Amani William-Hunt Abdullah, merupakan satu tamparan hebat kepada DAP Perak. "DAP cuba hendak memperdayakan beliau, konon hendak bagi dia jadi menteri besar. "Sebenarnya, Orang Asli daripada dulu lagi menyokong kita (Barisan Nasional) tetapi DAP cuba nak pancing dengan menggunakan Bah Tony. Sekarang, Bah Tony sudah keluar parti. Kalau beliau sudah keluar, apa lagi, ikan tak makan pancing, umpan sudah lari," ujarnya secara sinis. DAP Perak sebelum ini dikatakan berjaya meyakini Bah Tony bahawa DAP adalah landasan yang terbaik baginya untuk menyuarakan isu-isu Orang Asli, malah penyertaan Bah Tony ke dalam parti telah mendapat liputan meluas akhbar-akhbar arus perdana. Walaubagaimanapun, Bah Tony hanya mampu bertahan selama 16 bulan dalam DAP. Minggu lepas, Bah Tony telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan terus keluar parti. Tindakan beliau meninggalkan DAP masih menjadi spekulasi dan menunjukkan petanda terdapat kelemahan dan krisis di dalam DAP Perak. Semalam, akhbar The Malay Mail melaporkan perletakan jawatan Bah Tony kononnya berpunca daripada konflik beliau dengan Ngeh tentang beberapa isu berkaitan Orang Asli, dan juga kegagalan Pakatan untuk memutuskan pencalonan Bah Tony di kerusi Chenderiang. Bah Tony dilihat sebagai calon terbaik DUN Chenderiang untuk mencabar calon MCA Datuk Dr Mah Hang Soon, di mana kerusi tersebut mempunyai majoriti pengundi Orang Asli yang terbesar di Perak. - mD

2 komentar:

  1. Salam bro. Mohon pautkan blog saya. Saya telah pautkan blog bro. Tq
    http://budakbenteng.blogspot.com/

    BalasHapus
  2. O.K, TERIMA KASIH TUAN, SAYA LINKKAN BLOG TUAN DI BLOG SAYA

    BalasHapus