1. Dominique Strauss Kahn (Pengarah Pelaksana IMF, warganegara french)
Pengarah pelaksana IMF ini ditahan pihak Polis New York, Amerika Syarikat pada tahun 2007, setelah menerima laporan seorang pekerja hotel yang berusia 32 tahun di Hotel Sofitel. Calon kuat Presiden french ini dituduh atas gangguan seksual lebih kepada kecenderungan mengajak melakukan seks ke atas staf hotel itu, setelah Strauss Kahn sebelumnya berbogel di bilik air hotel bintang lima itu. Penangkapan dirinya berjalan dramatik, kerana ketika itu dia sudah berada di pesawat yang hanya. Berlepas 10 minit ke french
2. Clinton berjaya lepas dari usaha pemecatan di Perbicaraan Senat pada Februari 1999. Sebelumnya, dia melobi keras lawan politik dan meminta maaf kepada rakyat Amerika karena berbohong terkait hubungan sulit dengan mantan staf rumah Putih, Monica Lewinsky.
3. Moshe Katzav (mantan Presiden Israel, warga negara Israel)
Pada Disember 2010, Pengadilan Tel Aviv menyatakan Katzav bersalah atas dua tuntutan perkosaan terhadap seorang mantan kakitangan wanitanya ketika dia masih menjawat Menteri Perlancongan. Ini puncak proses empat tahun yang membuatnya wajib berundur dari posisinya sebagai presiden. Mac 2011, dia dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara.
4. Pada Mei 2000, Banana dijatuhi hukuman satu tahun penjara kerana sodomi dan pelanggaran homoseksual lainnya terhadap seorang lelaki ketika menjawat jawatan presiden pada tahun 1980-an. Dia dibebaskan pada Januari 2011, setelah menjalani lapan bulan hukuman.
DAN YANG KELIMA....
PAK NUAR....
DAN BACA KISAH MEROYAN PALING TARGIK DI BAWAH...
Saya tetap jadi PM walaupun dipenjara - Anwar
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.
Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang 'Perdana Menteri sementara' jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.
Malah, beliau juga tidak menjangka dipenjarakan begitu lama walaupun hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun.
''Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.
"Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama," katanya dalam wawancara tersebut.
Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan Parti AK di Turki, apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti mereka, Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan.
Pada masa itu jawatan Perdana Menteri sementara disandang oleh Abdullah Gul dan beliau berjaya melaksanakan pindaan undang-undang untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.
Sementara itu ketika menyampaikan ceramah di Machang, malam tadi, Anwar melahirkan keyakinan akan dibebaskan daripada penjara jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang tersebut mahu jentera pakatan rakyat bergerak habis-habisan bagi memastikan mereka memenangi setiap kerusi yang ditandingi supaya dapat membentuk kerajaan dan seterusnya membebaskan beliau daripada penjara.
Dakwa beliau, tuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya adalah tuduhan politik dan ia boleh diselesaikan melalui tindakan politik oleh pakatan pembangkang selepas mereka berjaya membentuk kerajaan.
"Hukuman kita pun politik, jadi dalam pilihan raya pastikan setiap kerusi yang dipertandingkan di Kelantan dan kawasan-kawasan yang kita bertanding baik Pas, PKR mahu pun DAP, kita pastikan kita menang,'' katanya.
Menurut Anwar, beliau percaya dengan kesetiaan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang terhadapnya.
Sehubungan itu katanya, kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang adalah lebih utama berbanding keputusan kes liwatnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar