Sabtu, 09 Juli 2011

DAH ADA TANDA TUHAN NAK PANGGIL TAPI AUTA LAGI.....ITULAH KALAU NAK MENJILAT SANGAT AMBIGA


HAI......AUTA LAGI KA SASTERAWAN ????????

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Pemimpin Bersih 2.0, dengan diwakili Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said hari ini berkata, perhimpunan mereka “satu kejayaan besar” dengan 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu kerana satu matlamat sebelum ini,” kata beliau pada sidang media petang ini.

“Pihak berkuasa nampaknya kasar sangat dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh,” kata beliau lagi.

Kata beliau, penyokong perhimpunan Bersih 2.0 adalah pelbagai kaum kali ini berbanding kempen pertama mereka empat tahun lalu.

Seniman berusia 76 tahun ini menyertai perhimpunan ini, yang menuntut pembaharuan pilihan raya bersih dan adil, dengan mengenakan kemeja-T berwarna kuning yang menjadi lambang Bersih 2.0.

Bercakap kepada pemberita di Hotel Midah di sini kira-kira 5 petang tadi, Samad berkata, Bersih 2.0 akan cuba menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong kemudian hari.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila.

Katanya, Bersih 2.0 tidak akan mengadakan satu lagi perhimpunan untuk menyerahkan memorandum.

Kepimpinan Bersih 2.0 mengecam polis dengan mendakwa pihak polis bertindak kasar ke atas pertubuhan madani, malah menahan ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah.

Ambiga merupakan salah seorang daripada lebih 1,000 ditahan hari ini.

Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Richard Yeoh meminta penyokong-penyokong Bersih 2.0 agar mengenakan pakaian kuning setiap Sabtu bagi menandakan pendirian mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Yeoh berkata perjuangan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya belum berakhir lagi.

“Perjuangan bagi pilihan raya yang adil dan bersih akan berterusan. Bersih 2.0 bangga kerana meskipun berhadapan dengan segala (bentuk) halangan dan sekatan, kami, rakyat semua lapisan masyarakat, dipaksa berhadapan dengan tindakan menindas polis, untuk datang secara aman dan dalam jumlah yang di luar dugaan untuk menunjukkan semangat cinta kepada negara dan prinsip demi keadilan,” kata Dr Subramaniam Pillay, seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0.

PUNYA LA MENIPU SI SAMAD SAID NI....

NI YANG RASMI DARI POLIS




KUALA LUMPUR, 9 Julai – Sementara Bersih 2.0 mengisytiharkan telah berjaya menarik kehadiran 50,000 peserta di sebalik halangan dan sekatan di seluruh negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, hanya sekitar 6,000 orang hadir di pusat ibu negara.

Ketika bercakap pada sidang media di Bukit Aman kira-kira 6 petang tadi, Ismail berkata, anggotanya telah bertindak secara profesional dalam mengawal pergerakan peserta perhimpunan hari ini.

“Jika ada dakwaan penganiayaan, buat laporan polis,” katanya.

Kata beliau, penunjuk perasaan hanya dapat berhimpun di kawasan Puduraya, Dataran Maybank dan di luar Stadium Merdeka – lokasi yang menjadi sasaran Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya adil dan bebas.

Ismail berkata setakat 6.40 petang tadi, seramai 1,401 orang ditahan termasuk 115 wanita, 12 budak lelaki dan seorang budak perempuan.

“Kesemua yang ditahan dilayan dengan baik... kami beri makanan,” kata Ismail.

Ketika ditanya Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa turut cedera dalam tindakan polis, Ismail berkata, “Anwar Ibrahim tidak berada di Puduraya... dia tidak ditahan.”

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, mereka yang mengadakan perhimpunan sudah bersurai mulai 5 petang, namun polis masih berada di lokasi tertentu bagi memastikan keadaan kembali tenteram seperti sedia kala.

Menjelang 6 petang, beberapa kawasan yang sebelum ini sesak kerana menjadi tumpuan demonstrasi jalanan, menjadi lengang manakala lalu lintas kembali pulih apabila peserta demonstrasi meninggalkan lokasi tersebut.

Tinjauan mendapati polis masih meneruskan sekatan jalan raya di jalan utama menuju pusat bandar raya.

Ismail memberitahu keadaan sekitar bandaraya terkawal mulai 5 petang.

Bagaimanapun, beliau berkata polis akan memantau keadaan.

Di Stadium Merdeka, beberapa trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat meninggalkan lokasi, manakala peserta perhimpunan sudahpun bergerak dari kawasan tersebut kira-kira 5 petang.

Premis perniagaan di sekitar Bintang Walk, Bukit Bintang kembali beroperasi sejak 3.30 petang manakala pelancong asing dilihat berada di kawasan yang menjadi tumpuan.


KPS : DAH TUA DAH....KUBUR PUN PANGGIL DAH, JANGGUT PON DAH PUTIH ATAS BAWAH....DOK AUTA LAGI KA?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar