Minggu, 05 Februari 2012

ZAID IBRAHIM PENING KERANA AIR KETUM ????? DIA 'U-TURN' PULAK DAH




SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim telah menarik balik keputusan untuk membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), tiga hari selepas beliau mengejutkan banyak pihak termasuk ahli dan pengikutnya akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi tujuan itu.
Sinar Harian Onlinedifahamkan Zaid menerusi pegawai kanannya telah memaklumkan beberapa pengerusi negeri pagi ini.
Pengerusi Kita Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, pegawai penyelaras parti ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan," kata beliau.
Justeru kata Mohd Zaid, jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab Kita harus dibubarkan.
Kata Mohd Zaid, beliau mengucapkan terima kasih kepada Zaid kerana bersedia untuk mendengar pandangan pengerusi-pengerusi negeri yang merasakan tidak perlu diadakan EGM untuk membubarkan Kita.
"Ini perkembangan baru. Apa yang penting sekarang ialah kepimpinan parti perlu mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan segala isu yang timbul dan menyusun strategi hala tuju menghadapi cabaran pilihan raya.
"Kita sebenarnya sudah mula mendapat sambutan. Sekarang ini pun saya sedang menghadiri majlis menerima ahli-ahli baru di Senggarang," katanya ketika dihubungi petang ini.
Kelmarin, Mohd Zaid bersama pengerusi beberapa negeri melahirkan pendirian tidak setuju dengan langkah Zaid mahu membubarkan Kita.
Dalam pada itu, Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim yang dihubungi berkata, beliau tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara tersebut.
"Cuma saya ada dengar begitu. Tetapi, saya berpendirian bahawa kemungkinan Datuk Zaid mengambil pendirian baru ini ekoran bantahan daripada banyak pihak dalam Kita," katanya.
Tegas Zamil, pendirian beliau masih sama sebagaimana dilahirkan kelmarin iaitu Zaid harus berundur daripada memimpin Kita dan memberi laluan kepada orang lain yang mampu dan berkemampuan untuk menerajui parti berusia setahun ini.
"Beliau boleh menyertai sama ada BN atau Pas memandangkan ada pihak sudah mempelawa beliau, seperti yang disiarkan oleh akhbar hari ini... beliau sudah tidak layak untuk menerajui Kita," katanya lagi.
Khamis lalu, Zaid berkata, akan membubarkan parti itu untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada pembangkang.
Menurut Zaid, Kita akan dibubarkan menerusi EGM yang akan diadakan tidak lama lagi tetapi tidak memaklumkan tarikhnya.
Usaha untuk mendapatkan pengesahan Zaid masih belum berhasil.


KPS: AWAT PENING SANGAT HANG NI ZAID,,,,,,PEKENA AYAQ KETUM KA ????

Tidak ada komentar:

Posting Komentar