Sabtu, 04 Februari 2012

KERJASAMA BLOGER MESRA KERAJAAN DAN BLOGER PEMBANGKANG BERHASIL....ALHAMDULILLAH


SEMALAM BEBERAPA BLOGER BAIK KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG TELAH BERGANDING BAHU MENGHEBAHKAN BERITA KEHILANGAN MOHD NOR FITRI. HASIL DARI HEBAHAN TERSEBUT DAN DENGAN IZIN ALLAH JUA, MAKA MOHD NOR FITRI YANG DILAPORKAN HILANG TELAH DITEMUI SEMULA. KPS JUGA MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB SOSIAL INI DENGAN MENGHEBAHKAN DI BLOG DAN BEBERAPA GROUP STATEGIK DI DALAM FB. PERSOALAN KINI, APAKAH TIDAKKAH PARA PEMIMPIN PARTI POLITIK MELAYU ISLAM BOLEH BERKOMPROMI DALAM SESETENGAH PERKARA. KPS TIDAK SEBUT 1PARTI TAPI KPS NYATAKAN IALAH 1HATI.

DI BAWAH KENYATAAN DARI KELUARGA......

Assalamualaikum.

Alhamdulillah....syukur dan syukur ke hadrat Illahi kerana telah menemukan kembali Mohd Nor Fitri dengan keluarganya.

Kak Su bagi pihak keluarga Mohd Nor Fitri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Papagomo dan rakan-rakan blogger yang lain yang telah menolong menghebahkan tentang kehilangan adik Mohd Nor Fitri dan dengan Kehendak Nya juga kami telah berjaya menjumpai Mohd Nor Fitri di Bukit Mertajam, Penang sebentar tadi. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang begitu prihatin menalipon dan sms memberi maklumat tentang adik Fitri.
Disini kak su juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Omar (wartawan metro) kerana telah menyiarkan berita kehilangan Fitri hari ini.

Disertakan gambar Mohd Nor Fitri semasa dijumpai bersama ibu dan kakak.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih dan semoga Allah merahmati dan melindungi kalian semua....

-Kak Suraya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar