Sabtu, 04 Februari 2012

SIAPA BANTU ZURAIDAI TORON MENYERANG SHARIZAT ????


DARI BLOG GELOMBANG RAKYAT....

Bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri RafidahAziz dikesan telah menyelar Shahrizat melalui laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

Rafidah dilihat mengambil kesempatan atas isuini turut'membantu' serangan jahat PKR dengan nada sindiran membuat desakan yang sama seperti MP Kinabatanga dan Ketua UMNO Bahagian Cheras secara terbuka kepada pihak media.

Tindakan Rafidah dilihat bertentangan dengan prinsip yang didakwa beliau ketika memegang jawatan No. 1 sayap parti tersebut yang berbunyi,

"Bukan prinsip saya menyerang mana2 individu dalam parti jika adalah masalah timbul melibatkan saya dengan mereka. We ar family. Prinsip saya sewajarnya ditanam dalam setiap pemimpin UMNO adalah menyelesaikan segala isu melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi. Rakyat memandang kejujuran kita melalui aspek itu."

Kenyataan tersebut diberikan Rafidah pada Sidang Media disaksikan ha,pir kesemua wakil Wanita parti komponen BN ketika kempen PRK Kuala Terengganu.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang disoal wartawan ketika selamat tiba dai menunaikan ibadah umrah menjelaskan, beliau tidak diberitahu mengenai hal tersebut sepanjang berada di tanah suci Kota Mekah. Namun beliau dengan rasa rendah diri tetap menghormati Rafidah selaku bekas Ketuanya itu.

Ditanya mengenai situasi beliau sepanjang mengerjakan Ibadah Umrah, beliau berkata tiada apa yang terlintas di mindanya melainkan Solat dan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan iman dalam berhadapan dengan cabaran fitnah Pembangkang ini.

Lantas dengan semangat baru menegaskan beliau tidak akgan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.

Beliau berkata tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran.

"Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.

"Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
.
Mengenai sama ada beliau akan terus berada dalam barisan Kabinet, katanya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar