Senin, 22 Oktober 2012

MB BALAK DAN MB KOLA KEDAH SEMAKIN BERANTAKKAN

Pemuda Pas Kuala Kedah mahu siasatan lanjut dijalankan terhadap penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan perumahan awam kos rendah di negeri ini sepertimana dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Sehubungan itu, Ketuanya Mohd Azizi Abdullah hari ini membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini. "Salinan laporan itu telah dihantar kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Ahmad I'zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk tindakan lanjut. "Kita tidak mahu sebarang penyelewengan berlaku di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat tidak diambil tindakan. Jika penyelewengan itu berlaku tindakan undang-undang patut diambil dan jika tidak, satu mekanisme untuk membetulkannya perlu dikenal pasti," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mendedahkan kerajaan PAS Kedah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah sepanjang 2010 hingga 2011. Khamis lalu, Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim mendakwa unsur rasuah berlaku kerana kerajaan negeri mengeluarkan sumber kewangan yang banyak walaupun beberapa projek tidak siap dan wujud penipuan dalam tuntutan pembayaran di tujuh buah kawasan perumahan terbabit. - BERNAMA
MENTERI BESAQ KOLA KEDAH PUN DAH DOK GELAK SAKAN....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar