Jumat, 10 Februari 2012

KERAJAAN PEMERINTAH MAGRIBI INGIN CONTOHI UMNO......UMNO MEMANG TERBAIK




KUALA LUMPUR, 10 Feb. – Keteguhan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara terus dikagumi oleh parti-parti luar termasuklah Party of Justice and Development (PJD) Morocco yang baru mendapat mandat berkerajaan pada Disember lalu.

Dalam kunjungan delegasi PJD seramai enam orang yang diketuai oleh Datuk Bandar Meknes, Mohaamad El Atellah kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa kepimpinan UMNO yang berjaya mengekalkan kesinambungan kesejahteraan dengan Presidennya yang juga Perdana Menteri menerajui Malaysia dari sebuah negara miskin dan ketinggalan kepada sebuah negara yang moden dan membangun amat dikagumi.

?Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah membawa Malaysia ke persada antarabangsa sebagai sebuah negara yang sangat pesat membangun dengan masyarakatnya pelbagai kaum tetapi mampu mengecap dan menikmati kehidupan yang harmoni tanpa ada pertelingkahan,? katanya.

Pertemuan tersebut diadakan di pejabat Setiausaha Agung, Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

PJD yang telah memenangi jumlah terbesar kerusi iaitu sebanyak 107 buah kerusi daripada 395 yang dipertandingkan di dalam pemilihan parlimen Morocco berminat untuk mempelajari struktur dan organisasi UMNO yang terpatri kukuh sebagaimana terkandung dalam Perlembgaannya sejak ia ditubuhkan.

?Kami melihat UMNO mempunyai banyak kelebihan dalam pentadbiran dan struktur pengurusan khususnya apabila berdepan dengan pelbagai krisis dengan mampu terus mengekalkan keamanan,? katanya yang amat mengagumi kepimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut menjemput delegasi dari UMNO untuk bertandang ke Morocco bagi melihat dengan lebih dekat keadaan di negara mereka selain memberikan pandangan yang boleh diaplikasikan dalam pentadbiran mereka.

Sebelum itu, dalam penerangannya, Tengku Adnan turut menekankan bahawa stuktur dan asas yang kukuh adalah pemangkin kepada sebuah pentadbiran tanpa perlu diubah sebagaimana parti-parti pembangkang yang boleh menjanjikan macam-macam kerana mereka belum berkerajaan.

?Bukan mudah untuk menguruskan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan agama berbeza tetapi dengan kesinambungan pentadbiran dan keyakinan dari kepimpinan teratas dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaplikasikan 1Malaysia yang amat rasional untuk semua.?

Jelasnya, BN dan UMNO sentiasa bersedia mengadakan kerjasama dan jalinan persaudaraan dengan mana-mana parti politik di dunia selain dapat bertukar-tukar fikiran bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat. – MediaUMNO

Tidak ada komentar:

Posting Komentar