Jumat, 17 Juni 2011

PERTARUNGAN 3 PENJURU TETAPI DAPig DIUMUM JUARA


vs


vs


YANG TEWAS ISLAH POK NIK, AZIZAN 'CENGE' DAN MAT SABUN
DAN PEMENANGNYA IALAH.......





GAMBAR - GAMBAR SANG JUARA ......




Pas Kedah perlu beri penjelasan

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 16 Jun – Kerajaan Pas Kedah diminta memberi penjelasan berhubung kebimbangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tentang kemungkinan berlaku penyelewengan membabitkan sumber balak di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (gambar) berkata, penjelasan itu perlu memandangkan perkara berkenaan dibangkitkan sendiri oleh Mohamad selaku orang nombor dua Pas dan bukannya oleh orang luar.

Tegasnya, rakyat negeri ini mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar mengenai isu balak yang selalu dibanggakan oleh kerajaan negeri dengan mendakwa hasilnya meningkat berlipat kali ganda setiap tahun.

“Kenyataan mengenai isu balak itu bukan dibuat oleh UMNO tetapi oleh pemimpin tertinggi Pas sendiri. Sebab itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu menjawab perkara ini bagi membolehkan rakyat membuat penilaian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan cek bernilai RM27,800 bagi bayaran pembinaan tambahan Dewan UMNO Cawangan Taman Wira, Blok C, Mergong di sini hari ini.

Mohamad dalam satu wawancara yang disiarkan menerusi sebuah laman portal berita propembangkang baru-baru ini dipetik sebagai berkata, Pas perlu mencontohi pengurusan yang diamalkan Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri memandangkan perubahan yang berlaku di Kedah dan Kelantan belum mencukupi, selain ada golongan dalam Pas masih berfikiran seperti pemimpin UMNO.

Timbalan Presiden Pas yang baru itu turut menggesa wakil rakyat Pas mengubah sikap kerana beliau bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti tersebut sambil merujuk dakwaan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.

Ekoran teguran berkenaan, Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor tampil mengeluarkan kenyataan dengan berkata, adalah lebih wajar jika Mohamad mendapatkan maklumat dan gambaran jelas daripada kepimpinan Pas Kedah mahupun Kelantan sebelum membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Mengenai dakwaan wujudnya penyelewengan sumber balak, Mohammad Sanusi dilaporkan berkata, tidak ada kalangan pemimpin Pas Kedah yang pernah memohon kawasan balak untuk diusahakan walaupun peluang untuk berbuat demikian terbuka luas.

Menurut Ahmad Bashah, sebagai ketua pemimpin kerajaan negeri dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan perlu menjawabnya sendiri dan bukan menyerahkannya kepada orang lain untuk mengeluarkan kenyataan.

KPS : TAU LAMA DAH KEPUTUSAN NI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar