Senin, 13 Februari 2012

MB TERENGGANU NAK BERGOMOI DENGAN PAS,,,,,CABARAN DISAHUT


MB TERENGGANU TAK MAU TUNDUK KEPADA PAS. INILAH YANG KITA MAHUKAN, TAPI KALAU hamPAS SUDAH PASTI TUNDUK KEPADA DAPig. KPS MENYATAKAN SOKONGAN TAK BERBELAH-BAHAGI KEPADA MB TERENGGANU.


Label ‘parti ajaran sesat’: MB Terengganu sedia disaman Pas

HULU TERENGGANU 12 Feb. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said enggan tunduk kepada desakan Pas yang memberi tempoh tiga hari agar beliau menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ‘parti ajaran sesat’.

Malah, Ahmad bersedia disaman oleh Pas berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Beliau tidak sesekali gentar dengan desakan parti tersebut kerana yakin dakwaan terhadap Pas itu mempunyai kebenaran berdasarkan banyak bukti kukuh.

“Ikut pandai dia lah (terserah pada Pas), saya tunggu (bila Pas akan saman). Saya tak akan tarik balik.

“Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah. Tapi dia kata kita (BN dan UMNO) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di daerah ini hari ini.

Ahmad diminta mengulas mengenai pendiriannya berhubung desakan Pas agar beliau menarik balik kenyataannya selepas melabelkan Pas ‘parti ajaran sesat’.

Minggu lalu, Pas memberi tempoh tiga hari kepada Ahmad agar menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan ‘parti ajaran sesat’.

Amaran itu dinyatakan Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik bahawa sekiranya dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataannya, parti itu akan mengambil tindakan terhadapnya.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, penyelewengan dan kesesatan yang dibawa Pas terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.

Bukti jelas dan nyata, kata beliau, adalah ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah Pas berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub,” tegasnya.





KPS: SOKONG KENYATAAN AHMAD SAID.....JANGAN TUNDUK PADA PAS(PARTI ADAT & SUKAN)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar