Selasa, 11 Juni 2013
UTUSAN AKHBAR RASIS MEMPERJUANG PELAJAR OKU CINA LANJUT PELAJARAN
KPS TERPANGGIL UNTUK MENULIS HARI INI TENTANG SEORANG PELAJAR OKU LEPASAN SPM YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM SPM LALU DENGAN MEMPEROLEH 6A 5B+. MURID BERBANGSA CINA INI BERNAMA PUA JAYSON MENGALAMI PENYAKIT OTOT DUCHENNE MUSCULARDYSTROPHY. MENURUT IBU PELAJAR INI, PUAN GOH ENG BOOY, MEREKA MENERIMA PANGGILAN DARI PEGAWAI KEMENTERIAN PELAJARAN BAHAWA ANAKNYA BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE MATRIKULASI. SURAT TAWARAN AKAN MENYUSUL KEMUDIAN. MEREKA SEKELUARGA BERCADANG UNTUK PINDAH KE BANTING DEMI MENGURUSKAN ANAK MEREKA DALAM AKTIVITI HARIAN DI KOLEJ BERKENAAN. TETAPI PANAS TIDAK KE PETANG, RUPANYA MENDUNG DI TENGAH HARI. SURAT TAWARAN TIDAK KUNJUNG TIBA. USAHA DAN IKTIAR TELAH DILAKUKAN OLEH KELUARGA TERSEBUT DEMI ANAK MEREKA DAPAT MENYAMBUNG PELAJARAN. SURAT SOKONGAN DAN TURUN NAIK KEMENTERIAN DAN PEJABAT PENDIDIKAN TELAH DILAKUKAN. TETAPI YANG MENGHAMPAKAN JAWAPAN TIDAK BERBALAS. SETELAH BERBAGAI LAGI USAHA DILAKUKAN MAKA ALASAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK BERWAJIB ADALAH ANAK OKU TERSEBUT TIDAK AKTIF KOKURIKULUM. PERSOALAN KPS IALAH, APAKAH TIDAK DIBERI PENGECUALIAN JIKA MEREKA ITU DARI GOLONGAN KELAINAN UPAYA. KEPUTUSAN YANG DICATAT JUGA AMAT CEMERLANG DI SAMPING AMAT KURANG SEKALI BILANGAN PELAJAR SEPERTI INI UNTUK MENCATAT KEPUTUSAN CEMERLANG SEBEGINI. KALAU MERIT YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMASUKI MATRIKULASI BERJUMLAH 98% TETAPI KEPUTUSAN PELAJAR INI 88.7%, APAKAH MEREKA DI KEMENTERIAN TIDAK MENCAMPUR DAN DARAB JUGA KEKURANGAN PELAJAR INI DAN KESUNGGUHAN PIHAK IBU BAPA PELAJAR INI UNTUK MEMPERJUANG NASIB ANAK MEREKA.
KPS DALAM HAL INI BUKAN SESIAPA, NAMUN ATAS DASAR KEMANUSIAAN, KPS MOHON MENTERI PELAJARAN DAPAT MELIHAT DAN MEMPERHALUSI PERKARA INI. WALAUPUN TULISAN INI TIDAK AKAN DIBACA OLEH SESIAPA, YAKINLAH KPS SUDAH MELAKUKAN USAHA INI SECARA JUJUR DAN IKHLAS. SEMOGA PELAJAR INI DAPAT MENCAPAI CITA-CITANYA BERGELAR DOKTOR.
MALAH KPS TABIK KEPADA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA KERANA MENGELUARKAN BERITA INI. MAKA TERUS MENUTUP MULUT PARA PENCACAI PR BAHAWA AKHBAR UTUSAN ADALAH RASIS DAN MEMBAWA BERITA FITNAH. BERITA INI TIDAK PULA TERPANGPANG DI AKHBAR ROKET, KEADILAN DAILY DAN HARAKAH. CUMA DI UTUSAN MALAYSIA.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar