PAGI TADI BLOGER RBF ADA MEMBERI SATU TEKA TEKI IAITU SIAPA PEMIMPIN PKR YANG BERJUMPA DENGAN SAIFUL BUKHARI DAN MENDOAKAN SAIFUL MENANG KES....????? DAN SEKARANG SUDAH TERJAWAB....
LANGSUNG DARI BLOG RFB ONLINE....
Sepertimana yang dijanjikan, ahli majlis pimpinan PKR yang berjumpa dengan Saiful dan doakan kejayaan kepada Saiful adalah individu seperti gambar diatas. Namanya Fariz Musa.
Pertemuan berlaku pada hari raya haji yang lepas.
Tempatnya di Hentian Sebelah Lanchang Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan ke Kuala Lumpur.
Pertemuan berlangsung lebih kurang 15 minit.
Dalam pertemuan itu Fariz mendengar penjelasan dari Saiful apa sebenarnya yang terjadi berhubung kes liwatnya.
Tidak ada sebarang pertengkaran atau apa-apa yang tidak baik berlaku dalam pertemuan itu. Ianya berlangsung dengan cukup mesra.
Video rakaman pertemuan tersebut ada di tangan seseorang dan akan didedahkan sekiranya Fariz menafikan pertemuan itu.
Sekarang zaman teknologi, semua orang ada kamera dalam poket.
Sebelum berpisah Fariz ungkapkan doa kejayaan kepada Saiful.
Apabila mendengar kisah ini saya teringatkan peristiwa pertemuan Saiful dengan Ezam sehari sebelum beliau membuat laporan polis diliwat oleh Anwar. Pertemuan Saiful dengan Ezam juga berlangsung di lebuhraya. Berhampiran plaza tol Bukit Beruntung.
Nampaknya Fariz mengikut cara bekas bosnya dengan mengadakan pertemuan di tempat-tempat yang orang tak syaki. Jika pertemuan diadakan di hotel-hotel atau di restoran-restoran sudah tentu ianya mudah menjadi perhatian ramai dan Fariz akan kantoi. Ingatkan apabila bertemu di lebuhraya dia akan selamat. Rupa-rupanya kantoi juga...
Mungkinkah Ezam yang terlibat mengaturkan pertemuan tersebut ?
Fariz sudah dengar dari mulut Saiful sendiri apa yang terjadi dan dia telah tahu bagaimana buruknya perangai Anwar, dan boleh dikatakan semua pemimpin-pemimpin PKR sudah tahu perkara tersebut. Tetapi mereka tetap nak melembukan orang ramai agar berhimpun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 9.Jan.2012.
Sampai bilakah anda semua hendak dibodohkan oleh Anwar ?
Anu Anwar yang sedap. Susah payah anda yang tanggung.
Pemimpin PKR sendiri pun selama ini yang memaki hamun Saiful dengan pelbagai kata-kata nista sanggup jumpa Saiful untuk dengar dari mulutnya sendiri dan boleh doakan untuk kejayaan Saiful, jadi tak usahlah anda semua nak diperbodohkan oleh Anwar dan Azmin.
Sekiranya Fariz Musa yakin Saiful berbohong dan Anwar benar-benar difitnah, selepas jumpa Saiful tempohari dah tentu dia buat sidang media umumkan perkara tersebut. Tapi selepas jumpa Fariz diam seribu bahasa. Itu tandanya dia tahu Saiful berada di pihak yang benar dan dia percaya kepada Saiful. Lagi satu kalau dia tak yakin dengan Saiful, tak mungkin dia boleh doakan kejayaan kepada Saiful.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar