KARNIVAL SUKAN BERMOTOR"DRAG BIKE 201 METER 2013 DI NEGERI KEDAH
TARIKH: 28 Jun 2013 & 29 Jun 2013 (JUMAAT & SABTU)
LOKASI: Taman Jubli Emas,Jalan Suka Menanti,alor Setar,Kedah Darulaman.
JARAK LITAR: 201 Meter
JADUAL / ATURCARA: 28 Jun 2013 ( JUMAAT )
-----------------------------------------------------------
08:00 am – Pendaftaran penyertaan dibuka
09:30 am – Pemeriksaan jentera perlumbaan / taklimat keselamatan dan litar
10:00 am – Ujian kelayakan masa Kategori A 4T<125cc (STANDART BODY)
12:00 pm – Rehat / Sembahyang Jumaat
03:00 pm – Ujian kelayakan masa Kategori A 4T<125cc (STANDART BODY)
04:30 pm – Pemeriksaan jentera perlumbaan / taklimat keselamatan dan litar
05:00 pm – Ujian kelayakan masa Kategori B 4T<125cc (OPEN BODY)
07:30 pm – Pemeriksaan jentera perlumbaan / taklimat keselamatan dan litar
08:00 pm – Ujian kelayakan masa Kategori C 2T<125cc (STANDART BODY)
10:00 pm – Pendaftaran penyertaan ditutup / Majlis bersurai
JADUAL / ATURCARA: 29 Jun 2013 ( SABTU )
---------------------------------------------------------
09:00 am – Pendaftaran penyertaan dibuka
09:30 am – Pemeriksaan jentera perlumbaan / taklimat keselamatan dan litar
10:00 am – Ujian kelayakan masa Kategori D 2T<125cc (OPEN BODY)
01:00 pm – Rehat
02:00 pm – Pelumbaan 16 peserta masa terbaik Kategori A 4T<125cc ( STANDART BODY )
03:00 pm – Pelumbaan 16 peserta masa terbaik Kategori B 4T<125cc ( OPEN BODY )
04:00 pm – Pelumbaan 16 peserta masa terbaik Kategori C 2T<125cc ( STANDART BODY )
05:00 pm – Pelumbaan 16 peserta masa terbaik Kategori D 2T<125cc ( OPEN BODY )
06:00 pm – Pemeriksaan jentera perlumbaan / taklimat keselamatan dan litar
06:30 pm – Ujian kelayakan masa / Pelumbaan Kategori E 4T / 2T ( SUPER OPEN )
11:00 pm – Peyampaian Hadiah / Pendaftaran penyertaan ditutup / Majlis bersurai
YURAN PENDAFTARAN BAGI KATEGORI A, B, C & D:
------------------------------------------------------------------------------
RM150.00 (T-Shirt+Sim Pack Celcom)
Pendaftaran tanpa had untuk setiap jentera, setiap satu nombor pendaftaran, hanya layak dua (2) kali sahaja untuk ujian kelayakan masa dan masa yang terbaik sahaja akan dipilih untuk pelumbaan 16 peserta kalah mati.
Cth:- 1 Jentera Drag, tiga (3) nombor pendaftaran = 6 kali ujian kelayakan masa.
HADIAH-HADIAH UNTUK PEMENANG:
---------------------------------------------
JOHAN - RM1,000 + Trofi
NAIB JOHAN - RM 600 + Trofi
KE-3 - RM 300 + Trofi
KE-4 - RM 150 + Saguhati
YURAN PENDAFTARAN DRAG BIKE BAGI KATEGORI E:
------------------------------------------------------------------
RM170.00 ( T-Shirt+Sim Pack Celcom+Payung AJDM )
Pendaftaran tanpa had untuk setiap jentera, setiap satu (1) nombor pendaftaran, hanya layak dua (2) kali sahaja untuk ujian kelayakan masa dan masa yang terbaik sahaja akan dipilih untuk pelumbaan 16 peserta kalah mati.
Cth:- 1 Jentera Drag, tiga (3) nombor pendaftaran = 6 kali ujian kelayakan masa.
HADIAH-HADIAH UNTUK PEMENANG:
---------------------------------------------
JOHAN - RM1,200 + Trofi
NAIB JOHAN - RM 700 + Trofi
KE-3 - RM 400 + Trofi
KE-4 - RM 170 + Saguhati
INFO LANJUT HUBUNGI:
-----------------------------
013-5384007 / 013-5384008
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PESERTA / PELUMBA
1. Berumur 18 tahun ke atas.
2. Pelumba Warga Negara Malaysia SAHAJA.
3. Diwajibkan memakai topi keledar “Helmet” yang memenuhi ciri-ciri piawaian dari SIRIM. Helmet separuh atau Apollo tidak dibenarkan.
4. Diwajibkan memakai jaket kulit berlengan panjang semasa berlumba.
5. Diwajibkan memakai sarung tangan “Glove” semasa berlumba.
6. Diwajibkan memakai kasut sukan “Sport” bertutup penuh semasa berlumba.
7. Diwajibkan memakai Seluar Jeans yang tebal dan panjang atau Sut Perlumbaan jika ada.
8. Bebas dibawah pengaruh dadah,alkohol atau apa-apa saja bahan yang boleh mengkhayalkan diri ketika berlumba.
9. Mematuhi arahan yang diberikan oleh marshall / pertugas sepanjang perlumbaan berlangsung.
10. Hanya seorang sahaja mekanik atau formen yang dibenarkan untuk memasuki ZONE A dan B (rujuk marshall / pertugas semasa pertandingan).
11. Dilarang sama sekali dari menukar jentera atau menggantikan diri dengan rakan ketika berada di dalam ZONE A (rujuk marshall / pertugas semasa pertandingan).
12. Jika Berlaku kemalangan, dan membabitkan kemusnahan barang-barang yang terdapat didalam tempat pertandingan. Peserta / Pelumba tersebut harus menanggung kos dan membayar ganti rugi kerosakan yang telah dibuat walau dengan apa cara sekalipun kepada pihak penganjur. Jika gagal membuat sedemikian, tindakan Mahkamah akan diambil.
SYARAT-SYARAT KESELAMATAN DAN TEKNIKAL JENTERA MENGIKUT KATEGORI
1. Memiliki ciri-ciri fizikal modifikasi casis yang bersesuaian dan selamat dipacu ketika berada di dalam perlumbaan.
2. Bahagian pendawaian haruslah kemas dan sempurna.
3. Sistem ekzos, karburetor dan brek adalah terbuka / bebas.
4. Modifikasi dibahagian injin adalah terbuka / bebas.
TEKNIKAL JENTERA KATEGORI A 4T<125cc ( STANDART BODY )
1. Casis dari spesifikasi asal dari kilang dan tidak dipotong.
2. Cover set bebas.
3. Tempat duduk “SEAT” boleh di ubah suai, Tetapi tidak boleh melebihi 50% spesifikasi asal dari kilang.
4. Pemegang “Handle” di paras tengkuk jentera dan ke atas.
5. Kapasiti injin asal mestilah 125cc kebawah dan dari Sistem 4 lejang sahaja.
6. Yamaha Nouvo, ego dan sonic tidak dibenarkan.
TEKNIKAL JENTERA KATEGORI B 4T<125cc ( OPEN )
1. Modifikasi di semua bahagian casis adalah bebas.
2. Kapasiti injin asal mestilah 125cc kebawah dan dari Sistem 4 lejang sahaja.
3. Yamaha Nouvo, ego dan sonic tidak dibenarkan.
TEKNIKAL JENTERA KATEGORI C 2T<125cc ( STANDART BODY )
1. Casis dari spesifikasi asal dari kilang dan tidak dipotong.
2. Cover set bebas.
3. Tempat duduk “SEAT” boleh di ubah suai, Tetapi tidak boleh melebihi 50% spesifikasi asal dari kilang.
4. Pemegang “Handle” di paras tengkuk jentera dan ke atas.
5. Kapasiti injin asal mestilah 125cc kebawah dan dari Sistem 2 lejang sahaja.
6. Yamaha Nouvo, ego dan sonic tidak dibenarkan.
TEKNIKAL JENTERA KATEGORI D 2T<125cc ( OPEN )
1. Modifikasi di semua bahagian casis adalah bebas.
2. Kapasiti injin asal mestilah 125cc kebawah dan dari Sistem 2 lejang sahaja.
3. Yamaha Nouvo, ego dan sonic tidak dibenarkan.
TEKNIKAL JENTERA KATEGORI E 4T/2T (SUPER OPEN)
1. Modifikasi di semua bahagian casis adalah bebas.
2. Kapasiti injin, sistem gear dan lejang bebas.
3. Yamaha Lc, Nouvo, ego dan sonic dibenarkan.
4. Kategori A, B, C & D turut dibenarkan bertanding.
-KEMAHIRAN DAN KEPANTASAN BERSAMA AJDM-
Tidak ada komentar:
Posting Komentar