Jumat, 03 Februari 2012

PESANAN KEMANUSIAAN: SESIAPA BOLEH BANTU????

DARI BLOG PAPA GOMO....

GAMBAR MOHD NOR FITRI BIN MARZUKI


Hari ni hari Jumaat dah tentu ramai yang akan keluar ke Masjid Masjid dalam menunaikan Solat Jumaat. Jadi Gomo dengan rendah hati ingin meminta bantuan dari pembaca untuk sama sama kita mencari seorang remaja lelaki yang Hilang. Berikut makluman yang diberi:

Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak 23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.

Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.

Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

KENYATAAN DARI BLOG BADUT RAKYAT....

Kepada Pembaca Badut Rakyat dan Rakan-Rakan Seperjuangan tak kira anda dari manapun berada tolong sebarkan cerita ini.Disini puan su atau nama sebenar suraya ingin memohon jasa baik anda semua untuk menolong mencari anak saudara beliau Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down beliau yang telah hilang semenjak 23/1/2012 yang lalu sehingga kini.ada maklumat yang mengatakan kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian jelutong.sekiranya anda menjumpai kanak-kanak syndrom down yang hilang ini sila hubungi puan suraya di talian 019-5449170.pertolongan Anda amat di hargai.Terima Kasih...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar