Jumat, 13 Januari 2012

BLOGER PKR YANG BACUL UNTUK BERHADAPAN PERBICARAAN




MAKLUMAT DARI RAKAN FB.....

Mohd Noor
Kes Hina Mahkamah Tngguh Kerana Penulis Blog 'Hilangkan Diri'

Kuala Lumpur 13 Jan (Bernama) - Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menangguhkan prosiding menghina mahkamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim kerana Amizudin telah 'menghilangkan diri' Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, ber...kata keadaan tersebut menyebabkan beliau gagal menyerahkan dokumen prosiding menghina mahkamah dan pihaknya telah berusaha menyerahkan dokumen itu sebanyak tujuh kali bermula 25 Nov hingga 7 Dis tahun lepas.

Pada 31 Jan 2011, Rais 69, menfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog sharpshooterblogger.blogspot.com pada atau sekitar 28 Dis 2010. Rais memenangi saman tersebut dan Aminudin diperintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri itu.. Hakim Zabariah turut memerintah Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais. Seteruanya di sini http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=639851

by;
Mohd Noor

1 komentar:

  1. Bila dah sebar fitnah, akhirnya melutut mencari peluang untuk mengelak disumbat ke penjara.

    Sepatutnya blogger berani mengambil risiko, atau jangan tulis jika tiada bukti..

    BalasHapus