Sabtu, 28 September 2013

JANGAN 'HINGAQ' DULU....DIA LEBIH KAWAN DARI LAWAN KEPADA KITA

KPS SECARA PERIBADI TIDAK GEMAR PIHAK YANG SUDAH BERCAKAP TENTANG PRK DUN SUNGAI LIMAU DAUN YANG WAJIB DIADAKAN DALAM MASA YANG TERDEKAT INI. INI KERANA PIHAK YANG BERKENAAN PERLU MENGHORMATI KELUARGA ARWAH. LAGIPUN PERTANDINGAN DI DUN INI LEBIH MEMPERLIHATKAN SATU PERTALIAN KELUARGA. KERANA ARWAH WALAUPUN PAS ADA JUGA KELUARGANYA YANG MENERAJUI UMNO TERMASUK CALON UMNO PADA PRU-13 LALU ADALAH SEPUPU ARWAH. JANGAN KITA JADI ANWAR IBRAHIM SEPERTI DI KUALA BESUT. KERJA MEMANG KENA BUAT, TAPI SENSITIVITI DAN KESEDIHAN KELUARA ARWAH WAJIB KITA PELIHARA. BUKAKAN KA DULU ARWAH 'TOK JAN'LEBIH BERSIFAT KAWAN DARI LAWAN KEPADA BN . MALAH ADA DUA TIGA PERKARA YANG ARWAH BELA UMNO/BN DAN BERHADAPAN DENGAN KUMPULAN DIA SENDIRI. CUBA BAYANGKAN WAKTU ARWAH PAKAI BAJU ADA TULIS SESUATU YANG MENYOKONG AKTIVITI KESATUAN BELIA DI MALAYSIA. ARWAH DIMAKI HAMUM OLEH KELOMPOK SENDIRI WALAUPUN NIK AZIZ PAKAI BAJU 1MALAYSIA DEPA BUAT DON'T KNOW SAJA. MASA PR DOK BOIKOT UTUSAN MALAYSIA AZIZAN SENDIRI YANG SOKONG DAN TAK HARAMKAN UTUSAN MALAYSIA DI KEDAH.
LEBIH BAIK UMNO KEDAH FOKUS KEPADA FITNAH MAHA DAJJAL YANG DILEMPARKAN OLEH PENCACAI PR KEPADA MB MUKRIZ. PERKARA INI SERIUS.

Selasa, 24 September 2013

RAMAI ORANG BERCERITA TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK. TETAPI MACAM BIASA, HANYA CERCAAN DIBERIKAN BUKANNYA SOLUSI. DALAM DEWAN RAKYAT PUN TIDAK ADA YANG BANGUN DAN MENYAMPAIKAN SOLUSI BERKAITAN PERKARA INI. TETAPI KPS TELAH MENEMUI SATU SOLUSI BERKAITAN PERMASALAHAN INI. BAGAIMANA UNTUK MENJIMATKAN WANG BAGI MENGGUNAKAN UNTUK PETROL. KEDENGARAN SEPERTI MUSTAHIL TETAPI KITA BOLEH MENGUBAHNYA. KPS TERINGAT PAS YANG BEBERAPA KERAT PEMILIK MOTO PAS YANG MENOLAK MOTO MASING=MASING SEBAGAI MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK. MEMANG TAK CERDIK BETOI DEPA NI. KAT KULIM PUN PAS DENGAN PKR MELALAK ATAU JALAN DENGAN MANILA KAD TULIS PROPAGANDA INI, TETAPI YANG HEBATNYA DAP HANYA DUDUK DI TEMPAT TEDUH MENYAKSIKAN BELAAN PAKATAN RAKYAT MENGILAI DAN HISTERIA DI JALANAN. SENTAP DALAM BETUL.

Minggu, 22 September 2013

HEBAHAN TAWARAN SAMBUNG BELAJAR MRSM, MARA DAN ILJTM 2013/2014

SEBAGAI MENYOKONG PIHAK KERAJAAN DALAM MENJAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT, KPS RASA TERPANGGIL DAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT DI BAWAH. MAKLUMAT BERKAITAN TAWARAN UNTUK SAMBUNG BELAJAR DI MRSM SEMENANJUNG DAN TAWARAN LEPASAN SPM UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN. APA YANG KPS KONGSIKAN INI ADALAH IPT YANG DIMILIKI OLEH KERAJAAN MALAYSIA BERMULA DARI PERINGKAT SIJIL, SIJIL LANJUTAN DAN DIPLOMA. SEMOGA MOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA....
1) KE MASUKKAN KE MRSM TINGKATAN 4 SEMENANJUNG. -DAPATKAN KATA LALUAN PERCUMA DI PEJABAT MARA NEGERI, PEJABAT MARA DAERAH ATAU MAKTAB RENDAH SAINS MARA TERDEKAT MULAI 29/9/2013 HINGGA 18/10/2013 SEBELUM ISI PERMOHONAN SECARA ONLINE.
2)INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA(ILJTM) -MENAWARKAN SIJIL ASAS, SIJIL, SIJIL LANJUTAN DAN DIPLOMA DI 32 BUAH INSTITUSI ILJTM SELURUH NEGARA. BOLEH MEMOHON SECARA PERCUMA DI DALAM TALIAN DI www.jtm.gov.my TARIKH TUTUP PADA 25/10/2013
3)INSTITUT PENDIDIKAN MARA(IPMa) -MERANGKUMI KOLEJ PROFESIONAL MARA(KPM), KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA(KKTM), UNIVERSITI KUALA LUMPUR(UNIKL), KOLEJ POLY-TECH MARA(KPTM) DAN GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE(GMI). BERMULA DARI 4 SEPTEMBER HINGGA 4 OKTOBER DI LAWAN WEB INSTITUT BERKENAAN ATAU BOLEH KE apponline.mara.gov.my/upimonline.

Jumat, 20 September 2013

PESERTA NIGERIA PEMENANG RATU CANTIK MUSLIMAH....MALAYSIA CUBA LA HANTAR WAKIL

JIKA SEBELUM INI HEBAT DIPERKATAKAN MENGENAI BEBERAPA PESERTA BERAGAMA ISLAM YANG DILARANG MENYERTAI SEBUAH PERTANDINGAN RATU CANTIK TETAPI BERKERAS MENYERTAINYA. TETAPI APA KATA KALAU MEREKA-MEREKA ITU MENYERTAI SATU PERTANDINGAN RATU CANTIK MUSLIMAH DI INDONESIA.
Jakarta: Wakil dari Nigeria menitiskan air mata ketika berdoa dan membaca ayat al-Quran selepas diisytihar sebagai pemenang pertandingan ratu cantik muslimah dunia di Jakarta semalam. Seramai 20 peserta dari enam negara - dengan pakaian menutup aurat - tampil dalam pusingan akhir dilangsungkan malam kelmarin. Tidak seperti pertandingan ratu cantik biasa, peserta dinilai berdasarkan kepada kemahiran membaca al-Quran serta pandangan mereka mengenai Islam dalam dunia moden. Selepas dinilai panel juri memilih Obabiyi Aishah Ajibola sebagai pemenang pertama. Mendengar namanya diumumkan, gadis berusia 21 tahun itu melutut dan berdoa, kemudian menyeka air matanya sambil membaca ayat al-Quran. Obabiyi memenangi hadiah bernilai kira-kira RM6,900 serta pakej mengunjungi Makkah dan India. Kata Obabiyi, dia menyertai pertandingan itu bukan untuk bersaing dengan peserta lain. “Kami cuba menunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu indah,” katanya. Pertandingan itu dianjurkan Eka Shanti yang dipecat daripada tugasnya sebagai hos utama stesen televisyen Indonesia kerana bertegas enggan menanggalkan tudung ketika bertugas. - AFP

Rabu, 18 September 2013

KULIM HI-TECH PARK KEMBALI GEMILANG DI BAWAH MB MUKRIZ

KULIM HI-TECH PARK ADALAH KEBANGGAAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH SUATU KETIKA DAHULU. TETAPI SEMUA ITU LULUH DAN LEBUR SEMASA PEMERINTAHAN REGIM PAS KEDAH. MENGIKUT PENGETAHUAN KPS, PELABURAN TERAKHIR MASUK SEKITAR AKHIR 2007 ATAU AWAL 2008 SEBELUM PRU-12 PADA TAHUN 2008. SELEPAS ITU KERAJAAN PAS KEDAH LANGSUNG GAGAL MENGURUS KULIM HI-TECH PARK DENGAN BAIK.
WALAUPUN EXCO KEDAH BAWAH REGIM PAS KERAP KE LUAR NEGARA DENGAN ALASAN TARIK PELABUR ITU SEMUA HANYA ALASAN UNTUK DEPA MAKAN ANGIN SEMATA.
BARU-BARU NI ADA BLOGER TOTOK PAS YANG BERTANYA, MANA PELABURAN YANG MB MUKRIZ UMUM SELEPAS JATUHKAN REGIM PAS SEDIKIT MASA DULU????? DENGAN LAGAK BODOH BLOGER TERSEBUT BERTANYA......KALI INI KPS RASA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENDEDAHKAN SEDIKIT APA YANG DI BAWA OLEH KERAJAAN MB MUKRIZ WALAUPUN TIDAK SAMPAI 200 HARI MEMERINTAH. DI BAWAH ADALAH APA YANG BERLAKU DI KULIM HI-TECH PARK YANG MANA SELAMA 5 TAHUN TIDAK BERLAKU DI BAWAH REGIM PAS KEDAH,,,,,EXCO KEDAH YB SABRINA..... HAHHAHA,,,,NI BARU GAMBAQ PERBESAQ KAWASAN HI-TECH UNTUK KILANG....BELUM GAMBAQ PELABUR JEPUN LAGI....LU SUDAH 'CHECKMATE' PAS....KEPADA KERAJAAN KEDAH, TERUSKAN KERJA KUAT.....

Selasa, 17 September 2013

SURAU DI PERHENTIAN BAS SHAHAB PERDANA BERHANTU

MUNGKIN RAMAI PIHAK LEBIH SUKA MEMBICARAKAN ISU AZIZ DESA PENGACARA TV POPULAR INGIN BERTANDING KETUA BAHAGIAN UMNO LANGKAWI. MUNGKIN JUGA RAMAI LEBIH SUKA UNTUK BERBINCANG MENGENAI CHIN PENG YANG TELAH MATI BERSAMAAN HARI MALAYSIA. TETAPI KPS MEMILIH JALAN LAIN UNTUK MENULIS BERKAITAN TAHAP KEMUDAHAN ASAS DI STESYEN BAS NEGERI KEDAH.
KPS SECARA TEPAT TIDAK TAHU SIAPA YANG PATUT BERTANGGUNGJAWAB DALAM HAL INI. KPS CUBA FOKUS KEPADA DATO' TAJUL URUS MAT ZAIN YANG MEMEGANG PORTFOLIO PENDIDIKAN, PENGANGKUTAN DAN KERJA RAYA. ISU YANG INGIN DIBANGKITKAN IALAH TAHAP SELIAAN DI SURAU STESEN BAS DI SELURUH NEGERI KEDAH. KALAU KITA SE STESYEN SHAHAB PERDANA KITA MUNGKIN BERASA TIDAK SELESA DAN BERPUAS HATI BERKAITAN PERKARA INI. DI SURAU LELAKI ADA PAIP YANG TIADA AIR KELUAR UNTUK MENGAMBIL WUDHUK DI SAMPING DINDING YANG SUDAH BERKEADAAN TIDAK SELESA. YANG PALING MENYEDIHKAN IALAH SURAU BERKENAAN ARAH KIBLATNYA HANYA DILUKIS DAN BUKAN DILETAKKAN SIMBOL SEPERTI DI SURAU PASAR RAYA. MALAH SIJIL PENGESAHAN ARAH KIBLAT OLEH PIHAK BERKUASA AGAMA PUN TIDAK ADA. SELAIN DARI PERKARA TERSEBUT, KEDUDUKAN YANG TINGGI JUGA AKAN MENYUKARKAN GOLONGAN LANJUT USIA DAN OKU(ORANG KELAINAN UPAYA) UNTUK BERSOLAT DI SITU. STESYEN BAS SEBAGAI PINTU PARA PELAWAT UNTUK BERKUNJUNG DI KEDAH PERLU DIAMBIL PERHATIAN DENGAN SEWAJARNYA. SLOGAN "KEDAH AMAN MAKMUR, BERSAMA MEMACU TRANFORMASI" PERLU DITERJEMAHKAN DENGAN KEUPAYAAN PADA TAHAP TERTINGGI.
SELAKU RAKYAT KEDAH JUGA KPS BERHARAP SELURUH WARGA NEGERI KEDAH DAPAT MEMBERIKAN IDEA DAN BUAH FIKIR UNTUK MEMAJUKAN LAGI NEGERI JELAPANG PADI INI DENGAN MENGEMUKAKAN IDEA KEPADA MEREKA YANG BERKAITAN. TERIMA KASIH JUGA KPS TUJUKAN KEPADA ABANG BLOGER MEDAN TEMPUR KEDAH KERANA MEMANJANGKAN TULISAN KPS DI LAMAN FB KEPADA YB BADRUL HISHAM MENGENAI ISU INI. PERKARA SEBEGINI MUNGKIN DIANGGAP KECIL OLEH BANYAK PIHAK, TETAPI UNTUK KESELESAAN RAKYAT TERBANYAK PERKARA INI WAJIB DIAMBIL TINDAKKAN SEGERA. KEDAH AMAN MAKMUR, BERSAMA MEMACU TRANFORMASI.

