PELUANG ORANG MUDA UNTUK MENGGERAKKAN KERAJAAN.....AYUH SILA POHON SEGERA
APAKAH ITU FELO PERDANA?
Tujuan Program Felo Perdana adalah untuk memberi anak muda Malaysia yang cemerlang dan berbakat pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara. Felo akan bertugas di peringkat tertinggi dalam Kerajaan Persekutan membantu Menteri Kabinet dalam melaksanakan agenda nasional.
Felo-felo Perdana, sabagai bakal pemimpin negara, harus mempunyai minat di dalam hal ehwal awam dan perancangan dasar kerajaan. Inilah masanya bagi anak-anak muda Malaysia yang mempunyai aspirasi untuk terlibat secara langsung di dalam kepimpinan tanahair disamping menyumbang kearah pembangunan negara.
MENGENAI FELO PERDANA
Sebagai Felo Perdana, anda akan bertugas sebagai executive intern kepada Menteri Kabinet di mana anda akan membantu mentor anda dan juga pegawai-pegawai kanan beliau merancang dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan disamping membantu di dalam usaha-usaha penerangan tentang pelbagai program Kerajaan melalui media sosial dan saluran komunikasi strategik yang lain.
Sebagai pemimpin muda, anda hendaklah menyumbangkan idea baru dan berani kepada Menteri anda disamping berperanan sebagai jambatan antara generasi anda dan juga Kerajaan.
Program felo ini dirangka untuk memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak, Menteri dan juga Felo yang terlibat.
Menteri Kabinet akan mendapat intern yang muda, idealistik, bertenaga dan bijak sepanjang tempoh program ini, yang mana akan memberi perspektif yang segar kepada beliau.
Manakala, Felo akan didedahkan kepada urusan penting di dalam pentadbiran tertinggi Kerajaan disamping peluang untuk mencurahkan bakti dalam menjayakan agenda nasional dan segala program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri .
Butiran fungsi dan bidang tugas setiap Felo bergantung kepada mentor mereka. Setiap mentor akan menggariskan rangka kerja dan tanggung jawab yang akan diberi kepada Felo masing-masing.
KRITERIA
Program Felo Perdana Siswazah adalah terbuka kepada semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Calon yang berminat perlu bersedia untuk menjalani penempatan sekurang-kurangnya 6 minggu dalam program ini. Program Felo Perdana Siswazah dirangka untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk menyumbang kepada proses pembangunan Negara dan pada masa yang sama mengilap bakat kepimpinan mereka di peringkat tertinggi Kerajaan.
Calon perlu merupakan Warganegara Malaysia
Calon sedang mengikuti pengajian di mana-mana institut pengajian tinggi, dalam dan luar negara
Calon perlu mempunyai keputusan akademik yang memuaskan.
Calon perlu di bawah umur 30 tahun
Calon perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang kukuh
Calon perlu menunjukkan penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurrikulum
Calon perlu mempamerkan tokoh kepimpinan yang berpotensi tinggi
Program Felo Perdana Graduan adalah terbuka kepada semua graduan baru daripada institut pengajian tinggi, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Calon yang berminat perlu bersedia untuk menjalani penempatan sekurang-kurangnya 3 bulan dalam program ini. Program Felo Perdana Graduan dirangka untuk memberi ruang kepada para graduan yang ingin memahami dengan lebih mendalam urustadbir Kerajaan and menyumbang kepada proses pembuatan dasar di peringkat tertinggi Kerajaan Persekutuan.
Calon perlu merupakan Warganegara Malaysia
Calon perlu merupakan graduan baru daripada institut pengajian tinggi, dalam dan luar negara
Calon perlu mempunyai rekod akademik yang memuaskan.
Calon perlu di bawah umur 30 tahun
Calon perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang kukuh
Calon perlu menunjukkan penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurrikulur atau program kemasyarakatan
Calon perlu mempamerkan tokoh kepimpinan yang berpotensi tinggi
Untuk memohon menjadi Felo Perdana Graduan atau Felo Perdana Siswazah, sila serahkan CV/Biodata anda, bersekali dengan karangan esei dalam lingkungan 500 patah perkataan. Esei tersebut perlu menjelaskan apakah dasar kerajaan yang anda fikirkan paling penting dan bagaimana ianya dapat ditangani dengan lebih baik.
Semua permohonan perlu dihantar sebelum 20 Jun 2013 ke: DI SILA KLIK DI SINI.......
Tidak ada komentar:
Posting Komentar