Jumat, 03 Februari 2012

RUMAH ORANG KAYA TERBAKAQ.....ATAU KENA BAKAQ ?????




Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.

Menurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.

KPS: PEGHHHHH....MEWAH GILA......TAPI AWAT DEPA SELALU KUTIP DUIT TABUNG MASA CERAMAH....PENYOKONG DOK MISKIN...PEMIMPIN KERETA SEMAKIN BESAQ....KALAU UMNO SAH DEPA BALUN 'KAW-KAW' TAPI PAS FOR KRONI...ORANG DEPA SEMUA MAKSUM

Tidak ada komentar:

Posting Komentar