Kamis, 16 Juni 2011

MOHON KITA BERLAPANG DADA.....JANGAN JADI SEPERTI PR YANG BODOH DAN ANGKUH


KPS AMAT BERSETUJU SARANAN BLOGER "THE FLYING KICK"

SARANAN DARI BLOGER "THE FLYING KICK"

Ada kecenderungan golongan yang pro-UMNO untuk mengikuti dan menuruti perangai sebahagian besar penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang akan berkurang ajar dengan Mufti-Mufti yang tidak sealiran fikiran atau enggan bercakap yang menyebelahi mereka.

Jumaat lepas, ramai yang merungut di Selangor kerana khutbah yang kedengarannya sangat cenderung untuk menyokong Anwar Ibrahim terutama dalam bab Qazf dan Fitnah Zina. Malah di beberapa masjid pula, khatibnya begitu jelas membaca teks yang entah siapa yang membuat penambahan dengan menjatuhkan hukuman serta tuduhan kepada pihak yang tidak dipersetujuinya.

Apabila Mufti Selangor, SS Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menyatakan bahawa khutbah Jumaat di seluruh Selangor itu sebenarnya tidak mempunyai kepentingan politik atau kecenderungan untuk menyokong Anwar Ibrahim, sewajarnya kenyataannya itu tidak dipertikaikan.

Perlu diingat, antara golongan terawal yang akan disoal jawab nanti adalah golongan faham agama. Tanggungjawab yang mereka tanggung amat berat.

Secara tidak langsung, kita perlu bersangka baik dengan golongan seperti SS Datuk Mohd Tamyes. Dia mengambil jalan tengah. Jalan yang lebih memberi manfaat dan jalan yang lebih mendamaikan berbanding jalan yang menghuru-harakan ummat.

Maka, sewajarnya tiada kata cela dilemparkan kepada Mufti Selangor kerana salah satu tugas orang faham agama adalah mendamaikan ummat terutama di kalangan umat yang masih jahil dengan pengetahuan agama Islam. Itu juga merupakan salah satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah Taala.

Dalam diri seorang muslim, ada dua perkara yang memisahkan mereka dengan kaum kafir iaitu hablumminannas dan hablumminallah. Selain amalan dan tanggungjawab diri, golongan yang diberikan tanggungjawab oleh Allah Taala menerusi tugas-tugas atau jawatan-jawatan penting untuk melestarikan ummat, perlu berhadapan dengan pelbagai soalan, tiga kali ganda besarnya berbanding kaum mubtadi atau golongan awam.

Walaupun khutbah tersebut sebagaimana yang disangka baik oleh Tok Mufti Selangor bahawa ia adalah pengajaran kepada umat Islam tentang bahaya fitnah serta qazf pada ketika cerita tentang Anwar Ibrahim sedang hangat, boleh dilihat dari mata kasar bahawa ia memang mempunyai kaitan, tetapi ingatan-ingatan yang diberikan menerusi khutbah Jumaat, sewajarnya direnung dari sudut positif.

Mungkin ingatan tersebut tidak akan disenangi, memandangkan ramai yang jahil, sama ada yang mendakwa, mahupun yang membela, telah melakukan fitnah sama ada mereka sedar atau sebaliknya!

Justeru, pandangilah nasihat SS Mufti Selangor sebagai ingatan untuk kebaikan kita sendiri!

KPS: YANG BAIK DIJADIKAN TAULADAN YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN.....BERLAPANG HATILAH KITA DALAM BEBERAPA PERKARA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar