Jumat, 10 Februari 2012

RPK KATA PR= Pembunuh Rakyat


MASA RPK KATA NAJIB TERLIBAT KES ALTANTUYA PIHAK PEMBANGKANG YAKIN DAN PERCAYA, BILA RPK KATA DIA BERSUMPAH PALSU DALAM KES ALTANTUYA PIHAK PEMBANGKANG TETAP MENGANGGAP BERITA FITNAH ITU BENAR,,,,KINI.....RPK KATA PR=PEMBUNUH RAKYAT,,,,,APA PULAK REAKSI PEMBANGKANG

Kerajaan PKR Selangor anggap serius

SHAH ALAM 9 Feb. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menganggap dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamarudin bahawa kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik yang dipercayai dibunuh mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang adalah serius.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, pihaknya menggesa polis melakukan penyiasatan secara profesional bagi memberikan keadilan kepada mangsa dan kerajaan negeri yang secara tidak langsung dikaitkan oleh Raja Petra.

''Malangnya apa yang ditulis oleh beliau lebih kepada rasa curiga beliau, tanpa sebarang petunjuk, sokongan yang boleh diguna pakai," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendirian kerajaan negeri berhubung dakwaan Raja Petra dalam entri bertajuk Episode 2: The Murder of a Whistleblower yang disiarkan oleh portal berita, Malaysia Today semalam.

Dalam entri itu penulis blog berkenaan mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor.

Katanya, ia berdasarkan pertemuan antara beliau dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir untuk disiar dalam Malaysia Today.

Dalam kejadian pada 19 November 2009 lalu, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.

Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi ASD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.

Dalam pada itu, sebagai memperjuangkan kematian sahabat baiknya itu, Raja Petra berikrar akan mendedahkan segala bukti rasuah dan penyelewengan pasir yang didalangi beberapa pemimpin pakatan pembangkang selepas tiga tahun beliau mengumpul maklumat.

Ujarnya, tindakan tersebut demi memberi penghormatan kepada Patrick kerana mendiang semasa hayatnya menentang aktiviti rasuah dan penyelewengan pasir di Selangor yang seolah-olah 'dihalalkan' walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui perkara itu.

"Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penghormatan kepada mendiang walaupun sedar dengan risiko nyawa yang terpaksa saya hadapi tetapi jika apa yang berlaku pada Patrick terjadi ke atas saya, ia mengesahkan apa yang saya kata (pembunuhan) tentang mendiang," dakwanya.

Dalam pada itu, polis hari ini menjelaskan kematian Patrick pada 2009 telah diklasifikasi sebagai kes bunuh sejak awal lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin menyangkal andaian bahawa polis memutuskan bahawa kematian Patrick adalah akibat jatuh," kata Mohd Bakri dalam kenyataan hari ini.

''Dari awal lagi, kes itu diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes masih belum ditutup dan penyiasatan masih diteruskan," tegasnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar