Senin, 25 Juli 2011

"ITU CUMA BESI"



KAT ATAS TU CUMA SELINGAN, TAPI BOLEH TAHAN JUGAK LAGU TU,,,,

Tonton, nilai video Bersih diambil polis

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

RAKAMAN video menunjukkan Tian Chua melakukan aksi provokasi terhadap pihak polis dalam perhimpunan haram Bersih di KL Sentral, 9 Julai lalu.

KUALA LUMPUR 24 Julai – Orang ramai diminta menonton rakaman video yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai lalu bagi menilai sendiri kebenaran yang berlaku pada hari tersebut.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rakaman video itu akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada PDRM oleh pihak penganjur perhimpunan haram tersebut.

Katanya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mula menyiarkan rakaman video berkenaan malam semalam dan akan terus menyiarkannya supaya masyarakat umum mengetahui perkara sebenar.

“Orang ramai perlu menonton rakaman video itu. Ia akan menjawab segala persoalan yang timbul sebelum ini termasuklah siapa yang membuat kekasaran terlebih dahulu, polis atau peserta perhimpunan.

“Bagi kami yang telah menontonnya, kami mempunyai pandangan bahawa bukan polis yang memulakan kekasaran tetapi pihak penganjur yang cuba mengaburi pandangan umum dengan video-video yang ditokok tambah dan kami mahu rakyat pula menontonnya serta mengetahui apakah pula pandangan mereka.

“Kami yakin penyiaran rakaman video ini di stesen-stesen televisyen akan mendedahkan pembohongan pihak penganjur dan memaksa mereka mengakui kebenarannya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perlawanan badminton antara pasukan pilihannya dan juga pasukan pilihan RTM di sini hari ini.

Pada 21 Julai lalu, polis mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih selama 1 jam 30 minit kepada media dan beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula memberitahu bahawa PDRM telah menyerahkan rakaman video perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu kepada RTM dan juga TV3 tetapi tidak pasti bilakah kedua-dua stesen tersebut akan menyiarkannya.

Menurut Rais, pihaknya tidak keberatan untuk mengedarkan rakaman video berkenaan kepada stesen televisyen lain sekiranya dibenarkan oleh PDRM.

Beliau memberitahu, pihaknya sedar penyebaran video berkenaan akan membantu mencari kebenaran serta kesahihan dakwaan pihak penganjur sebelum ini bahawa mereka dikasari.

“Sekiranya PDRM bersetuju dan meminta kami berbuat demikian, maka kami akan melakukannya. Kami tidak keberatan untuk mengedarkannya kerana yakin inilah kenyataan yang harus disampaikan kepada umum,” jelasnya.


KPS: SIA-SIA PIHAK POLIS TUNJUK VIDEO TU,,,,,DEPA KATA TU CUMA "BESI"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar