Sabtu, 04 Februari 2012

JAMIL KHIR TEMPELAK FITNAH JAHAT PASrasit





PUTRAJAYA, 3 FEB : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk program politiknya sebagai fitnah.

Beliau menyifatkan usaha Pas meniupkan persepsi bahawa dana Yayasan Taqwa hanya untuk mereka di Wilayah Persekutuan sebagai fitnah dan permainan politik pembangkang yang mengenepikan kebenaran. aspek benar dan salah demi menimbulkan persepsi negatif rakyat.

"Seluruh Malaysia kita bagi bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru-baru ini saya sampaikan bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya.

"Dakwaan yang kata saya salah guna duit Yayasan Taqwa tidak betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dipengerusikannya bagi membiayai program politiknya di Jerai, Kedah.

Laporan itu menyebut Jamil Khir menggunakan peruntukan tersebut untuk memberi bantuan kepada masyarakat di Jerai iaitu kawasan yang akan ditandingi beliau pada pilihan raya umum akan datang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar