Jumat, 31 Agustus 2012
MATI BERHADAPAN BAJINGAN ADALAH SUATU YANG MULIA
KPS SECARA PERIBADI BERAIR MATA MELIHAT KEBIADAPAN JUAK-JUAK PENCACAI NI. BUKAN SEDIKIT DARAH, NYAWA SERTA PENGORBANAN YANG TERTUMPAH KERANA INGIN MEMPERTAHANKAN JALUR GEMILANG INI. DALAM ISLAM BENDERA ATAU PANJI AMAT DITITIK BERATKAN. APAKAN DAYA APABILA ADA 'VIRUS' DIKALANGAN KITA SENDIRI YANG MENGHANCURKAN SERTA MNGHINA DENGAN SEKERASNYA BENDERA KITA SENDIRI. KPS BUKAN ASKAR ATAU PEJUANG YANG MENGHUNUS SENJATA BERHADAPAN MUSUH DALAM MENEGAKKAN SEBUAH NEGARA BERNAMA MALAYSIA. TETAPI SEKURANG-KURANGNYA KPS BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA PEJUANG-PEJUANG INI. AYAH KPS JUGA ANTARA MEREKA YANG BERJUANG DEMI KESELAMATAN TANAH AIR. DALAM PERLEMBAGAAN PERKARA 25 MUNGKIN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MELUCUTKAN KERAKYATAN BAJINGAN-BAJINGAN INI. TETAPI KPS UKUP MAKLUM BAHAWA PAK MENTERI BERKENAAN PASTI KECUT TELOQ UNTUK MELAKSANA TUGAS TERSEBUT. TAPI KPS BERSUMPAH, KALAU NAIK BENDERA INI DI MANA SAHAJA YANG MAMPU KPS SAMPAI PASTI HANCUR KPS CINCANG LUMAT BENDERA TERSEBUT. KALAU KPS SEBUT KPS SAYANG NEGARA KPS, INI BUKAN BERMAKNA KPS TIDAK SAYANG ALLAH. KALAU KPS CINTA TANAH TUMPAH INI, BUKAN BERMAKNA KPS TIDAK CINTA RASULULLAH. KALAU KPS KATAKAN KPS HORMAT MAK DAN AYAH KPS TIDAK BERMAKSUD KPS TIDAK HORMAT KEPADA ISLAM....TAPI KALAU BAJINGAN TAK HORMAT KEPADA JALUR GEMILANG, LEBIH BAIK MEREKA BERAMBUS DARI TANAH BERTUAH INI. DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG. APALAH GUNANYA MERASAKAN TANAH TUMPAH TELAH MERDEKA SEDANGKAN BAJINGAN-BAJINGAN PENJAJAH MASIH BEBAS DAN MELATA BERTOPENG 'BERSIH' TETAPI HANYIR PELAKUANNYA.....AYUH KITA 1MALAYSIA MENGAJAR MEREKA INI ERTI MERDEKA YANG SEBENAR......
Rabu, 29 Agustus 2012
PORTAL\BLOG SUARA PAKATAN RAKYAT MENGUMUMKAN AL-QURAN BUKAN PEDOMAN MEREKA
DI BAWAH ADALAH KPS AMBIL BULAT-BULAT( SEBIJIK-SEBIJIK) DARI PORTAL ATAU BLOG "SUARA PAKATAN RAKYAT".....MEMANG JELAS DEPA NI TOLAK AL-QURAN......PEGHHHHHH...BUKAN HANYA KEPIMPINAN PAS, DAP DAN PKR MENOLAK AL-QURAN...KINI BERJANGKIT KEPADA PEJUANG CYBER MEREKA.....KPS SEBUT PR 'WAJIB' BERTAUBAT........ATAU....APAKAH IANYA TELAH DIGODAM ???????? TAPI UNTUK MENAMBAH PERISA KPS MENAMBAH GAMBAR ANWAR BESERTA SELUAR DALAM DI BAWAH......
Pakatan Rakyat Tak Perlukan Al-Quran DALAM banyak perkara yang disebut tentang polemik hudud yang sedang hangat dibincangkan sekarang, banyak pihak (kalau tidak semua) yang mengaitkannya dengan Al-Quran yang merupakan rujukan utama orang Islam kerana disitulah katanya terletak kewajiban melaksanakan hudud. Penulis bukan mahu mempersoalkan Al-Quran disini, cuma pada pandangan penulis Pakatan Rakyat tidak memerlukan Al-Quran untuk menentukan polisi pemerintahan negara ini. Apatah lagi bila sudah disahkan bahawa hudud bukan sebahagian polisi atau agenda Pakatan Rakyat. Sebagai sebuah komponen dengan penyokong yang terdiri dari pelbagai latarbelakang agama dan keturunan, Pakatan Rakyat mempunyai segala rujukan yang diperlukan untuk menjadikan negara ini jauh lebih sempurna dari pemerintahan Barisan Nasional sekarang, tidak semestinya Al-Quran sahaja. Pakatan Rakyat juga sudah mempunyai Buku Jingga – rujukan yang jauh lebih lengkap dan tersusun untuk mencorakkan pemerintahan negara ini nanti disamping manifesto pilihanraya yang akan melengkapkan lagi perjuangan untuk membela nasib rakyat.
Rakyat juga mudah meneliti segala perancangan Pakatan Rakyat melalui buku Jingga dibanding dengan Al-Quran yang hanya difahami segelintir orang, walaupun dikalangan orang Islam – sekurang-kurangnya yang penulis kenal. Selain dari itu jangan dilupa, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri juga mempunyai pengalaman yang diperlukan untuk memimpin negara ini mengikut acuannya sendiri. Terpulang kepada beliau untuk merujuk kepada kitab mana satu sepanjang menjalankan fungsinya sebagai Perdana Menteri (termasuk Al-Quran) tapi ianya bukanlah satu perkara yang perlu diheboh-hebohkan, apatah lagi dijadikan dasar kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat nanti. Yang nyata, penggunaan Al-Quran dalam polisi pentadbiran negara hanya akan menakutkan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat seperti DAP yang mempunyai sokongan kuat dari kaum bukan Melayu. Jangan salah anggap, ini tidak ada kaitan dengan Al-Quran sebagai kitab rujukan orang Islam zaman berzaman, tapi kerana persepsi dan pandangan negara-negara barat yang negatif terhadap Al-Quran yang sering dikaitkan dengan keganasan dan sebagainya telah menjadi punca yang mencetus kepada ketakutan itu. Selain buku Jingga, adalah lebih baik jika Pakatan Rakyat merujuk kepada standard yang diguna pakai di peringkat global iaitu prinsip-prinsip asas hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan seumpama dengannya. Bebas dalam erti kata sepenuhnya, bukan bunyi saja bebas tapi ada banyak sekatan yang menjadikan kebebasan itu tidak lebih dari hiasan semata-mata, orang kata ‘jangan tidak’ sahaja. Penulis yakin, negara ini akan lebih berjaya dan makmur serta dipandang tinggi negara luar jika kita berpegang teguh kepada prinsip hak asasi manusia yang selama ini tidak begitu diberi perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional sekarang. Ini hanya sebagai permulaan, jika dimasa depan iaitu setelah Al-Quran ditafsir semula sesuai dengan peredaran zaman, mungkin Pakatan Rakyat boleh memikir untuk menceduk idea-idea yang boleh digunakan untuk memajukan lagi negara ini. Buat jangka masa yang terdekat, prinsip hak asasi manusia sahaja sudah cukup.YANG ATAS SEMUA SEJIBIK(MENURUT AYAT SALEEM IKLIM).....CUMA GAMBAR DI BAWAH NI KPS TAMBAH.....
ORANG HILANG......MOHON BANTUAN
Salam semua , nak mintak jasa baik tlg sebar kan pic fb ni ., semoga jasa baik kalian hanya Allah sahaja yang mampu membalas , pakcik shukor adalah ayah kepada sepupu saya hilang dalam bulan ramadhan yg lalu , sy harap korang boleh tlg share page/gambar ni , mane la tahu ada org yg terjumpe ayah sepupu sya tmpat akhir hilang di perak , KAMPUNG PADANG TENGGALA. pakcik ini menghidapi penyakit Alzhe imer/lemah ingatan jika terjumpa sila hanta kepada balai polis berdekatan atau hubungi no ini 0123237805 0134143396 0125951094 atau hanta ke balai polis yang berhampiran , semoga allah sahaja yang dapat membalas jasa baik dan budi kalian semua , semoga dengan shared gambar ini berkemungkinan ada yang prihatin dan menghantar beliau ke balai polis yang berhampiran ....
MAT SABU SAHKAN DIRINYA ANTI HUDUD
MAT SABU MEROYAN BILA SEBUAH AKHBAR CINA MENDAKWA DIA NAK LAKSANAKAN HUDUD. WOI MAT SABU, BUKAN KA PAS MEMANG BENAR NAK LAKSANAKAN HUDUD. AWAT HANG MARAH PULAK, KIRA BONUS LA KALAU DAH LAPOR MACAM TU. KPS PUN DAH MULA PELIK DENGAN PERANGAI PAS NI. SEMAKIN RAMAI PEMIMPIN DEPA YANG TOLAK HUDUD. APA PASAI JADI LAGU NI ????? APAKAH SUDAH TERSAMPUK KING KARPAL ATAU DIDAKWAH OLEH KING KARPAL????? KEPADA PENYOKONG SERTA PENTAKSUB PAS.....APA LAGI MAU DIJADIKAN BUKTI BAHAWA PAS ANTI HUDUD????? APA BUKTI MAU LAGI????? MACAM MANA LAGI ????? LAGU MANA LAGI????? LAGU MANA? TAK ADA LAGU....MACAM MANA???? TAK ADA MACAM.....
Selasa, 28 Agustus 2012
PEMIMPIN KANAN PR DAN ANAK SUSPEK SUMBANG MAHRAM
JERANTUT: Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.(GAMBAR HIASAN) Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. Mereka dibebaskan pada Isnin. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur. "Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa. Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu. Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12. Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - BERNAMASEMAKIN MENJADI-JADI PEMIMPIN PR NI.....ANDA MAMPU MENGUBAHNYA DEMI GENERASI MASA HADAPAN YANG HALAL.....
TOLAK HUDUD PAS, BUKAN HUDUD ISLAM - TUN M
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS. "Saya tolak hudud PAS, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini. Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran. "Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya. Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya. "Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - BernamaUNTUK LEBIH JELAS....KPS SERTAKAN SURAT TUN M KEPADA NIK AZIZ WALAUPUN BEBERAPA HARI LEPAS KPS MENGELUARKAN SURAT TERSEBUT UNTUK KESEKIAN KALINYA....DI BAWAH SURAT TERSEBUT UNTUK KALI KE BERAPA PUN TAK TAHU DIKELUARKAN OLEH BLOG KPS....
MENJAWAB ISU "SYAITAN" DAN "MALAIKAT" YANG DIBANGKIT OLEH PEMBANGKANG
BERIKUT MENJAWAB MENGENAI APA YANG DIPERKATAKAN OLEH TUN M BERKAITAN "SYAITAN YANG DIKENALI" DAN "MALAIKAT YANG TIDAK KITA KENAL". PR MEMAINKAN ISU INI DENGAN SEBODOH-BODOHNYA. KENAPA KPS MENYATAKAN INI ISU YANG BANGANG DIBANGKITKAN OLEH PR ????? KENYATAAN SEBENAR IALAH TUN M CUBA MEMBERI KIASAN DARI SUDUT PANDANG PAS TERHADAP UMNO. PAS MENGAGGAP MEREKA MAKSUM SEHINGGA MERASAKAN TINDAKKAN MEREKA ISLAMIK DAN UMNO SELALU DILABEL SEBAGAI SESAT. MAKA MANTAN PERDANA MENTERI TUN M TELAH BERKIAS MENGIKUT SUDUT PANDANG PAS BAHAWA UMNO SEBAGAI "SYAITAN YANG DIKENALI" MERUJUK KEPADA UMNO DARI SUDUT PANDANG PAS DAN TUN M MENGGUNAKAN ISTILAH "MALAIKAT YANG TIDAK DIKENALI" MENGIKUT SUDUT PANDANG PAS YANG BOLEH MENGAGGAP MEREKA SEBAGAI MALAIKAT(KONONNYALAH). PERLU DIINGAT AMBIK BAHAWA TOK GURU NIK AZIZ JUGA MENGGELARKAN DAP SEBAGAI SYAITAN...DAN TIDAK KISAH BEKERJA SAMA DENGAN SYAITAN(SEBENAR) UNTUK MENENTANG UMNO.
"SYAITAN YANG DIKENALI" MERUJUK KEPADA UMNO DIGAMBARKAN OLEH TUN M DILIHAT SEBAGAI JAHAT DAN HINA TETAPI SEJAHAT-JAHAT UMNO MASIH MAMPU MENYUMBANG KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DALAM SKALA ATAU DARJAH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. PENTING DICATAT BAHAWA IMAM MASJID AL-AQSA JUGA MELETAKKAN NAMA MALAYSIA DALAM BARISAN HADAPAN MEMPERTAHANKAN PALESTIN. TETAPI....TETAPI "MALAIKAT YANG TAK DIKENALI" MERUJUK KEPADA PAS YANG BELUM LAGI TERBUKTI KEBERKESANAN DALAM PEMERINTAHAN. MAKA PERKATAAN " TIDAK DIKENALI" AMAT SESUAI UNTUK MENGGAMBARKAN YANG BAHAWA KITA SENDIRI BELUM MELIHAT HASIL YANG MEMBERANGSANGKAN SAMA ADA YANG TELAH ATAU AKAN DILAKSANAKAN OLEH PAS. KEBOBROKKAN DI KEDAH DAN KELANTAN MENJELASKAN SEGALANYA. MAKA BILA DIRANGKUM DENGAN PAS OLEH YANG DISIMBOLKAN SEBAGAI "MALAIKAT" MAKA JADILAH "MALAIKAT YANG TIDAK DIKENALI". MENGENAI "MALAIKAT JUGA MEMBUAT KESALAHAN" IA JUGA MERUJUK KEPADA PAS YANG DISIMBOLKAN SEBAGAI "MALAIKAT" PADA AWALNYA....SEMOGA PENULISAN RAKYAT KERDIL SEPERTI KPS INI DAPAT MENJAWAB ISU YANG DIABANGKITKAN OLEH PIHAK PEMBANGKANG........
Senin, 27 Agustus 2012
INSANIAH BAKAL DISWASTAKAN REGIM AZIZAN ???
KUALA NERANG 26 Ogos - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta. Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas. "Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta. "Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dekat sini hari ini. Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri.- BERNAMA
Minggu, 26 Agustus 2012
USTAZ NASA BAKAL TERIMA HUKUMAN.....KING KARPAL TERUS BERDAULAT
PAS ADA SALURAN KATA ......AWAT DR.HASAAN ALI KENA PECAT SECARA KHINZIR BUTA????? APAKAH NASIB SAMA AKAN MENIMPA USTAZ NASA ?????
ILMU BUAT JELAJAH UNTUK PERJELAS HUDUD
ILMU BERHASRAT MENGANJURKAN JELAJAH UNTUKMENERANGKAN APA ITU HUDUD? MALAH PARTI BUKAN ISLAM JUGA DIJEMPUT UNTUK TURUT SERTA. INI LEBIH BAIK DARI PAS YANG HANYA MEMPOLITIKKAN SETIAP MASA HUDUD. PERMAHAMAN DIDAHULUKAN,PERLAKSANAAN DIUTAMAKAN
Sabtu, 25 Agustus 2012
ADA PIHAK MAU SERANG MALAYSIA...FIKIR MASAK-MASAK DULU
ADA SESETENGAH PIHAK DI INDON MEMANG DALAM LUBUK HATI DEPA NAK SERANG MALAYSIA.....TAPI MASIH RAMAI YANG POSITIF.....UNTUK PIHAK YANG BERHAJAT UNTUK MENYERANG MALAYSIA......KPS TUNJUKKAN....11 ORANG MALAYSIA BERHADAPAN DENGAN RATUSAN RIBU TANPA GENTAR SEDIKIT PUN,,,,,,
MALAYSIA DULU,KINI DAN SELAMANYA TERBAIK......
PELAMIN ANGAN PAK NUAR BERKECAI
PEGHRRRR....1POLITIK. INILAH DIKATAKAN 1 POLITIK BILA TIDAK KIRA DARI KEM PEMBANGKANG ATAU KERAJAAN BERSATU UNUK MENEMPELAK PAK NUAR DALAM PROJEK 16 SEPTEMBER BELIAU....TAPI YANG PALING MERASAKAN KESAN PASTINYA SAIFUDDIN NASUTION IAITU IKON KATAK SEMALAYSIA ANTARA YANG PALING HEBAT LOMPATAN POLITIKNYA.....
SHAH ALAM - Pindaan perlembagaan kepada Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti perlu diperhalusi dan dikaji dengan lebih komprehensif untuk kepentingan semua pihak. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, jika mengambil kira sembilan wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti itu, ia bukan melompat parti, tetapi mereka menubuhkan satu badan bebas lain kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi. "Ketika ramai ahli parlimen pembangkang yang meninggalkan parti, kebanyakan dari mereka tidak masuk Umno atau parti komponen Barisan Nasional (BN), tetapi mereka mewujudkan entiti lain. "Berkemungkinan akta ini boleh dipertimbangkan sekiranya ia memberikan faedah kepada semua pihak," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mengulas cadangan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu akta itu dipinda secepat mungkin kerana isu lompat parti sudah terkena batang hidung sendiri. "Karpal memang seorang yang tidak konsisten kerana sentiasa mengeluarkan kenyataan yang menyebelahi kepentingan pembangkang, peribadi dan keluarganya, termasuklah ketika bercakap tentang hukum hudud dengan pandangan yang keterlaluan sehingga menghina agama lain demi kepuasan diri sendiri. Saya sudah tidak yakin kepada apa yang diusulnya," katanya. Sebelum ini, Karpal mahu BN meminda ke atas Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti yang membabitkan wakil rakyat dan berjanji Pakatan Rakyat (PR) akan memberi sokongan kepada Kerajaan Pusat. Beliau turut meminta pimpinan BN untuk mempertimbangkan langkah alternatif kepada keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membawa usul berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) November ini. Dimana, Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) boleh membawa perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan, sebagai pengganti kepada Mahkamah Agung dan mahkamah tertinggi di negara ini, untuk menyemak semula deklarasi 1992 dalam kes Nordin Salleh. Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti sekali gus meminta ia dapat digubal sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Ahli Parlimen Rembau itu berkata, cadangan tersebut perlu diusulkan pada sesi parlimen yang akan datang. "Kalau ada wakil rakyat yang nak lompat, dia perlu letak jawatan dahulu dan pilihanraya kecil perlu diadakan. "Calon yang dipilih mestilah atas kehendak diri sendiri dan juga parti yang mereka wakili. Jadi, ia tidak adil untuk mereka memecahkan amanah pengundi yang memilih mereka berdasarkan parti," katanya. Beliau berharap, undang-undang ini boleh menjadi realiti. Menurutnya, beliau berasa risau sekiranya tiada undang-undang atau akta seperti ini, berkemungkinan rakyat akan menyaksikan sekali lagi usaha pihak tertentu untuk mengulangi rancangan 16 September 2008 lalu di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu wakil rakyat melompat parti sekaligus menumbangkan kerajaan.~SH
YANG HALAL TAK BOLEH, YANG HARAM JUGA O.K
KPS PUN HERAN DENGAN JUAK-JUAK PR NI....BUKAN KA PEHIN SERI NI DENGAN BINI DIA...BUKAN DENGAN CHINA DOLL ATAU JANTAN DOLL .......KALAU ISTERI SAH TAK BOLEH KITA NAK BERMESRA ATAU HARAM.....KAT BAWAH NI LAGU MANA AGAKNYA.....
APA KOMEN CAI-CAI PR???
Jumat, 24 Agustus 2012
MINIT MESYUARAT PAS PULA BOCOR...DAP MARAH ?
MINIT MESYUARAT PAS 22 JANUARI 1986 PERKARA 5.5 TERDEDAH.......
RISALAH DI BAWAH DIKELUARKAN OLEH PAS PENDANG PADA TARIKH 25 JANUARI 1985....PEGHHHHRRRRRRR......PAS PUN BOLEH BUAT DAP MARAH KALAU MACAM NI.....TAPI DAP LU JANGAN RISAU....LU ABANG BESAR....PAS IKAN BILIS,,,,,MANA BERANI SANGGAH LU(DAP).....
PAS-PKR DAN DAP TOLAK HUDUD....UMNO JUGA YANG BERDOSA
AHLI PARLIMEN PAS KUALA SELANGOR DR. DZULKEFLY........KATA HUDUD MASIH BELUM BOLEH DILAKSANA DI MALAYSIA........
Shah Alam : Ketika pemimpin pas mahu hukum hudud dilaksanakan, Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula berbeza pendapat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, tidak setuju Hudud dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang islam itu secara mneyeluruh.Katanya,sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan. "Selain itu, banyak pekara lagi yang perlu dibuat dan semua pihak harus memahaminya. Usaha menerapkan pemahaman mengenai hudud tidak boleh hanya melibatkan golongan tertentu, perlu merangkumi semua pihak agar tidak ada yang terkeliru," katanya. Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.Bercakap dalam satu program bual biacara anjuran televisyen internet,MobTV bersama Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya bertajuk 'Hentikan Polemik hudud,' beliau berkata, isu hudud kini semakin menjadi permainan politik. "Dalam keadaaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud," katanya. katanya,ini perlu diperjelaskan kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan melalui hudud. Minggu lalu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mencadangkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu, terus menentang hudud.Ini berikutan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertikaikan perlaksanaan hudud malah memberi amaran supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam itu jika diberi peluang memerintah negara ini.AHLI PARLIMEN PAS SHAH ALAM IAITU KHALID SAMAD PULA CUBA 'BACK-UP' KENYATAAN RAKAN PARTINYA DENGAN PENUH KEKELIRUAN....SEPERTI MANA DALAM GAMBAR DI ATAS...PEGHHHH,,,PUSING-PUSING BEB.......... DISAMPING ITU JUGA, YANG TERBARU SI SALAHUDIN AYOB IAITU NAIB PRESIDEN PAS YANG BAKAL DITERAJANG KE JOHOR MENAMBAH PERISA DALAM HAL INI DENGAN SEKALI LAGI MENGELUARKAN KENYATAAN YANG BAKAL MEMBUAT PARA PENCERAMAH PAS BELAJAR MODEL BARU SILIBUS UNTUK MENIPU DIPENTAS CERAMAH. SALAHUDIN AYOB TURUT MENEGASKAN BAHAWA HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANA DALAM MASA TERDEKAT. BUKAN ITU SAHAJA, PEMIMPIN VETERAN PAS IAITU MUJAHID YUSOF RAWA TURUT BERSEPENDAPAT TETAPI DALAM KEADAAN YANG LEBIH RADIKAL IAITU JIKA PR(DAP-PKR-PAS) MENANG PRU-13, PAS TIDAK AKAN USULKAN HUDUD DALAM PARLIMEN..... BAGI BUAT TERAKHIR, PENASIHAT PARTI KEADILAN RAKYAT PULA MENYATAKAN DENGAN SERIUS BAHAWA HUDUD BUKAN AGENDA PR. TAK DAK PUN DALAM BUKU JINGGA, DAN KATA BELIAU LAGI HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN. PEGHHHHGGGGRRRRR.....MEMANG KENA TUKAQ MODUL BARU LA PENCERAMAH PAS LEPAS NI. DULU DEPA KATA UMNO ANTI-HUDUD TAPI LA NI YANG NAK HALANG ORANG DEPA SENDIRI....WALAWEHHHHHH....ADUHAI......... NIK AZIZ PUN RISAU JUGAK.......MAKA PAS KINI MEMAINKAN ISU KONONNYA TUN M MENGHALANG HUDUD DARI DILAKSANAKAN....UNTUK MENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT.....TENGOK SURAT TUN M DI BAWAH.....TUN M BUKAN ANTI HUDUD...TAPI TUN M ANTI HUDUD YANG DIDRAF PAS YANG MASIH MEMPUNYAI KEKURANGAN YANG KETARA DAN TIDAK DAPAT BERLAKU ADIL......BUKAN TUN M MENOLAK HUDUD, TAPI MENOLAH YANG DIDRAFKAN OLEH PAS...... DALAM PERUNDANGAN ISLAM, BUKAN HANYA TERDAPAT HUDUD, TETAPI TERDAPAT JUGA QISAS DAN TAKZIR.....DALAM HAL INI....PAS TIBA-TIBA U-TURN DAN MENGGUNAKAN HUJAH TUN M UNTUK MENANGGUHKAN HUDUD.....APAKAH TUN M TELAH BERJAYA MENDAKWAH KEPADA PAS. SEBALIKNYA KETUA PEMUDA PAS PUSAT KANTOI MENIPU KONONNYA KARPAL SUDAH MENERIMA HUDUD SEBALIKNYA KARPAL TERUS MENGHINA HUDUD. TAPI KARPAL TERSELAMAT KERANA POK NIK THE LEGEND YANG SEDANG SAKIT DAN DIHOSPITAL SEKARANG(MUNGKIN TENGAH BACA PAPER UTUSAN) MENYATAKAN KEADAAN SEKARANG TIDAK AKAN MENGGOYAHKAN KERJASAMA PAS DAN DAP DALAM MERAMPAS PUTRAJAYA. DAN UNTUK KESEKIAN KALINYA KETUA PEMUDA PAS PUSAT AKAN TERUS MALU SENDIRI DENGAN KENYATAAN "CAKAP DULU, PIKIAQ KEMUDIAN" BELIAU..... BUKANKAH TUAN HAMBA YANG MENAIKI MOTO KECIK TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA KING KARPAL TELAH MENERIMA HUDUD....APAKAH TUAN HAMBA TIDAK TAKUT NERAKA KERANA MENIPU???????
Langganan:
Postingan (Atom)