Tampilkan postingan dengan label 16 SEPTEMBER. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 16 SEPTEMBER. Tampilkan semua postingan

Minggu, 15 September 2013

16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA...5 TAHUN PM PAK NUAR MEMERINTAH DALAM BAYANGAN...

16 SEPTEMBER TIBA LAGI. INI HARI YANG AMAT INDAH BAGI SEKALIAN WARGA MALAYSIA KERANA KETIKA TARIKH INILAH WUJUDNYA MALAYSIA SEPERTI HARI INI GABUNGAN SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK. SEBELUM ITU SINGAPURA YANG TELAH MUFARAKAH DARI MALAYSIA. TETAPI TARIKH INI MERUPAKAN SUATU HARI YANG PENUH DENGAN HIPOKRIT DAN PENUH KECELAKAAN BAGI PENYOKONG TEGAR PR. KERANA HARI INILAH IMPIAN PAK NUAR TIDAK KESAMPAIAN UNTUK PM. BIARKAN,,,,BIARKAN SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA. INILAH HAKIKAT YANG PATUT DI HADAM OLEH SEKALIAN PENYOKONG TOTOK TEGAR PR.
ISU INI SEBENARNYA TELAH MEMBUATKAN PENYOKONG PAK NUAR KANCING GIGI SEHINGGA SEKARANG KERANA GAGAL MENAWAN PUTRAJAYA. MALAH PERCUBAAN TERBARU IAITU PADA PRU-13 TURUT MENEMUI JALAN BUNTU.
DI HARAP MUKA-MUKA DI BAWAH TERUS CERIA SENTIASA.....
DAN LEBIH SIGNIFIKAN, KETUA DEWAN ULAMA' PAS PUN DAH AWAL-AWAL LAGI MENGELUARKAN PENDAPAT SUPAYA PAS LARI DARI PR.....APAKAH KEBETULAN ATAU SEBENAR-BENAR KEJADIAN?????

Minggu, 16 September 2012

LINTAS LANGSUNG MAJLIS ANGKAT SUMPAH PM KE- 7 MALAYSIA

16 SEPTEMBER.....TARIKH KERAMAT.....PERDANA MENTERI KE-7 MALAYSIA SEDANG MENGANGKAT SUMPAH....RIUH RENDAH HIRUK-PIKUK DI SELURUH MALAYSIA KINI MEREBAK KE SELURUH DUNIA.....MEREKA KINI BERARAK KE PUTRAJAYA......
PEGHHHH....BANNER SUDAH DINAIKKAN KINI, TV1, TV 2 DAN TV 3 SERTA ASTRO AWANI DAN BERNAMA TV SIARKAN SIARAN LANGSUNG ANGKAT SUMPAH PAK NUAR.....CNN, AL-JAZEERA, DAN SELURUH DUNIA PENYIARAN SEDANG MENYIARKAN SIARAN LANGSUNG PAK NUAR MENGANGKAT SUMPAH.....
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7 INI TURUT MENDENDANGKAN LAGU WALAUPUN SPEKULASI MENYATAKAN BELIAU SAKIT BELAKANG DAN DISUNTIK DENGAN SESUATU YANG MEMBAHAYAKAN NYAWA..... TIDAK CUKUP DENGAN ITU, PERDANA MENTERI KE-7 MALAYSIA IAITU PAK NUAR MEMBUAT PERSEMBAHAN KHAS DENGAN MENTERI KABINET BELIAU..... PERDANA MENTERI PAK NUAR JUGA MEMBUAT PENGUMUMAN KHAS.... SEKIAN SIARAN LINTAS LANGSUNG MAJLIS ANGKAT SUMPAH PAK NUAR SEBAGAI PERDANA MENTERI 16 SEPTEMBER

Sabtu, 25 Agustus 2012

PELAMIN ANGAN PAK NUAR BERKECAI

PEGHRRRR....1POLITIK. INILAH DIKATAKAN 1 POLITIK BILA TIDAK KIRA DARI KEM PEMBANGKANG ATAU KERAJAAN BERSATU UNUK MENEMPELAK PAK NUAR DALAM PROJEK 16 SEPTEMBER BELIAU....TAPI YANG PALING MERASAKAN KESAN PASTINYA SAIFUDDIN NASUTION IAITU IKON KATAK SEMALAYSIA ANTARA YANG PALING HEBAT LOMPATAN POLITIKNYA.....
SHAH ALAM - Pindaan perlembagaan kepada Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti perlu diperhalusi dan dikaji dengan lebih komprehensif untuk kepentingan semua pihak. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, jika mengambil kira sembilan wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti itu, ia bukan melompat parti, tetapi mereka menubuhkan satu badan bebas lain kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi. "Ketika ramai ahli parlimen pembangkang yang meninggalkan parti, kebanyakan dari mereka tidak masuk Umno atau parti komponen Barisan Nasional (BN), tetapi mereka mewujudkan entiti lain. "Berkemungkinan akta ini boleh dipertimbangkan sekiranya ia memberikan faedah kepada semua pihak," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mengulas cadangan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu akta itu dipinda secepat mungkin kerana isu lompat parti sudah terkena batang hidung sendiri. "Karpal memang seorang yang tidak konsisten kerana sentiasa mengeluarkan kenyataan yang menyebelahi kepentingan pembangkang, peribadi dan keluarganya, termasuklah ketika bercakap tentang hukum hudud dengan pandangan yang keterlaluan sehingga menghina agama lain demi kepuasan diri sendiri. Saya sudah tidak yakin kepada apa yang diusulnya," katanya. Sebelum ini, Karpal mahu BN meminda ke atas Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti yang membabitkan wakil rakyat dan berjanji Pakatan Rakyat (PR) akan memberi sokongan kepada Kerajaan Pusat. Beliau turut meminta pimpinan BN untuk mempertimbangkan langkah alternatif kepada keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membawa usul berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) November ini. Dimana, Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) boleh membawa perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan, sebagai pengganti kepada Mahkamah Agung dan mahkamah tertinggi di negara ini, untuk menyemak semula deklarasi 1992 dalam kes Nordin Salleh. Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti sekali gus meminta ia dapat digubal sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Ahli Parlimen Rembau itu berkata, cadangan tersebut perlu diusulkan pada sesi parlimen yang akan datang. "Kalau ada wakil rakyat yang nak lompat, dia perlu letak jawatan dahulu dan pilihanraya kecil perlu diadakan. "Calon yang dipilih mestilah atas kehendak diri sendiri dan juga parti yang mereka wakili. Jadi, ia tidak adil untuk mereka memecahkan amanah pengundi yang memilih mereka berdasarkan parti," katanya. Beliau berharap, undang-undang ini boleh menjadi realiti. Menurutnya, beliau berasa risau sekiranya tiada undang-undang atau akta seperti ini, berkemungkinan rakyat akan menyaksikan sekali lagi usaha pihak tertentu untuk mengulangi rancangan 16 September 2008 lalu di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu wakil rakyat melompat parti sekaligus menumbangkan kerajaan.~SH

Jumat, 17 Februari 2012

KENAPA PELAMIN ANGAN PAK NUAR TAK KESAMPAIAN?????



AHHAHAHAHHA...PELAMIN ANGAN PAK NUAR ZIONIS LEBUR KERANA SEORANG CINA.....TAHNIAH....


John Soh punca cita-cita 16 Sept. 2008 kempunan

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?

"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.

"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian (Anwar) memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.

Raja Petra dipetik berkata demikian dalam Malaysia Today melalui entri bertajuk EPISOD 8: Lelaki di Sebalik PKR (Siri 2) hari ini.

Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.

"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh.

Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.

Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.

"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.