Senin, 16 September 2013

KPS UMUM PENDIRIAN KJ UNTUK PENGGAL SETERUSNYA

SENIOR KPS DI KEDAH IAITU SEORANG BLOGER HEBAT(DUKE OF UMNO) SECARA TERANG-TERANGAN MEMPROMOSIKAN SEORANG INSAN YANG BERNAMA AKHRAM SHAH SANUSI UNTUK MEREBUT JAWATAN DENGAN KJ SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO.
KALAU LAWAN PUN TAK MENGAPA SEBAB ITU AMALAN DEMOKRASI. TETAPI KPS SECARA PERIBADI TIDAK SEPENDAPAT DENGAN ABANG DUKE OF UMNO DALAM HAL INI. KREDIBILITI KJ JAUH LEBIH MANTAP UNTUK MEMBAWA AURA ORANG MUDA MAJU TERUS KE DEPAN. DALAM DUNIA POLITIK KERAJAAN PEMBANGKANG, KJ BERADA DI RANKING PERTAMA PADA HEMAT KPS DALAM AMALAN BERPOLITIK. KETIKA UMNO DISERANG SEGENAP RUANG, KETIKA YANG LAIN DIAM MEMBISU, KJ BANGUN DALAM KEADAAN TIDAK MENENTU DAN BERHADAPAN DENGAN MUSUH SECARA KONSISTEN DAN BIJAK. ADA LAGI 2...3 ORANG DALAM UMNO YANG TERKEHADAPAN TETAPI KJ TERLALU UNGGUL DI DEPAN. SAIFUDDIN ABDULLAH YANG KALAH DITEMERLOH DULU PUN HEBAT. WALAUPUN KPS LANGSUNG TAK BERKENAN DENGAN 'POLITIK BARU' YANG CUBA BELIAU KETENGAHKAN, TAPI IDEA BELIAU DAN KEBERNIAN UNTUK BERHADAPAN DENGAN MAHASISWA KPS TABIK. KALAU DALAM PR KPS SANGAT MEMINATI CARA PENYAMPAIAN SAUDARA YUSMADI YUSOF BEKAS MP BALIK PULAU DARI PKR.
SECARA RASMINYA, KPS SECARA TERBUKA UMUMKAN BAHAWA KPS BLOGER DARI KEDAH MENYOKONG KJ UNTUK PENGGAL BERIKUTNYA SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO. DALAM PARLIMEN PUN KJ BERJAYA MENAIKKAN UNDI SEBANYAK 3 KALI GANDA DALAM PRU-13 KALI INI. TAHNIAH KJ.

Minggu, 15 September 2013

16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA...5 TAHUN PM PAK NUAR MEMERINTAH DALAM BAYANGAN...

16 SEPTEMBER TIBA LAGI. INI HARI YANG AMAT INDAH BAGI SEKALIAN WARGA MALAYSIA KERANA KETIKA TARIKH INILAH WUJUDNYA MALAYSIA SEPERTI HARI INI GABUNGAN SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK. SEBELUM ITU SINGAPURA YANG TELAH MUFARAKAH DARI MALAYSIA. TETAPI TARIKH INI MERUPAKAN SUATU HARI YANG PENUH DENGAN HIPOKRIT DAN PENUH KECELAKAAN BAGI PENYOKONG TEGAR PR. KERANA HARI INILAH IMPIAN PAK NUAR TIDAK KESAMPAIAN UNTUK PM. BIARKAN,,,,BIARKAN SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA. INILAH HAKIKAT YANG PATUT DI HADAM OLEH SEKALIAN PENYOKONG TOTOK TEGAR PR.
ISU INI SEBENARNYA TELAH MEMBUATKAN PENYOKONG PAK NUAR KANCING GIGI SEHINGGA SEKARANG KERANA GAGAL MENAWAN PUTRAJAYA. MALAH PERCUBAAN TERBARU IAITU PADA PRU-13 TURUT MENEMUI JALAN BUNTU.
DI HARAP MUKA-MUKA DI BAWAH TERUS CERIA SENTIASA.....
DAN LEBIH SIGNIFIKAN, KETUA DEWAN ULAMA' PAS PUN DAH AWAL-AWAL LAGI MENGELUARKAN PENDAPAT SUPAYA PAS LARI DARI PR.....APAKAH KEBETULAN ATAU SEBENAR-BENAR KEJADIAN?????

Rabu, 11 September 2013

APAKAH BERITA INI HARAKAH SIARKAN????

BEBERAPA MINGGU LEPAS RINGGIT MENYAKSIKAN PENURUNAN. MAKA DISALAKKAN OLEH JUAK-JUAK PR BAHAWA EKONOMI NEGARA SEMAKIN GAWAT. HABIS ISU TERSEBUT DICANANGKAN. ISU MINYAK PULA KINI DIJADIKAN PERISA TAMBAHAN OLEH MEREKA.....TAPI.....APAKAH BERITA TERBARU INI AKAN MELREKA LAPORKAN ATAU SEKADAR BERHARAP BERITA INI TIDAK BENAR????? JOM KITA TENGOK BERITA DI BAWAH....
Kuala Lumpur 11 Sept. - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, meneruskan peningkatannya selama tiga hari berturut-turut, dirangsang oleh kenaikan indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Malaysia dan unjuran positif ekonomi Malaysia bagi suku ketiga tahun ini, kata para peniaga. IPP naik 7.6 peratus tahun ke tahun bagi Julai. Ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 3.2600/2630 daripada 3.2785/2815 semalam. Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.5710/5735 daripada 2.5807/5849 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.2506/2542 daripada 3.2742/2789 pada Selasa. Ringgit tinggi berbanding pound British kepada 5.1469/1529 daripada 5.1486/1546 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.3267/3313 daripada 4.3434/3480 pada Selasa. - Bernama

PENGALAMAN SEORANG GURU DI KAWASAN PENDALAMAN

NI KONGSIAN DARIPADA RAKAN FB TERBARU KPS. SEORANG GURU BERJIWA WAJA YANG MENGAJAR DI PENDALAMAN. GAMBAR INI SEBENARNYA DIKONGSIKAN DI DALAM BLOG HEBAT IAITU CUCU TOK SELAMPIT. TETAPI APA YANG KPS LIHAT IALAH, BUKAN HANYA GAMBAR DI ATAS, SEBALIKNYA BANYAK LAGI GAMBAR YANG PADA PERKIRAAN KPS PERLU DIKETENGAHKAN KEPADA SEMUA UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS APA ITU ERTI KETABAHAN?
SEORANG IBU DI KAWASAN PENDALAMAN MENEMANI ANAKNYA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR. SEMOGA ANAK KECIL INI AKAN MENGUBAH NASIB KELUARGA BELIAU BILA DEWASA KELAK.
PELUKKAN SEMANGAT DAN DOA GURU MENGIRINGI PERJUANGAN 'WIRA KECIL' MENGHADAPI GELANGGANG UPSR.
TERINGAT KPS WAKTU SEKOLAH DULU, CIKGU DISIPLIN AKAN POTONG RAMBUT BILA HARI NAK BALIK, SEMUA AKAN BOTAK TENGAH. BALIK NAIK BAS SAPA YANG PAKAI SONGKOK ITU BUDAK KENA DENDA SEBAB RAMBUT PANJANG....
KALAU CIKGU DI KAWASAN PENDALAMAN NAK KELUAR CARI BEKALAN ASAS, INILAH KENDERAANNYA.
WALAUPUN TIDAK ADA ALAT BANTUAN MENGAJAR YANG MODEN, TETAPI KOMITMEN GURU DAN MURID DI KAWASAN PENDALAMAN INI SUNGGUH MENAKJUBKAN. TABIK KEPADA CIKGU KHAIRUL NIZAM KERANA BERKONGSIKAN PERKARA SEPERTI INI. TAHNIAH.....

Senin, 09 September 2013

KARNIVAL SUKAN BERMOTOR DI KEDAH MEREBUT PIALA EXCO BELIA DAN SUKAN

PADA 27-28 SEPTEMBER, BERTEMPAT DI TAMAN JUBLI EMAS, ALOR SETAR KEDAH AKAN DIADAKAN PERTANDINGAN 'DRAG BIKE' BAGI MEREBUT PIALA YB AMINUDDIN OMAR(EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH). SEGALA MAKLUMAT ADALAH TERTERA SEPERTI DI ATAS

Minggu, 08 September 2013

RASIONALISASI SUBSIDI ADALAH JALAN KELUAR PERSEPSI RAKYAT

HANGAT DAN MEMANG HANGAT..... DI MANA-MANA RAKYAT BERCAKAP TENTANG SUBSIDI MINYAK. ITU YANG RAKYAT. YANG TAK BERAPA NAK RAKYAT SEPERTI PEMBANGKANG JUGA BEGITU. MEREKA MEMANIPULASI ISU INI DENGAN MAHA DASYAT. YA, KENAPA KITA NAK KISAH SANGAT KERANA ITU MEMANG SUDAH JADI DARAH DAGING MEREKA. KALAU HARGA MINYAK TURUN DULU PUN MEREKA KUTUK KERAJAAN, APATAH LAGI BILA HARGA MINYAK NAIK. LEBIH PENTING DARI ISU INI IALAH BAGAIMANA KITA MELIHAT JENTERA MAYA MESRA KERAJAAN BERFUNGSI. KPS SEBAGAI ADIK TABIK KEPADA ABANG DAN KAKAK SENIOR KPS YANG BERJUANG DI ALAM MAYA. MEREKA INI MEMANG SETIA DAN KONSISTEN. WAJIB DIINGAT AMBIK, NILAI YANG TIDAK ADA PADA ANWAR IBRAHIM UNTUK MENJADI PM ADALAH 'KONSISTEN'. MAKA PEJUANG MAYA UMNO LEBIH BAIK KERANA MEMPUNYAI NILAI 'KONSISTEN' INI. TAHNIAH , SYABAS DAN TABIK SPRING.......
TETAPI JASA PENERANGAN UMNO YANG BARU DILANTIK DALAM PEMILIHAN KALI INI DI PERINGKAT CAWANGAN YANG MENJADI 'NADI' AKAR UMBI MASIH BERTAHAP MEMENUHKAN CARTA ORGANISASI. TIDAK SEMUA, TETAPI MAJORITI DARI MEREKA TIDAK KIRA SAYAP MANA? TIDAK KIRA LAMA DAN BARU? HAKIKAT. MAKA APAKAH SOLUSI DALAM KITA MENDEPANI CABARAN INI. WAJIB DIINGAT AMBIK, KITA MEWARISI LEGASI PERJUANGAN YANG TERBILANG, MENJADI PEMAIN YANG LARI DARI ISU SEPERTI PEMBANGKANG ADALAH TINDAKKAN YANG PALING BACUL PERNAH DIBUAT SEKIRANYA PEJUANG MAYA UMNO MEMILIH JALAN ITU. TETAPI KPS PERCAYA TIADA PEJUANG MESRA KERAJAAN BACUL SEPERTI PEMBANGKANG. PERSOALANYA KINI IALAH BAGAIMANA KITA BERTINDAK?
SUDAH TIBA MASA DAN KETIKANYA KERAJAAN MALAYSIA MERASIONALISASIKAN SUBSIDI NEGARA. DASAR SEDIA ADA IAITU SAMA RASA DAN SAMA RATA TIDAK LAGI RELEVAN DENGAN ZAMAN. MENGIKUT SIS TEM SEKARANG, SEMUA RAKYAT SAMA ADA MISKIN TEGAR, MISKIN BANDAR, PERTENGAHAN DAN GOLONGAN KAYA MENIKMATI KADAR SUBSIDI YANG SAMA BANYAK. MAKA BEBANAN MENJADIKAN SUATU TIDAK ADIL KEPADA GOLONGAN BAWAHAN. MAKA DICANANGKAN RASIONALISASI SUBSIDI. YANG MANA KERAJAAN MALAYSIA PERLU MENGURUS SUBSIDI MENGIKUT KEMAMPUAN DAN KETERBATASAN RAKYAT.
DITUNTUT MEREKA YANG BERJAYA DALAM MENJADI PERANTIS DALAM SATU PROGRAM ANJURAN KBS YANG MENEMPATKAN MAHASISWA DI KEMENTERIAN YANG MEREKA MINAT SUPAYA SEGERA MENONJOL DAN BUKAN TERPILIH SEMATA. INILAH MASANYA UNTUK BERTINDAK DAN BUKAN HANYA TERKEPIT DI KETIAK MENTERI MENTOR ANDA SEMATA. AYUH, ANDA DI BAYAR OLEH RAKYAT MAKA LAKUKAN SESUATU YANG BOLEH MENYENANGKAN RAKYAT.
MAKA KPS INGIN MENGAJAK ANDA KEPADA HAKIKAT DAN BUKAN ANGKA SEMATA. MALAYSIA SECARA HAKIKATNYA TELAH MEMBELANJAKAN SUBSIDI YANG KETERLALUAN DALAM BEBERAPA KEADAAN. ITU HAKIKATNYA. TAPI PADA ZAHIRNYA IA DIKELAMKAN OLEH TINDAKKAN MANIPULASI SEGELINTIR RAKYAT MAKA GALANG GANTINYA ADALAH PERSEPSI RAKYAT TERBANYAK. ANDA SUDAH NAMPAK PERMAINANYA?
MAKA KPS MENGAMBIL TANGGUNJAWAB INI UNTUK MENGEMUKAKAN BEBERAPA BUAH FIKIR YANG TELAH DIFIKIRKAN OLEH MEREKA YANG TERDAHULU, CUMA KPS MELAYANGKAN PERKARA INI DI HEMISFERA BLOGER KPS YANG KECIL INI.
1. MERAKYATKAN SUBSIDI NEGARA
MERAKYATKAN SUBSIDI DI SINI IALAH DENGAN MEMBERI SUBSIDI KEPADA RAKYAT MENGIKUT PENGKELASAN KHUSUS, CONTOHNYA MISKIN, SEDERHANA DAN KAYA. MAKLUMAT SERTA BANCIAN INI SUDAH WUJUD DI FAIL LHDN DENGAN DENGAN PENGANJURAN BRIM. GUNAKAN SUMBER INI DAN RANGKA KAEDAH PEMBERIAN SUBSIDI BERASASKAN PENDAPATAN RAKYAT. BUKAN SEMUA SEKATA. BAYANGKAN BERAPA BANYAK PENJIMATAN SEKIRANYA PERKARA INI TERLAKSANA.JADI APA TUNGGU LAGI?????
2. KERAJAAN SUDAH MEMPUNYAI PEMIKIR-PEMIKIR ATAU 'KLUSTER' YANG MEMIKIRKAN PERKARA BERKAITAN SUBSIDI. MEREKA DARI KALANGAN YANG PAKAR DAN INSYA'ALLAH TERBAIK. MAKA APAKAH SOLUSI YANG MEREKA BERIKAN SELAIN DARI PADA PENGURANGAN SUBSIDI. APAKAH LANGKAH PERLU UNTUK MENGURANGKAN IMPAK KEPADA RAKYAT TERBANYAK? PELN TINDAKKAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG? MAKSIMUNKAN PENGGUNAAN BUAH FIKIR MEREKA, DAN KALAU TIDAK CUKUP BOLEH SAHAJA 'IMPORT' PEMIKIR LUAR DARI KELOMPOK INI DAN BUAT KELOMPOK BARU DAN TEMUKAN IDEA MEREKA DI MEJA BULAT. DARI PADA ITU MAKA LAHIRLAH HASIL YANG HEBAT SEBAGAI PENYELESAIAN DALAM ISU INI.
3. JENTERA PENERANGAN KERAJAAN PERLU TURUN PADANG DAN HADAPI RAKYAT UNTUK MEMBERI PENJELASAN. BUKAN SETAKAT BACUL DAN LARI DARI ISU. GRAKKAN JABATAN PENERANGAN, JASA, PENERANGAN PARTI TURUN KE AKAR UMBI, DISKUSI, FORUM DAN TIDAK KETERLALUAN DEBAT DI TELEVISYEN. INI YANG KITA KURANG. BUKAN HANYA BERTAHAN SEMATA.
KPS BUKANLAH PEMIKIR DALAM BIDANG INI. SEKADAR MEMBERI PANDANGAN SEBAGAI ATAS NAMA RAKYAT MALAYSIA YANG BERGELAR MAHASISWA