Selasa, 10 Januari 2012

POK NIK DAN SEKALIAN PENYOKONG PAK NUAR PERLU JILAT KAKI PM ?????



SELEPAS KEPUTUSAN MAHKAMAH MEMBEBASKAN PAK NUAR, BANYAK PERKARA BODOH TELAH BERLAKU DALAM PEMBANGKANG. MAHKAMAH YANG DULU DIHINA DAN DICERCA DISANJUNG DAN DIPUJI DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA. PERKARA INI KATA YB ZULKIFLI NORDIN(BEKAS PEGUAM PAK NUAR) TELAH MENYEBABKAN BERUK-BERUK DI ZOO NEGARA JUGA TERKEJUT BERUK DENGAN PELAKUAN PENYOKONG PAKATAN BERKENAAN. POK NIK YANG MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA SUDAH TAHU KEPUTUSAN MAHKAMAH IAITU PAK NUAR BERSALAH MENUKAR 'GEAR' LIDAH BELIAU DARI 'GEAR DRIVE' KE 'GEAR REVERSE'....POK NIK MENGATAKAN MAHKAMAH ADIL....SEBELUM NI TIDAK ADIL.....WALAWEH WARGA EMAS YANG SORANG NI....

DAN POK NIK PERNAH KELUAQ FATWA BAHAWA YANG MENUDUH ANWAR PATUT CIUM KAKI PAK NUAR. SEPERTI SARANAN TERSEBUT, SELAYAKNYA POK NIK, PAK NUAR DAN SELURUH PEMBANGKANG YANG MENGATAKAN BAHAWA PERTUDUHAN LIWAT PAK NUAR KONSPIRASI PERDANA MENTERI, ELOKLAH POK NIK DAN SEKALIAN MEREKA BERATUR KE PUTRAJAYA DAN MENCIUM TANGAN DAN KAKI PERDANA MENTERI. POK NIK PON DAH USIA SUBSIDI SAHAJA, KPS RISAU POK NIK TAK SEMPAT.

Nik Aziz akui mahkamah adil

KOTA BHARU 9 Jan. - "Tentunyalah adil." Demikian reaksi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas sistem kehakiman negara selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Bagaimanapun Nik Aziz turut mengulangi pendirian beliau bahawa, tuduhan ke atas Anwar sebagai fitnah yang wujud daripada permainan politik kotor pihak tidak bertanggungjawab.

"Kalau tengok pada zahir pun nampak terang-terang jahat. Fizikal Anwar hendak bawa diri pun teruk. Hendak duduk sakit, hendak bangun lagilah sakit kerana belakang dia telah dirosakkan semasa dalam penjara. Orang macam ini macam mana nak guna seks dengan orang muda.

"Benda-benda begini semua orang tahu, orang muda boleh tendang Anwar Ibrahim, tapi fitnah," katanya semasa ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zabidin Diah hari ini memutuskan Anwar yang berdepan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu tidak bersalah berdasarkan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful.

Pembangkang pernah dilaporkan menuduh mahkamah sebagai tidak adil dengan mengamalkan undang-undang berat sebelah dan tidak akan memihak kepada Anwar.

Malah, Anwar sendiri dilaporkan pernah melancarkan pelbagai persepsi buruk melalui 'road show' politiknya kepada umum, kononnya sistem perundangan di negara ini tidak adil dan dikawal oleh kerajaan dan UMNO.

Berikutan keputusan mahkamah hari ini, Nik Aziz berharap politik fitnah tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kelantan itu mendakwa wartawan yang pernah membuat berita fitnah ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut akan menanggung dosa besar dan tidak akan masuk syurga.

"Wartawan yang membuat fitnah kepada Anwar itu menanggung dosa besar dan tidak akan dapat masuk syurga, kalau tidak minta maaf dengan Anwar," dakwanya.

1 komentar:

  1. nuar dan pengikut2nya kena berterima kasih pada umno kerana mahkamah umno telah membebaskan nuar....

    BalasHapus